CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya Tahu Suara Datuk Seri Sedap Tapi Tak Sesuai Lah Tergedik-Gedik Di Bulan Ramadan - PU Syed

3-4-2023 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3705| Komen: 1

Setiap kali keluar lagu baharu, pasti akan ada suara tidak puas hati menegur Datuk Seri Aliff Syukri.

Terbaru, Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed menerusi sebuah video turut membuat teguran terhadap usahawan kontroversi itu berhubung lagu raya baharunya yang menonjolkan pakaian dan tarian yang tidak sesuai di bulan mulia ini.



TikTok/IG

“Kita berada di bulan Ramadan, bulan yang penuh pengabdian kita kepada Allah SWT, jadi saya rasa video Datuk Seri yang tergedik-gedik bersama penari latar tersebut sangat tidak sesuai.

“Kita sambut hari raya nanti, kita sambut kemenangan melawan hawa nafsu bukan sebab kita ikut hawa nafsu.

“Saya tahu suara Datuk Seri sedap, ada bakat dan ada keyakinan penuh pada diri Datuk Seri. Tapi dengan gaya penyampaian tersebut sangat tidak sesuai. Ubahlah, tak perlu menari pun takpe,” tegur PU Syed.



Warganet turut menzahirkan perasaan kurang senang dengan memberikan kecaman yang hebat terhadap video tersebut dan ada juga yang memberi sokongan kepada PU Syed kerana menegur Aliff Syukri secara terbuka


Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanasno 3-4-2023 11:58 AM
dia lagi. malas nak dengar apa dia bebel.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.026917 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top