CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Reen Rahim Bengang Hilang 1.6 Juta Pengikut! "Bodohnya, Otak Tak Ada Ke? Ingat Mak Bapa Saya Tu Batu Ke Tak Kejut Subuh?"

4-4-2023 11:20 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8450| Komen: 41|Original author: Saiful

Reen Rahim berang dengan pihak yang meninggalkan komen negatif terhadap video yang dimuat naiknya di Tiktok baru-baru ini.

Dalam video tersebut Reen mengaku pertama kali bangun sahur untuk menyediakan makanan setelah berkahwin dengan suami Ahmad Nur Hazim.


Reen kata komen-komen negatif tersebut telah membuatkan dia kehilangan akaun TikTok mencecah pengikut 1.6 juta akibat disekat.

Foto: IG

“Saya tak suka post benda negatif atau apa-apa masalah di media sosial. Tapi agak tidak s*al juga apa saya dapt pagi ini. Tapi saya rasa kena cakap juga. Mungkin boleh ada kesedaran untuk yang buat posting dan selalu komen ikut tekak.

“Oh ya, untuk portal juga yang rajin buat story dan berita mengikut apa kata netizen laha*at yang macam tak pergi sekolah dia punya komen.

“Memang hanjailah ek, tak kan saya nak kena masuk details or hire komposer untuk saya spontan buat video? Ala bodohnya. Otak tak ada ke? Ingat mak bapa saya tu batu ke tak kejut subuh?,” tulisnya.




Katanya segala tuduhan orang ramai yang mendakwa dia tidak bangun menunaikan ibadah Subuh adalah fitnah. 

Menurutnya, ini adalah pertama kali dia seawal pagi untuk menyediakan juadah sahur setelah mendirikan rumah tangga.

“Maksudnya, saya ni tak pernah bangun awal makan beria-ria, masak sahur lagi lah tak pernah. Selalu Umi kejut saya hujung untuk minum air lepastu terus solat Subuh, kemudian tidur balik. Bangang!

“TikTok saya kena banned dah dua minggu. Saya try macam-macam tak dapat jadi saya reda je la. Sekali pagi ni saya dapat email. Rupanya TikTok cakap video saya dah dibanjiri komen-komen yang tak bermoral.

“Dan assume video saya mendorong pengikut-pengikut saya buat perangai buruk. Sampaikan kecoh masuk berita, tapi saya pula busy tak main phone. Jadi saya tak perasanlah benda bodoh ni viral."



Sementara itu, Reen turut meminta pihak yang mempunyai masalah iri hati atau hasad dengki untuk tidak mengikutinya di akaun TikTok terbaharunya.

“Sampai saya kena buat TikTok baru. Berlambak pula akaun palsu. Mohon yang ada penyakit ain, acah-acah bagus, negatif, hati busuk dan bodoh tolong jangan follow TikTok baru saya.



Reen memohon waktu untuk dirinya bertenang dan akan memberi pengajaran atas perkara yang terjadi ini dalam sebuah siaran langsung akan dibuat selanjutnya.

Sebelum ini, heboh di serata media sosial mengenai pengakuan Reen yang memaklumkan dirinya hanya bangun sahur selepas berkahwin. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 4-4-2023 01:18 PM
Lepas ni buatlah lg
Quote dudaberhias 4-4-2023 01:22 PM
Cash di bulan ramadan. Tu la nak jaja sangat yang dia dah berlaki dan kena bangun sahur. Iols bangun sahur lagi awal dari engko hokkeh nyah. Selayaknyalah kau kena banned. Tiktok sendiri menyampah nak tengok kau kot. Mesti retis yang cekik leher kau tu tengah tersenyum sinis sebab doa dia di makbulkan...

Quote katakauu 4-4-2023 01:27 PM
dudaberhias replied at 4-4-2023 01:22 PM
Cash di bulan ramadan. Tu la nak jaja sangat yang dia dah berlaki dan kena bangun sahur. Iols bangun ...

siapa dud yg cekik tu
stori sikit
Quote dudaberhias 4-4-2023 01:31 PM
katakauu replied at 4-4-2023 01:27 PM
siapa dud yg cekik tu
stori sikit

Fezrul khan kaka, sampai si cikki ni merempan kena cekik dan kutuk2 si fezrul tu. Hujung2 yang terpaling tak mau negatif ni yang kena cash tanpa installment. Kurang2 cash sikit2 dulu cukup la, ni ala2 ali itam cashnya tanpa deposit.

Quote mawardia 4-4-2023 01:32 PM
katakauu replied at 4-4-2023 01:27 PM
siapa dud yg cekik tu
stori sikit

She ols kan ada issue dlu dgn fezrul khan. Cer u ols cari balik story tu.
Quote mawardia 4-4-2023 01:33 PM
dudaberhias replied at 4-4-2023 01:22 PM
Cash di bulan ramadan. Tu la nak jaja sangat yang dia dah berlaki dan kena bangun sahur. Iols bangun ...

Bahasa pun boleh tahan jugak dia ni. Idok ler inesen or lembut mana.
Quote Nurul_007 4-4-2023 01:43 PM
Cuba sheols sabar sikit
Quote jfq 4-4-2023 01:55 PM
Dah tua2 pun kena tunggu umi kejut baru bangun
Quote asfaz 4-4-2023 03:37 PM
mawardia replied at 4-4-2023 01:33 PM
Bahasa pun boleh tahan jugak dia ni. Idok ler inesen or lembut mana.

Macam dah biasa memaki
Quote heythere123 4-4-2023 04:03 PM
sebab tu la tak payah nak beria jaja cerita, duduk je diam2
Quote renko 4-4-2023 04:59 PM
padan muka kau
Quote alieyrina 4-4-2023 05:12 PM
Tu lah akibatnya nak bagitau org yg dia sorg ada laki gituu
Quote rogayahtop 4-4-2023 07:43 PM
retis nok. dia yg post mengundang, dia yg sentap. kat malaysia ni punyala senang retis bbnu nak fpt followers berjuta2. esok2 post je lah gambar bertelekung tgh mengaji quran dpt la balik 2 juta followers [em:3:]
Quote ashilalat 4-4-2023 07:47 PM
Rempitmya bahasa
Quote rayray28 4-4-2023 07:47 PM
Mujurlaa hilang tiktok hilang follower je..kalau hilang nyawa lagi naya kan? Benda2 duniawi je pn marahnya mcm apa
Quote likilu 4-4-2023 07:50 PM
Haha tak tahu pulak org kecam, rupanya tersilap langkah nak buat konten terpaling berlaki tapi terlupa pasal maruah mak bapak lol
Pastu nak maki maki lagi
Quote VespaSilbe 4-4-2023 07:51 PM
Macam peminta sedekah (kata ustaz)
Quote AnggunSophea 4-4-2023 07:57 PM
Masa baca pasal isu tu kat socmed pun iols terfikir benda sama. Tak subuh ke? Sbb dia dah 30 lebih takkan langsung tak tolong maknya masak sahur walaupun sekali sbb ayatnya "tak pernah".

Lepasni kena cakap terang terang sampai netizen tak salah paham..
Quote AnggunSophea 4-4-2023 07:58 PM
mawardia replied at 4-4-2023 05:33 AM
Bahasa pun boleh tahan jugak dia ni. Idok ler inesen or lembut mana.

Iols pun terkejut dia maki gitu. Tak segan kat family mertua ke. Sbb dia ni iols membayangkan lembut orangnya

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.036812 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top