Tidak dinafikan sekarang ini ramai yang mengeluh tentang harga makanan mahal di kebanyakan gerai. Namun bagi seorang lelaki, dia bersyukur kerana masih berpeluang menikmati lauk-pauk pada harga murah di sebuah kedai makan kegemarannya. "Selama ini, hari-hari biasa selepas balik kerja memang akan singgah satu gerai ni beli lauk-pauk untuk makan malam. "Sebab utamanya, sedap dan sangat murah. Kos antara RM20 hingga RM30 boleh makan famili berenam, siap sarapan lagi untuk anak-anak sebelum pergi sekolah," tulisnya menerusi satu hantaran di laman Facebook. Namun ujar lelaki itu, dia terkejut apabila mendengar rungutan seorang pembeli terhadap peniaga yang terkejut dengan harga makanan di kedai berkenaan. "Sambal udang ni kira macam mana, dik? Adik tu jawab RM1 seekor. Tiba-tiba spontan brader tu cakap mahal... Mboh.. Mahal supo bedil," imbas lelaki itu mengenai perbualan yang didengarnya antara kedua-dua mereka dalam dialek Kelantan.
Dia yang berada bersebelahan pelanggan tersebut mengakui terkejut dengan apa yang disuarakan kerana berpandangan gerai itu masih menjual pada harga berpatutan. |
ADVERTISEMENT