CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harga Mengarut, Kualti Teruk- Liza Hanim Bengang Dengan Peniaga Bazar Ramadan

3-4-2023 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5031| Komen: 13

Liza Hanim kesal dengan sesetengah peniaga yang mementingkan diri sendiri apabila meletakkan harga makanan ‘mengarut’ dan menghidangkan makanan dengan kualiti yang teruk.

Sebagai penggemar bazar Ramadan, Liza menyeru kepada peniaga-peniaga untuk menghentikan perbuatan sebegitu.


Foto: IG

Dia juga berpesan kepada pembeli agar tidak melontarkan tomahan kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab.

“Kita harus hentikan perkara ini. Orang beli dengan duit yang mereka kumpul.

“Pembeli pulang dengan rasa hampa dan siap maki-maki kepada kita. Itu sudah jadi satu doa,” katanya kepada Kosmo! Online.



Kata Liza, 44, semua orang pernah melalui saat getir ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19, jadi menurutnya, inilah masa terbaik untuk masyarakat saling membantu terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini.

“Kita semua melalui fasa PKP, mengapa tidak sama-sama memberi. Orang lain datang untuk memberikan rezeki.



“Jangan biar mereka pulang dengan doa yang tidak baik. Semua sudah merasakan kesusahan semasa PKP jadi marilah kita bantu antara satu sama lain pula sekarang,” jelasnya.

Perkara tersebut disuarakan Liza susulan sejak awal Ramadan lalu, tular pelbagai isu berkaitan jualan makanan di bazar berkenaan harga dan kualiti makanan teruk antaranya martabak hangit, karipap berkulat, taufufa basi dan sosej berulat. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayurmayur88 3-4-2023 12:11 PM
bazar ramdan tahun ni terpaling tak best !
entahlah. kualiti dah takde. ada yg sedap tapi mahal lah pulak !
dengan menghadap jalan jem 10x lagi teruk .

Quote sangbara2020 3-4-2023 12:26 PM
lama dh x g bazar
rs nk nolong beli bg ekonomi negara membangun
tp tgk review ckp teruk2,,
so iolls masak je la
Quote cikatilia 3-4-2023 02:02 PM
aku pergi bazaar so far xpernah kena yg horror
murtabak ok
nasi mat rock
tepong pelita

last weekend pergi denai alam mak aii meryahh
donut sedap
kebab sedap semua ok xde masalah..... tgk nasib la kan jumpa peniaga2 haukest
Quote drivethru 3-4-2023 02:11 PM
Tepung pelita sekarang makin x sedap. Bahagian bawah makin cari dah rupe lecak air puk* yg tengah buat. Jiran aku tukang jual tepung pelita. Setiap hari jual x habis. Letak.kat surau pun jarang orang nak ambil.
Quote nolya 3-4-2023 04:06 PM
LLately, kuih-muih ukuran semakin kecil, harga tak sepadan n dah tu tak sedap! Ada beli roti boom 3 keping rm5.00 tapi liut. Entah minyak ape yg dipakai. Popia goreg semakin kecil seriggit satu, popia basah 5 = rm7.00 satu set.  Rasa tak jamin. Betul... tepung pelita pun cair bair. Last2 beli popia frozen dgn kawan,  10 biji = rm7.00 goreng sendiri n rasa terjamin. Puas hati.
Quote dudaberhias 3-4-2023 04:27 PM
memang makin tak sedap dah pun makanan2 dekat bazaar... dah serik nak try itu ini... beli dekat orang yang dah biasa meniaga je lagi elok... bukan yang hanya sekadar muncul di bulan ramadan... yang sekadar muncul di bulan ramadan tu lah yang terpaling hauk... karipap inti angin... tauhu sumbat masam... roti john telur dan sos...

yihhh... gigih beli yang rega mahal pun hujung2 kecewa... baik masak sendiri je..
Quote VespaSilbe 3-4-2023 04:34 PM
Hari pertama je iols ke bazar mencari murtabak Sg dua.. ayam gunting, tepung pelita, roti John semua masuk tong sampah kecuali murtabak je marbeles
Quote TabletSusu 3-4-2023 05:28 PM
aku suka bulan ramadhan.. sbb boleh jalan2 bazar ramadhan.. hari keja, pi bazar yg dekat2 area rumah je. wiken boleh jauh sikit.. wiken aritu pi putrajaya. meriah sungguh..! teringin nak pi bazar ttdi.. tp dr cheras ni.. kul brp pulak aku nak kena keluar rumah

so far.. semua mknn yg  aku beli.. boleh makan. ada yg sedap.. ada yg so-so tp masih boleh habiskan. Alhamdulillah xde lg yg ditongsampahkan
Quote msdummy.2018 3-4-2023 05:30 PM
cikatilia replied at 3-4-2023 02:02 PM
aku pergi bazaar so far xpernah kena yg horror
murtabak ok
nasi mat rock

Yes u oatut bersyukur lebih sb xsma orang lukcy mcm u tuhhh..most oeniaga mmg hazabedah
Quote sleepandream 3-4-2023 06:38 PM
tempat iols so far takde letak harga kayangan lagi...
cuma kualiti la... iols hampa beli popia tapi inti takde taugehhhh.... motiffffff
Quote imanjannah 3-4-2023 06:44 PM
balik Kluang last week, mak mentua ajak gi bazar, kita ikut je, dr jauh nmpk kuih burger Malaysia tu, rasa teringin pulak, sekali tgok2, dua ketul rm 3, seketul rm 1.50, bukan besar pun, dlm fikiran apa la yg ada dlm fikiran peniaga ni ye.. ; mcm2 gelagat org meniaga bazar ni ye
Quote rogayahtop 3-4-2023 09:24 PM
sama la retis pun kalau meniaga [em:3:]
Quote MidoriHijau 3-4-2023 10:10 PM
Bg iols tepung pelita inn je menepati cita rasa. Hari tu beli dkt param tepung pelik. Cair gila! Siap boleh tuang kat sudu. Apa ke lahanat la dorang ni meniaga. Ingat berkat je duit tu meniaga cara macam ni? Beli samosa daging, tapi seurat daging pun takde

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.052131 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top