Penampilan Yuna Rahim ketika mempromosikan produk menjadi perhatian ramai apabila tampil memakai hot pants yang menjolok mata. Aktres berusia 27 tahun itu dikecam netizen susulan pemakaiannya itu dilihat tidak sesuai apatah lagi ketika ini umat Islam sedang melaksanakan ibadah puasa.
Menjelaskan perkara itu, Yuna atau Shafiqah Husna Abd Rahim berkata, video tersebut diambil sebelum bulan puasa malah dia turut mengenakan sarung kaki berwarna kulit. "Sebenarnya video itu diambil sebelum Ramadan, semuanya hanya iklan dan telah dirancang oleh pihak pengurusan produk tersebut. cuma pakaian itu sahaja pilihan saya. "Saya mengenakan pantyhose (sarung kaki). Menipulah kulit saya putih melepak macam itu. Sebelum ini pun saya ada rakam iklan menggunakan gaun cuma ramai tak perasan sebab bukan bulan Ramadan," katanya kepada mStar. Sehubungan itu, Yuna turut meminta maaf sekiranya pakaian yang dikenakan menerusi video tersebut tidak disenangi ramai dan berjanji akan memperbaiki diri pada masa akan datang.
"Saya minta maaf atas kekhilafan diri saya, atas pemakaian saya. Saya masih cuba untuk memperbaiki diri saya," katanya. Dalam pada itu, pelakon I Love You Mr Clown mengakui terguris hati dengan kata-kata netizen yang mengecam dirinya tentang pemakaiannya itu. Tambah Yuna, dia bukannya milik orang ramai sekali gus berhak mengenakan pelbagai jenis pakaian yang dia rasa selesa.
|
Nham22 replied at 4-4-2023 11:56 AM
Try hardnye nk buat iklan pakai mcm tu... Nak serupe dgn amoi2x ka
ADVERTISEMENT