CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wafariena Dedah Produksi Gagal Bayar Kos Rawatan & Gaji

3-4-2023 11:13 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4411| Komen: 4|Original author: Tatod


Pelakon Wafariena Roslan tampil mendedahkan mengalami masalah haid tidak teratur disebabkan kemalangan ketika menjalani penggambaran supertele, Mata Tak Berhijab pada Oktober lalu.

Wafariena yang meledak dengan drama 7 Hari Mencintaiku itu serik dengan kejadian tersebut namun lebih kecewa apabila pihak produksi masih gagal menjelaskan baki kos rawatan hospital dan separuh bayaran lakonannya.

"Walaupun sudah menuntut baki, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas.

"Jadi, saya tiada pilihan selain terpaksa membawa kes ini kemuka pengadilan. Bagaimanapun, saya belum boleh mengulas lanjut mengenainya atas nasihat peguam.

"Saya sudah membuat laporan polis dan masih menunggu tindakan selanjutnya. Sehingga kini, pihak produksi masih gagal menjelaskan baki kos rawatan hospital dan gaji saya.


"Mujur mempunyai insurans, jika tidak mungkin menambahkan beban saya," katanya.


Wanita berusia 28 tahun itu serik dengan insiden itu, namun, lebih dikesalkan, pihak produksi sudah menjanjikan pelakon aksi ngeri pada hari kejadian.

Namun, Wafariena pula sebaliknya perlu melakukan sendiri aksi tercampak sehingga perutnya mengalami kekejangan akibat 12 kali mengulangi babak berkenaan.

"Saya serik dengan apa yang berlaku, apatah lagi, saya mengalami masalah haid tidak teratur selama tiga bulan selepas kejadian.

"Ia berdasarkan kepada pemeriksaan kesihatan dijalani, tetapi saya tidak boleh komen lanjut mengenainya.

"Walaupun cuba berhati-hati, tetapi apa boleh saya katakan musibah sudah berlaku," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada rakaman program Melodi Raya di Luxury Garden Hall, Cyberjaya, baru-baru ini.


Pelakon yang meledak populariti menerusi watak Nurul dalam drama 7 Hari Mencintaiku itu berkata, sehingga kini pihak produksi masih gagal menyelesaikan baki kos rawatan hospital dan separuh bayaran lakonannya.

Oktober lalu, Wafariena dimasukkan ke sebuah hospital di Rawang selepas cedera ketika menjayakan aksi lagak ngeri untuk penggambaran supertele Mata Tak Berhijab di sebuah kawasan hutan di Lenggong, Perak.

Wafariena mendakwa mengalami kecederaan serius pada punggung dan perut, selain pendarahan apabila diminta pengarah melakukan aksi tercampak sebanyak 12 kali.


Sumber: BH ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 3-4-2023 04:04 PM
Mak aih sampai ganggu period plak
Quote bottompro 3-4-2023 05:40 PM
Who are yus? Sendu
Quote selipar_hijau 3-4-2023 09:03 PM
Tak abis lagi ke dik..
Quote dudaberhias 3-4-2023 10:29 PM
who are yusss...
dia ni ke yang bimbo sampai tahap beli kete pun kena tipu 2 kali...

ko dan ali itam macam sesuai berjodohan je nokkk...

apa2 pun tuntut lah hak kau dekat produksi tu selagi boleh... hak kau jugak tu...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.033021 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top