Pengacara dan penyampai radio, Radin Era mendedahkan dirinya telah menerima panggilan palsu daripada dua individu yang menyamar sebagai operator sebuah syarikat servis kurier. Menurut Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, pemanggil palsu itu dikatakan telah meminta dirinya untuk menuntut bungkusan yang telah dibiarkan terlalu lama. “Scammer nama Farhan. Hari baik bulan baik korang buat hal kan. Janganlah nak buat duit dengan nak scamming orang. Penat je korang puasa. “Harini dapat satu call dari nombor yang tak dikenali (mengaku dari JNT Kedah) katanya dari operator JNT dimana saya ada satu parcel tak dituntut. Scammer pertama perempuan, dia buat pengesahan diri dan minta butiran saya. “Selepas tu dia beritahu akan sambungkan talian kepada pegawai lain yang akan uruskan penghantaran saya sebab parcel yang tidak dituntut terlalu lama,” tulisnya.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio Era itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
|
ADVERTISEMENT