Raja Atiq sekali lagi mengundang perhatian warganet. Di Instagram, dia memuat naik sebuah klip rakaman video yang memaparkan dia sedang menayangkan tubuh badannya yang sasa. Tak berbaju, Atiq dengan bersahaja berkongsi perkembangan terkini susuk tubuhnya itu selepas beberapa bulan mendapatkan bentuk badan idaman.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah sesetengah warganet berasa kurang senang dengan pelakon itu sehingga ada yang memberi teguran. Menurut individu tersebut, dia mengimbas kembali saat Atiq pernah memadam foto yang mendedahkan auratnya ketika dahulu.
|
ADVERTISEMENT