CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Bagi Free Pun Aku Takmau”-Netizen ‘Kembang Tekak’ Tengok Peniaga Guna Bekas Tong Sampah Letak Sos Celup Ayam Percik

3-4-2023 10:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4254| Komen: 7|Original author: Tatod


Bazar Ramadan semestinya meriah pada bulan ini dengan bermacam-macam jenis juadah yang dijual terutamanya yang sering menjadi tumpuan seperti murtabak, roti john dan ayam percik.

Namun, ayam percik yang dijual oleh salah satu peniaga di bazar Ramadan di Bayan Lepas, Pulau Pinang meraih perhatian ramai selepas ia dimuat naik oleh akaun yang mempromosikan makanan.

Menerusi video yang dikongsikan, ia mempamerkan suasana dan bagaimana ayam percik disediakan dan dimasak sebelum dijual kepada orang ramai.

Bukan saiz ayam yang menjadi tumpuan tetapi tong besar berwarna hitam digunakan peniaga tersebut untuk mengisi sos perapan ayam percik itu yang dibualkan ramai.


Kebanyakan komen daripada warganet menyentuh tentang isu kebersihan dan pemilihan tong oleh peniaga ayam percik terbabit kerana ia sinonim dengan tong sampah.

Bukan hanya itu, netizen turut mengkritik mereka kerana meletakkan tong berisi sos berkenaan betul-betul atas jalan raya tanpa alas atau diletakkan sesuatu untuk tinggikan ia.

Ada juga yang berkata tong itu tidak selamat kerana ia bukan bekas plastik yang dicipta untuk penyimpanan makanan serta mempunyai bahan kimia.





Sumber: BEAUTIFULNARA




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 4-4-2023 07:26 AM
memang tong kaler hitam  dilabel tong sampahkah? walaupun baru dibeli di kedai? weols simpan air paip dalam tu, in case takde air kelak.
Quote esbok 4-4-2023 08:53 AM
Themilo replied at 4-4-2023 07:26 AM
memang tong kaler hitam  dilabel tong sampahkah? walaupun baru dibeli di kedai? weols simpan air pai ...

Sama la sis, cuma pakcik ni kena pikir extra.
Pakcik, anda berada di kawasan yang akan sentiasa produce sampah. Boleh jadi kedai sebelah guna tong hitam sama untuk buang sampah dia. Jadi kalau pakcik sebagai pengguna yang lalu lalang deretan puluh gerai, melihat banyak lagi tong yang sama digunakan utk buang sampah tapi pakcik punya satu2 nya isi makanan apakah berselera atau nak sambung puasa esoknya.

Sebaiknya, makanan ni kene layan istimewa, tinggi sikit kedudukan. Ni kalau duduk celah bawah , bukan ketibas pakcik saja, ketibas yang lalu lalang pun tumpang sedekah. Tu kita tak kira konsep orang berckp, air liur sembur2. Kalau tak air liur pakcik, air liur pembeli sekali. Tu berckp, kita boleh kata suruh diam dan tutup mulut, tapi kalau bersin nak tahan lagu mana?

Quote swateng1 4-4-2023 09:29 AM
ok nanti beli tong warna merah. tak nampak kan mcm tong sampah.. herrrr.. tong sampah umh i mcm ni tp warna merah.
Quote prettyuglybabe 4-4-2023 10:42 AM
Themilo replied at 4-4-2023 07:26 AM
memang tong kaler hitam  dilabel tong sampahkah? walaupun baru dibeli di kedai? weols simpan air pai ...

walaupun baru beli, tak sesuai letak makanan yang bersuhu panas sebab material tong tu bukan food grade..
simpan air tu lain cerita sebab dah tentu u tak curah air panas gelegak untuk simpanan kan..
dia boleh je beli tong kedap yang biasa orang simpan nasi tu..
ada je saiz besar plus memang bekas tu dibuat untuk simpan makanan panas..
ni sebab nak murah main guna je tong sampah tu..
kalau memang peniaga dorang patut tau sebab nak lesen kena amik kursus kendalian makanan..
ni sah-sah peniaga cendawan timbul di bulan ramadhan..
Quote kucingitam 4-4-2023 12:27 PM
rakyat malaysia perli dieducate dgn benda2 yang melibatkan makanan, bahan kimia etc.. plastik makanan, sarung tangan, stainless steel ware  kena guna yang food grade.
Quote cikatilia 4-4-2023 01:06 PM
[quote]prettyuglybabe: walaupun baru beli, tak sesuai letak makanan yang bersuhu p
betul.. material tu mmg dicipta utk letak sampah benda2 lain not food..
bole aje beli bekas lagi sesuai tp maybe mahal sikit??

Quote ezacbee 5-4-2023 06:47 AM
Silap2 ada orang terbuang sampah kat tong tu..

Kuah tu letak laa dlm termos nasi kan sesuai daripada tong hitam tu.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.112962 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top