Naufal Azrin dituduh dah berubah sikap selepas semakin popular. Kata Naufal atau Ahmad Naufal Azrin, 24, dia masih orang yang sama dan tidak pernah berubah walau sedikit pun.
“Pendapat orang kita tak boleh nak sangkal, masing-masing ada pendapat sendiri. “Macam saya sendiri, saya masih Naufal macam sebelum ini tak berubah pun.
“Kalau orang nak fikir macam itu ikutlah, bukan saya boleh buat apa pun,” katanya kepada mStar Berkongsi mengenai perjalanan kariernya, penyanyi lagu Casablanca ini mendedahkan sebelum bergelar penyanyi, ibunya tidak merestui kerjaya tersebut.
“Sebenarnya ibu saya tak bagi saya jadi penyanyi, tapi saya tak jadikan itu sebagai kelemahan untuk saya. “Saya jadikan itu sebagai dorongan untuk saya untuk buktikan pada ibu saya dan sekarang Alhamdulillah ibu dah boleh terima,” ujarnya. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|