CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Nak Berbangga, Tapi Inilah Cara Anzalna Kekal Bahagia

3-4-2023 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3990| Komen: 0

Semakin kerap berita pergolakan rumah tangga golongan selebriti disebabkan orang ketiga, disajikan sejak kebelakangan ini.

Ditanya untuk mengulas isu itu, Anzalna Nasir berkongsi tip kekal mesra dan rumah tangga bahagia.


Pemilik nama lengkap Nur Anzalna Mohd. Nasir mengakui, salah faham atau apa jua pertentangan rasa pastinya menemukan penyelesaian. Pokok pangkalnya, kemesraan harus kembali disiram dengan kehangatan seolah-olah pasangan yang baru bercinta.


IG

Bukan mahu berbangga dengan keharmonian yang diraih, namun sebagai isteri dan ibu Anzalna menitip sedikit perkongsian, tip mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

“Kehidupan ini ada jatuh bangun yang kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan.

“Ada masalah simpan sendiri sahaja (jangan hebohkan) dan selesaikan kesulitan dengan pasangan masing-masing.

“Jangan simpan dalam hati dan sentiasa berbincang jika ada apa-apa kerana apabila terjadi sampai satu masa akan meletup,” jelasnya tanpa mahu terlalu berjela-jela bercerita tentang bahagia.


Sempat dipujuk melanjutkan bicara, si jelita yang mudah ketawa menyarankan setiap pasangan suami isteri agar sentiasa menunjukkan ingatan terhadap pasangan masing-masing, tidak kira ketika berada dekat atau masing-masing-masing tinggal berjauhan


IG

“Apa yang saya boleh cakap selalulah anggap pasangan kita sebagai insan yang terbaik.

“Tiada siapa boleh melawan dia dan kekalkan dalam ingatan ke mana sahaja pergi, selalulah fikir mengenai pasangan.

“Itulah yang akan kekal dalam minda saya setiap kali keluar ke mana sahaja, ada urusan kerja di dalam negara atau apatah lagi di luar negara” tutur pelakon yang pernah terkenal menerusi drama Dendam Aurora itu.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.026057 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top