Penyanyi Shakira bakal memulakan hidup baharu di Miami bersama dua anaknya selepas hampir setahun berpisah dengan kekasih. Menurut laporan media Sepanyol, penyanyi itu dilihat berada di lapangan terbang Sepanyol dengan membawa beg yang banyak pada Ahad.
Khabar angin penghijrahan Shakira itu sudah lama menjadi bualan selepas hubungannya dengan pemain bola Sepanyol, Gerard Pique berakhir. Bagaimana pun atas faktor-faktor tertentu termasuk kesihatan bapanya yang tidak mengizinkan, Shakira terpaksa menangguhkan hasrat tersebut. Dalam masa sama, dia juga sebelum ini dilihat sibuk menguruskan hal perpindahan termasuk menamatkan sesi persekolahan anak-anaknya. Selain itu satu sumber memaklumkan Shakira juga nekad untuk berpindah ke Miami selepas mula rapat dengan seorang teman lelaki baharu.
|
ADVERTISEMENT