CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Si Kembar Keluarkan Lagu Raya Baharu, AishaHanim Teruja Ditaja Aliff Syukri

3-4-2023 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4162| Komen: 16

Penyanyi duo, AishaHanim tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Raya Rumah Terbuka.

Kata mereka lagu ini istimewa dari segi elemen komposisi melodi dan lirik yang lebih moden serta menepati cita rasa pendengar muda.


Foto: IG

"Memang kami sendiri suka mendengar lagu raya lama. Setiap kali Aidilfitri, lagu itu juga yang akan berkumandang. Tetapi, lagu raya baharu pun sedap-sedap belaka.

"Kami percaya, dunia muzik itu luas. Mungkin ada yang beranggapan sukar untuk lagu raya baharu menambat hati peminat, tetapi cita rasa pendengar sekarang sangat subjektif.

"Lagu ini juga adalah cara kami untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri itu sendiri. Kami cuba membawa pendengar kembali ke zaman kanak-kanak ketika Aidilfitri disambut dengan penuh keriangan," katanya kepada mStar.



Bercerita mengenai lagu Raya Rumah Terbuka, Hanim memaklumkan ia mengambil konsep kugiran serta disuntik dengan eleman tradisional.

Tambahnya, lirik lagu berkenaan ditulis oleh Omar K dan lirik oleh Hanis Rafi serta Firdaus Rahmat.



"Kami selesa bekerjasama dengan Omar K. Dia faham hala tuju muzik dan senang untuk berbincang. Raya Rumah Terbuka menggabungkan elemen tradisional dan kugiran serta lirik yang mengimbau nostalgia Aidilfitri.

"Untuk muzik video pula, kami teruja apabila mendapat tajaan daripada sahabat kami, Datuk Aliff Syukri di sebuah pusat penginapannya. Kami memang mahukan suasana kampung itu.




"Kami berharap bila peminat mendengar lagu ini, terus rasa teruja untuk menyambut lebaran dan meraikan kemeriahannya bersama keluarga," kongsinya.

Raya Rumah Terbuka bakal dilancarkan bulan Ramadan ini di semua platform digital serentak dengan muzik videonya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 3-4-2023 03:08 PM
ni kalau cuci muka ni keroh air sungai satu KL ni....
Quote Knowlee 3-4-2023 03:14 PM
Muka putih, tangan sawo matang... Tebal sungguh makeup diorg ni. I yg tgk pulak rasa takleh bernafas.
Quote SherryZass 3-4-2023 03:32 PM
Siapakah ini yg makeup tebal seinci belom termasuk filter. Serius tidak ku kenal
Quote dudaberhias 3-4-2023 04:06 PM
who is yuhhh??? muka macam di tepek2 pakai putty filler berwarna pondesen...

masih ada lagi yach yang buat mv fefeeling gerak2 tangan dan mulut gittew?
Quote samshik 3-4-2023 05:23 PM
Ya auloh.. Ko punya bedak dh tarap krim temulawak haaa
Quote azimodin 3-4-2023 06:17 PM
Whoareyus tibaiunta?
Quote arffa 3-4-2023 08:12 PM
dudaberhias replied at 3-4-2023 04:06 PM
who is yuhhh??? muka macam di tepek2 pakai putty filler berwarna pondesen...

masih ada lagi yach ya ...

Yang Aisha tu wife Noh Omar. Depa dua beradik ni dari remaja suka join competition. Lagu terbaru depa ni OST Nikah, talak dan rujuk.
Quote Guess_who 3-4-2023 08:27 PM
Gigihnye ko dek make up tebal 10inci dgn bulu mate pelesu unta ko, hujung2 tetap non hadoooo..who are yusss
Quote slyfynx 3-4-2023 08:57 PM
Sape lak dua ketul manusia ni?
Quote gerbera.memopad 3-4-2023 09:29 PM
Gambar atas sekali tu, aduhai over bebenor filternya

Anyway aku pun nak who are yous kan si kembar ni sebab memang 1st time nampak
Quote SpyLeman 3-4-2023 11:19 PM
Si kembar ni mmg penyanyi DBKL dulu. Salah sorang tu 3rd wife TS Noh Omar. Yg dok menempek dgn dia si fonen Ridzokumuras  la
Quote awenda507 3-4-2023 11:22 PM
Aku lgsg tak kenal sape dua2 ni
Quote sleepandream 3-4-2023 11:55 PM
tebal makeup theyols... mcm acik2 porem time kawen dolu2 tebal gitu la khenn  
Quote doubleharmonic 4-4-2023 05:12 AM
whoareyoussss
Quote DeLuna85 4-4-2023 06:57 AM
Siapa pulak ni. Muka tua dengan mekap tebal tiba2 jadi retis?
Quote amoramor 4-4-2023 08:45 AM
rezeki kembar la c belut taja bini bekas menteri

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.036599 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top