CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Shisa Haram !

28-6-2013 04:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3739| Komen: 34

Description: KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa penjualan dan penggunaan shisha adalah haram kerana bahan itu didapati lebih berbahaya terhadap kesihatan berbanding menghisap rokok.
KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa penjualan dan penggunaan shisha adalah haram kerana bahan itu didapati lebih berbahaya terhadap kesihatan berbanding menghisap rokok.

Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata, keputusan itu dibuat ketika mesyuarat jawatankuasa berkenaan kali ke-11 yang berlangsung di Kota Kinabalu, 24 Jun lalu.

"Saya berharap pihak kerajaan negeri serta Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dapat memantau kegiatan ini dengan serta merta kerana ia dibimbangi menjadi suatu gejala yang tidak sihat untuk jangka masa panjang.

"Kita lihat penggunaan bahan ini sangat popular terutamanya di kalangan penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negeri ini dan langkah pengawasan perlu diberikan perhatian.


"Saya juga akan menghantar surat kepada pihak kerajaan negeri dan MPK berhubung keputusan majlis fatwa dan berharap pihak berkenaan dapat mengambil perhatian sewajarnya termasuk tindakan yang akan diambil jika mendapati mana-mana pihak yang masih berdegil," katanya.


Beliau berkata demikian selepas majlis angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kompleks DUN, di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya berharap MPK dapat menghalang semua aktiviti penjualan shisha kerana keputusan fatwa sudah menetapkan bahawa penggunaannya dalam apa jua bentuk adalah haram dan berharap semua pihak menghormati apa yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa Perlis pada mesyuarat itu.

Sebelum Perlis, Melaka turut mengharamkan penggunaan shisha di seluruh negeri itu dan berdasarkan rekod kajian daripada Agensi Anti-Tembakau Perancis (OFT) mengesahkan bahawa bahan itu mengandungi karbon monoksida dengan sekali hembusan bersamaan 52 batang rokok.
-metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 28-6-2013 04:19 PM
ni muzakar kali ke burapa ni?
Quote pakweneelofa 28-6-2013 04:19 PM
baru tau ke wahai mufti2 kesayangan malaya yang shisha lebih bahaya dari rokok?
Quote gogo2 28-6-2013 04:20 PM
pakweneelofa posted on 28-6-2013 04:19 PM
baru tau ke wahai mufti2 kesayangan malaya yang shisha lebih bahaya dari rokok?

wah, 1 hembusan = 52 batang rokok
Quote pyropura 28-6-2013 04:21 PM

...jangan harap lah Mulayu Moselim sunni akan akur patwa nih, sebab ini ajaran Arob suci turunan nabi pojaan mulayu....
Quote ifanonline 28-6-2013 04:22 PM
rokok haram juga, ramai melayu isap...babi tak mau makan pula...
Quote soebyuk 28-6-2013 04:29 PM
first time dulu lepak kat uptown ... member2 dok sedut benda alah nih lah .... memang bukan budaya kita laaa ... macam mana laa boleh d terima d negara kita nih ....
Quote ell768 28-6-2013 04:29 PM
setelah sekian lama br tau ke?isk..apa daaaa
Quote AHMADVW 28-6-2013 04:30 PM
shisha bukan budaya kita
terhegeh2 nak tiru arob quraish
Quote azharuchan 28-6-2013 04:40 PM
rokok budaya kita..

shisah bukan budaya kita...
Quote ifanonline 28-6-2013 04:42 PM
rasuah budaya kita

babi kita tak makan

Quote tobby 28-6-2013 05:01 PM
patut pengharamannya di sisi agama di masukkan dlm silibus agama di sekolah2 dgn arak.
Quote wafeenaulia 28-6-2013 05:06 PM
hahahaha iolss geli tgk betina2 gigih sedut shisha rasa nk lempang lak
Quote AHMADVW 28-6-2013 05:08 PM
tobby posted on 28-6-2013 05:01 PM
patut pengharamannya di sisi agama di masukkan dlm silibus agama di sekolah2 dgn arak.

if en tobby ckp spatutnya diwartakan pngharoman dlm buku teks skolah, mcmne gomen nak produce tax?

Quote azharuchan 28-6-2013 05:21 PM
aku pernah terjebak waktu blajo dulu...hujung minngu je lepak Mali hisap sambil mkn char kuey tiao dan nasi lemak ayam...dan juga usha awek...

pastu kt umah sewa plak kumpul duit kongsi beli tabung dgn membe...abis kelas je bako arangg....layannnn...

#feelingsentimental...

skrg dh harommmmm....

Quote ciklipoo 28-6-2013 05:37 PM
wafeenaulia posted on 28-6-2013 05:06 PM
hahahaha iolss geli tgk betina2 gigih sedut shisha rasa nk lempang lak

kan ramai je betina sedut shisha ni kat luar sana tu...kongsi2 mulut ngan jantan2...
geli gila..
Quote tobby 28-6-2013 06:02 PM
ifanonline posted on 28-6-2013 04:42 PM
rasuah budaya kita

babi kita tak makan

tak makan babi itu sendiri pun hanyalah budaya Melayu. bukanlah sebab patuh agama sangat.   rasuah, zina semua balun. ada bini simpan mistress. rasuah dianggap komisen.
Quote ninja boy 28-6-2013 06:10 PM
lama x mengshisa
Quote M5 28-6-2013 06:17 PM
nun jauh sampai ke negeri bawah bayu lobai2 dari perlis mesyuarat pasai shisa..pprrfftthh
Quote kakikuDibibirmu 28-6-2013 07:20 PM
ifanonline posted on 28-6-2013 04:22 PM
rokok haram juga, ramai melayu isap...babi tak mau makan pula...

rokok tak apa beb, tapi kalau babi geli siaaaaaaaaaaaaaaaaaaaalllllllllllllllllllllllll.......................

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.055327 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top