CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya Nak Selesaikan Segera, Kebenaran Akan Terbukti - Aida

3-4-2023 09:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7877| Komen: 43|Original author: Tatod


Bekas isteri, Aida Azira Hussin, 36, memilih tidak mengulas mengenai dakwaan dibuat Sam Bunkface dalam laman Instagram, Sabtu lalu.

Aida berkata, ia berikutan dia tidak mahu memanjangkan isu dan menyerahkan kepada mahkamah memutuskannya.

"Saya tak nak komen apa-apa. Saya sedar hanya orang biasa dan tiada pengaruh. Jadi, sekarang tidak perlu saya mendedahkan perbualan WhatsApp atau seumpamanya kerana tak perlu untuk saya panjangkan perkara ini.

"Saya juga tidak mahu melukakan mana-mana pihak. Biarlah perkara ini diselesaikan oleh mahkamah. Saya hanya nak selesaikan dan tamatkan sahaja perkara ini," katanya kepada BH Online.


Ditanya perasaannya berhadapan dengan urusan mahkamah sejak beberapa tahun ini, Aida menasihatkan setiap wanita mengambil tahu dan memahami undang-undang untuk kebaikan diri sendiri.

Dalam masa sama, Aida percaya orang ramai akan tahu kebenaran di sebalik isu dihadapi ini.

"Tiada wanita yang mahu melalui perkara ini, jadi saya sendiri mahu menyelesaikan secepat mungkin dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja.

"Kepada kaum wanita, tak kisahlah jika anda bekerjaya, suri rumah, ibu tunggal, masih bergelar isteri atau tidak, saya mahu setiap wanita faham undang-undang, faham hak sebagai wanita dan ibu. Golongan wanita patut tahu sistem kehakiman.

"Insya-Allah, hakim dan peguam akan tahu hakikat sebenar, begitu juga orang sekeliling pun akan tahu juga nanti.

"Jadi, selagi boleh pertahankan, kita harus pertahankan hak. Ibu mana yang mahu berjauhan dengan anak.

"Segala keputusan saya buat adalah demi kepentingan dan kebajikan anak," katanya.


Terdahulu, Sam menerusi hantaran video di Instagram (IG) menegaskan dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dan nafkah anak walaupun sebulan.

Pada 28 Mac lalu, Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka.

Aida yang bertugas sebagai penerbit tidak bersetuju dengan permohonan dibuat vokalis Bunkface itu, selain memohon bukti andai tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti dikatakan.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida 25 April 2015, namun bercerai empat tahun kemudian.


Sumber: BH ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 3-4-2023 10:03 PM
Selesaikan dgn cara eloklaaaa
Quote kikilalapooh 3-4-2023 10:03 PM
kalau sayang anak, kenapa letak anak dekat melaka? jauh dari ayah dia. tak kesian ke aida..
Quote dudaberhias 3-4-2023 10:24 PM
tak perlu ada pengaruh pun nyah... untuk isu ni ko takde tunggakan nafkah pun... jadi elok la berdiam sebab acik2 semua tak kesiankan pun...

lain la kena block whatsapp.. anak kena culik lepastu nafkah culas tak bayar bertahun2 atau berbulan...

mujur la anak sorang je...
Quote chilly 3-4-2023 11:18 PM
Kenape ko jawap soalan wartawan tersengih2 lebau nau molot tu ha. Kan dah nampak tak selari dengan statement kebenaran ko tu dik. Macam tak serius.
Quote doubleA 4-4-2023 02:26 AM
Utk kebaikan anak letak jauh2 mak ko pulak kena hantar ambil sekolah anak sebab mental ko unstable ke? Rugi la tak membesar dgn anak, nanti anak tak rapat dengan ko jangan pelik pulak
Quote scarflicious 4-4-2023 05:21 AM
Sbnrnya utk kebaikan kau kan? Ko pyh nak jaga anak sorang2, lps tu ko dengki kat ex laki. Sbb tu ko letak anak jauh. X nak bagi dkt2 dgn bapak and mak tiri. Sbb tu malas nak simpati kat kau.
Quote syabee 4-4-2023 05:53 AM
eh tersama plak dgn LItam punya statement...kebenaran akan terbukti... aleh2 60k kena bayorrr
Quote asfaz 4-4-2023 06:02 AM
Kebaikkan utk anak apa? Elok bapak dia leh jaga 2 minggu sekarang kau jauhkan. Sam siap tunjuk bukti wassap. Kau je ke ada kebenaran? Sam takde? Kalau taknak jaga,bagi bapak dia jaga.
Quote matjerk 4-4-2023 06:05 AM
asfaz replied at 4-4-2023 06:02 AM
Kebaikkan utk anak apa? Elok bapak dia leh jaga 2 minggu sekarang kau jauhkan. Sam siap tunjuk bukti ...

Mana nk tgk proof?
Quote auntyonion 4-4-2023 06:09 AM
Kantoi big time trus play victim card bkn org femes lh apelh.. padahal haritu stetmen ngko yg buat sam dicerca seloroh pelosok alam
Quote asfaz 4-4-2023 06:29 AM
matjerk replied at 4-4-2023 06:05 AM
Mana nk tgk proof?

Ada dlm post video Sam. Sam ada tunjuk wassap dgn ex dia. Ex dia ltk anak kat Melaka,Sam Tanya berapa Kali baru nak jawap. Dia ckp Sam tak jumpa anak 5/6 bulan tp Sam baru je last jumpa bulan 12
Quote asfaz 4-4-2023 06:30 AM
auntyonion replied at 4-4-2023 06:09 AM
Kantoi big time trus play victim card bkn org femes lh apelh.. padahal haritu stetmen ngko yg buat s ...

Ai kan bila tgk Kes dia dgn Sam ni terus teringat Along vs zila dlu.  Zila dlu burukkan Along Cham kan. Sampai teruk giler kena kutuk along tu. Tak lama pastu kantoi sape Salah .Cumanya Kes zila lagi aib la.
Quote prizadane 4-4-2023 06:31 AM
Sekarang ni, bagi alasan kukuh kenapa perlu letak anak di Melaka sedangkan both parents is in KL. Tu je. N tak boleh nak claim ya kos kau ulang alik Melaka tengok anak sebab letak anak di Melaka tu pilihan kau, without referring to bapak budak tu yang masih hidup n waras. Takpe Aida, all the best in court… cuma make sure lepas ni kenyataan kau selari dengan bukti. Don’t simply petik je
Quote matjerk 4-4-2023 06:32 AM
asfaz replied at 4-4-2023 06:02 AM
Kebaikkan utk anak apa? Elok bapak dia leh jaga 2 minggu sekarang kau jauhkan. Sam siap tunjuk bukti ...

Okay aku dh jumpa video penjasan sam.. leh.tahan pompuan aida ni... menyeringai mulut dia tergedik2 dgn microfon dh kenapa... dia ingat leh dapat supporters mcm PS ke?

Boooooooooooooo busuk punya pmpuan...... da aku suka cara Sam justify semua statement pompuan ni....

Mintak smpai 1.3k..padahal jaga 2 weeks jer..pastu nilai kemampuan sam based on med sos..?? Nmpk sgt ko stalk ex ko... ko dengki kan tgk life dia... eee benci pompuan mcm ni
Quote dudaberhias 4-4-2023 06:34 AM
scarflicious replied at 4-4-2023 05:21 AM
Sbnrnya utk kebaikan kau kan? Ko pyh nak jaga anak sorang2, lps tu ko dengki kat ex laki. Sbb tu ko  ...

Iyer kaka, tengok dari gambar duk tersenyum sengih tu pun dah boleh baca saja nak pedajal ex laki je tu. Dah la laki dia dulu herlok, dia plak macam kain buruk. Gittuh!

Nafkah tak tertunggak pun banyak bunyi. Ni kan pulau kalau tertunggak mesti merempan mengalahkan si royani dagu pembuka tin.

Quote asfaz 4-4-2023 07:19 AM
prizadane replied at 4-4-2023 06:31 AM
Sekarang ni, bagi alasan kukuh kenapa perlu letak anak di Melaka sedangkan both parents is in KL. Tu ...

Harapnya tuntutan hadanah dia kalah.Biar dpt kat Sam.
Quote Manusiabesa 4-4-2023 07:27 AM
Ulasan sam lebih solid. Geng2 artis pun time pkp hritu melingkup byk. Pakat tokleh wat konsert2 sgt. Yg plkon tokleh shooting. Byk yg guna duit tabung utk survive.sama ja depa pun mcm kita marhain ni masa pkp tuhari. Sam plk dh nikah baru, ada tanggungan baru. Anak baru lg sorg tu. Berpada2 lah dlm nk perabeh duit sam tu kak oi.. mcm la sam cop duit. Dh cukup baik dh sam tunai nafkah bulanan xculas. Xtertunggak pun. Nth la pompuan zmn skrg ni aneh2 jugak. Byk akal nk cuba2 jd nakal ekkkkk
Quote ayukpingu 4-4-2023 08:37 AM
tuntutan 1500 utk jaga 2 minggu tu agak keterlaluan.
750 seminggu...budak2 besar tu, nak ke mana spend duit banyak gitu? mak tumpang belanja sekali ke tu??
Quote Dzahin_poch 4-4-2023 08:47 AM
Muka psycho btl dia ni… i tertanya2 knp dia cerai dgn sam? Or mmg btl apa yg forumers speku dia mintak cerai sb duit?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.061639 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top