CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Apa Akan Jadi Kalau Pintu Tak Kunci?"- Suami Isteri Ketakutan, Dua Lelaki Muncul Tengah Malam Di Balkoni Kondo Tingkat 12

3-4-2023 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4343| Komen: 21

Seorang wanita, Phoebe Shafinaz berkongsi pengalaman ngeri yang berlaku ke atas dia dan suami ketika sedang bersantai di ruang tamu kondominium mereka yang tidak dinyatakan lokasi.

Kejadian berlaku pada jam 12.43 malam apabila suaminya tiba-tiba menjerit sebaik saja ternampak susuk tubuh manusia di balkoni rumah.


Foto: IG


“Saya sentiasa paranoid tentang keselamatan diri dan orang tersayang. Hari ini (30 Mac) terbukti bahawa ada bagusnya menjadi seorang yang paranoid.

“Saya sedang tengok-tengok telefon apabila suami tiba-tiba menjerit. Saya angkat kepala dan melihat seorang lelaki dengan ketinggian kira-kira 6 kaki di balkoni.

“Lelaki itu cuba buka sliding door dan kami nampak ada seorang lagi lelaki baru saja turun ke balkoni dari tingkat atas,” katanya di akaun media sosial miliknya.

Walaupun panik namun suaminya memberanikan diri berlari ke arah pintu bagi memastikannya ia dikunci dengan sempurna.


Ketika itu, suaminya dikatakan berada terlalu rapat dengan penceroboh di luar yang kemudiannya meminta mereka diam.



“Saya berlari ke arah suami dan menariknya dari pintu untuk pastikan dia selamat. Kemudian saya menghubungi polis, pengawal keselamatan dan menghantar mesej SOS (kecemasan) dalam WhatsApp grup kondo.

“Beberapa perkara terus berlegar di fikiran saya. Apa akan jadi kalau kami tidak mengunci pintu? Apa yang akan berlaku kepada kami jika lelaki itu berjaya masuk? Apa yang akan berlaku jika kami sudah tidur? Bagaimana jika mereka masuk, menjadikan kami tebusan atau memaksa kami melindungi mereka?.

“Saya pun buntu. Saya tak mahu fikir negatif. Saya mahu percaya bahawa lelaki itu hanya melarikan diri dari sesuatu dan hanya lalu di rumah saya,” ujar wanita itu yang unitnya terletak di tingkat 12.

Bagaimanapun, dia masih terus berfikir apakah tujuan lelaki itu memanjat dari balkoni ke balkoni.

Apabila melihat lelaki itu, katanya, ia bagaikan mimpi ngeri jadi realiti kerana perkara itu benar-benar berlaku seperti yang pernah dibayangkan selama ini.

"Sebab itu saya selalu paranoid. Tak ada yang mustahil untuk berlaku pada zaman ini. Apa-apa saja boleh terjadi. Sejak pindah ke sini, saya selalu membayangkan ada orang asing di balkoni dan hari ini ia berlaku," katanya.

Dalam masa sama, terselit juga rasa terharu melihat tindakan suaminya yang sanggup melindunginya dalam apa jua keadaan.

“Suami betul-betul sanggup mempertaruhkan keselamatannya sebab nak kunci pintu. Kami tak dapat tidur semalaman selepas kejadian itu.

“Jadi suami tempah hotel hanya supaya kami boleh tidur beberapa jam sebelum bekerja. Ya, kami agak trauma tetapi belajar banyak daripada pengalaman ini.

“Saya cadangkan semua orang di luar sana untuk sentiasa mengunci pintu dan tingkap anda. Walaupun langkah itu nampak kecil dan mudah, tetapi ia boleh menjadi sebab kini anda masih hidup,” katanya lagi.

Hantaran tersebut meraih perhatian warga maya yang turut bimbang dengan apa yang dialami pasangan ini.

Mana tidaknya, adalah mustahil untuk manusia normal menggadai nyawa memanjat balkoni pada malam hari tanpa sebab dan alasan.

Dalam satu lagi hantaran yang dibuat, dia memaklumkan suaminya mengambil langkah keselamatan dicadangkan netizen dengan meletakkan kayu pada sliding door mereka supaya sukar dimasuki penceroboh dari luar.

“Saya suka Twitter bermaklumat (cadangan netizen)! Saya harap apa kami buat ni betul. Ini hanyalah salah satu daripada banyak langkah keselamatan sementara yang kami ambil.

“Kami telah memesan lebih banyak barangan (keselamatan). Terima kasih atas semua cadangan,” katanya dalam ciapannya berserta video. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 3-4-2023 09:50 AM
tingkat 12? fuh spiderman Malaysia ni
Quote tungkai 3-4-2023 10:27 AM
Dan.......??? Cerita tak habis. Apa jadi pada 2 lelaki yg kat balcony tu? Apa action security condo? Cerita2 kat Twitter ni aku susah sikit nak percaya
Quote esbok 3-4-2023 10:31 AM
Kesian. dah trauma nak duduk rumah sendiri
Quote kelapaparut 3-4-2023 10:33 AM
comment2 melayu yg biasa:
knp name phoebe, melayu kristian ke ni, aurat nmpk tu, sominye body best, biar dua2 kne rogol sbb x tutup aurat, t20 mmg patut kne rompak. etc
Quote cap_ayam 3-4-2023 10:45 AM
Ingatkan makcik jual karipap ..

Syukurlah mereka selamat. Balkoni tingkat 12 kot.

Tapi ada kes mat pet masuk melalui tingkap tandas tingkat 17 tu .. dari tingkap tandas terus masuk bilik.. mat pet tu kena tangkap lah.. rumah dia sama aras dengan rumah yang dia masuk tu.. kondo ye bukan flat pprt.
Quote Honey_Inara 3-4-2023 10:52 AM
Allah ade jugak macam ni
Selama ni aku fikir duk kondo lah paling selamat.
Quote Decaffeinated 3-4-2023 10:56 AM
I live in both condominium and landed property concurrently ikut kesesuaian masa and i choose to feel safe and secure in both even though yes, condo feels safer. Rasa tak berbaloi nak paranoid.
Quote taji2906 3-4-2023 11:00 AM
Citer tergantung. susah sikit nak percaya kalau sumber dak twitter ni.
Quote monreyes 3-4-2023 11:10 AM
sliding door or window mmg kena letak kayu sendal...senang sangat nak buka..jgn ingat balkoni condo org x blh masuk..tgk je lah citer2 bomba kat tv tu..
Quote prettyuglybabe 3-4-2023 11:14 AM
mana pic laki 2 orang kat luar tu?
kata pegang hp takkan tak amik satu pic penceroboh untuk bukti?
Quote SWORKS27 3-4-2023 11:16 AM
agaknya fetis nak curi bra n panties kot
Quote Radzor 3-4-2023 11:45 AM
Pastu org tu g mana pibi?

SHAH ALAM - An influencer known as Phoebe Shafinaz tweeted her scary experience of having a man try to break into her condo unit on the 12th floor through her balcony.

Quote paz 3-4-2023 12:02 PM
Alamak, selama ni pilih kondo sebab takut kejadian macam ni. Landed property lebih mudah berlaku pekara rompak etc ni.

Alaaaa sekarang ni nak kena bertutup ajalah ni.
Quote acik79 3-4-2023 01:07 PM
paz replied at 3-4-2023 12:02 PM
Alamak, selama ni pilih kondo sebab takut kejadian macam ni. Landed property lebih mudah berlaku pek ...

Boleh pasang besi grill yg halus2 tu kalau nak elak org dr luar panjat masuk balkoni… aku ada tgk rumah client aku pasang ni
Quote lattehazelnut 3-4-2023 01:19 PM
acik79 replied at 3-4-2023 01:07 PM
Boleh pasang besi grill yg halus2 tu kalau nak elak org dr luar panjat masuk balkoni… aku ada tgk ...

Iols ingat utk prevent budak jatuh je benda ni.. I guess eventually single pun kne pasang la kan..
Quote acik79 3-4-2023 01:43 PM
lattehazelnut replied at 3-4-2023 01:19 PM
Iols ingat utk prevent budak jatuh je benda ni.. I guess eventually single pun kne pasang la kan..

A’ah utk prevent org yg ada anak kecik atau yg bela kucing… tp bagus juga la kan ada benda ni
Quote paz 3-4-2023 03:52 PM
acik79 replied at 3-4-2023 01:07 PM
Boleh pasang besi grill yg halus2 tu kalau nak elak org dr luar panjat masuk balkoni… aku ada tgk ...

Baiklah nanti saya check it out. Terima kasih.
Quote spankee_fili 3-4-2023 05:17 PM
paz replied at 3-4-2023 03:52 PM
Baiklah nanti saya check it out. Terima kasih.

Check dgn mgment team dulu noks, sesetengah mgment yg strict dorang kena dapat approval committee dulu on the grill design bagai..
Quote mejaputih 3-4-2023 05:36 PM
tungkai replied at 3-4-2023 10:27 AM
Dan.......??? Cerita tak habis. Apa jadi pada 2 lelaki yg kat balcony tu? Apa action security condo? ...

Betul..scroll baca di bawah takde mention apa yh berlaku seterusnya..in fact iols x nmpk kelibat puj dlm gambo tu..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.115551 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top