Ekspedisi saintifik Jepun-Australia berjaya menangkap ikan di kedalaman lapan kilometer. Ketua saintis ekspedisi itu, Profesor Alan Jamieson, berkata hari ini bahawa dua hidupan laut yang dikenali sebagai Snailfish itu berjaya ditangkap menggunakan perangkap yang dipasang 8,022 meter di bawah air di selatan Jepun, semasa pelayaran selama dua bulan oleh pasukan dari Universiti Australia Barat (UWA) dan Universiti Sains Marin Tokyo.
Snailfish spesis Pseudoliparis belyaevi itu adalah hidupan laut pertama ditangkap di bawah 8,000 meter ketika ekspedisi itu. Bagaimanapun tidak jelas berapa besar ikan itu, tetapi spesies berkenaan telah direkodkan sebelum ini dengan kepanjangan hampir 11 sentimeter (4.3 inci). Kamera yang dikendalikan dari jauh itu diturunkan dan ia adalah sebahagian daripada kajian selama 10 tahun ke atas populasi ikan terdalam di planet ini.
"Kawasan itu adalah tempat yang luar biasa untuk diterokai; walaupun di bahagian bawah ia sangat kaya dengan kehidupan," kata Jamieson, pengasas Pusat Penyelidikan Laut Dalam Minderoo-UWA. "Kami memberitahu orang ramai sejak awal lagi bahawa laut dalam adalah tempat yang menakutkan yang anda tidak patut pergi," kata Jamieson. Sumber: BH ONLINE
|
ADVERTISEMENT