CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bercinta Dengan Pelakon Lelaki Masa Shooting Je, Ezzaty Abdulah Tak Layan Emosi Dan Perasaan Sampai Rumah

3-4-2023 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3741| Komen: 0

Ezzaty Abdullah menyifatkan dirinya mempunyai keistimewaan apabila dapat memadamkan watak dengan segera selepas shooting.

Katanya, dia menjiwai watak dengan sepenuh hati, namun tidak terbawa-bawa perasaan terhadap pelakon lelaki gandingannya sehingga keluar dari set penggambaran.


Foto: IG

“Saya memang seorang pelakon yang suka berada dalam zon sendiri. Kalau karakter mengenai percintaan, saya betul-betul akan mendalaminya.

“Kalau saya rindu watak yang sedang bercinta, saya akan mendalami sedalam-dalamnya mengenai karakter sahaja.

“Saya bercinta dengan karakter sahaja tidak melibatkan kehidupan sebenar. Habis penggambaran saya tidak fikir langsung mengenai apa yang terjadi,” katanya kepada Kosmo.



Ezzaty berkongsi perkara berkenaan merujuk lakonannya menerusi drama Liar memegang watak Katy di mana dia curang di belakang suaminya walaupun kelihatan seolah-olah isteri yang baik.

Dia juga mengakui enggan terbawa-bawa emosi hingga ke luar set dengan menetapkan minda semasa menjalani penggambaran dalam apa jua projek.



“Jika orang tanya apa yang saya fikir untuk menangis semasa membawa watak, saya tidak akan kaitkan dengan kehidupan peribadi.

“Contohnya dalam drama bersiri Liar saya bercinta dengan Wan Raja jadi saya memang sayangkan karakter lelaki itu sahaja.

“Ibaratnya senang ‘switch on and off’ (mudah berubah). Mungkin tidak mudah bagi orang lain, cuma saya sudah menetapkan garis di situ."



Azwan sebagai suami sangat memahami kerja yang dilakukan oleh Ezzaty memandangkan dia juga merupakan seorang pelakon.

Meskipun mengetahui pekerjaan isteri, ibu kepada anak dua itu tahu menjaga batas ketika menjalani penggambaran sesebuah projek.



“Azwan sokong apa sahaja watak yang saya bawa. Mungkin dia faham pekerjaan saya sebab kami sama-sama pelakon.

“Sebagai isteri, saya pula tahu di mana batas-batas yang perlu dijaga dan begitu juga dengan Azwan, yang akan bercerita tentang sahaja yang berlaku semasa penggambaran,” tutupnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.035702 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top