CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Cuba Terjun Dari Bangunan Sudah Dua Kali Dipujuk Bomba

2-4-2023 05:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 17241| Komen: 19|Original author: Tatod

Anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam berjaya menyelamatkan seorang gadis yang cuba terjun dari bangunan kompleks pusat beli-belah di Seksyen 14, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata, bomba menerima panggilan pada jam 11.42 pagi dan sebaik tiba, pasukan mendapati gadis itu berada di bumbung bangunan sambil menangis.


"Anggota mengambil masa kira-kira lima minit untuk memujuk dan menenangkan mangsa yang berumur 20-an sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan seterusnya.

"Siasatan mendapati, mangsa adalah pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) dan bekerja sebagai pembantu butik pakaian di bangunan kompleks beli-belah itu.


"Siasatan juga mendapati mangsa adalah individu sama yang cuba melakukan tindakan itu pada Mei tahun lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Morni berkata, pasukan yang melakukan operasi menyelamatkan mangsa adalah pasukan sama yang membantu polis memujuk mangsa ketika cubaan itu dilakukan di lokasi sama.


"Berdasarkan maklumat anggota yang menyelamatkan mangsa tadi, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan dan mengaku berpuasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan mangsa sudah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

"Siasatan mendapati, subjek adalah pemegang kad OKU (Mental). Ini cubaan kedua untuk membunuh diri di tempat yang sama.

"Semasa cubaan pertama pada Mei tahun lalu, subjek sendiri menghubungi bilik gerakan IPD Shah Alam sebelum membuat cubaan bunuh diri.

"Subjek dibawa ke HTAR untuk mendapat rawatan. Ahli keluarga subjek yang tinggal di Seksyen 24, Shah Alam dimaklumkan sebaik polis menerima maklumat awal," katanya.

Pada 22 Mei tahun lalu, media melaporkan anggota polis mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memujuk mangsa yang bersendirian di bumbung bangunan sama.

Ketika itu, kejadian itu disedari orang awam jam 2.15 petang yang terkejut melihat wanita itu bersendirian di tebing atas bangunan berkenaan.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 2-4-2023 08:02 PM
patut rasa macam pernah baca.. yang ni ke? https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/gadis-cuba-terjun-bangunan-akibat-kemurungan/
Quote blue_blur 2-4-2023 10:26 PM
alahai, mana mati tinggi 4 tingkat dek, cacat kekal kencing berak siapa nak buat? nyusahkan mak sampai mati?

terjun lah dari plaza perangsang sebelah tu... pastikan kepala landing dulu...
Quote margo20 2-4-2023 10:54 PM
Omg seksyen 24 jiran mak aku ni
Quote lyshafull 2-4-2023 11:02 PM
Semoga baik2 saja buat adik ni
Semoga u kuat hadapi dugaan ni
Quote Momohizan 2-4-2023 11:05 PM
Edited by Momohizan at 2-4-2023 11:07 PM

Entah la..I antara manusia yang support assisted dying. Kat Malaysia ni takde assisted dying dik. Kau kumpul duit gi la migrate Belgium ke..Luxembourg ke.. Spain ke.. Hopefully dalam kau nak achieve goal nak migrate tu, moga ada kesembuhan untuk kau dik.
Quote miszclassique 2-4-2023 11:07 PM
OKU apa lah tu ye
Kalau depression/adhd/bipolar dapat kad OKU jugak ke
Quote Momohizan 2-4-2023 11:17 PM
miszclassique replied at 2-4-2023 11:07 PM
OKU apa lah tu ye
Kalau depression/adhd/bipolar dapat kad OKU jugak ke

Setau I masa apply kad OKU nenek I, kad OKU Kurang Upaya Mental dibagi ke orang yang ada sakit mental teruk berterusan 2 tahun, yang tak boleh uruskan diri sendiri atau berinteraksi normal dengan orang sekeliling. Depression melampau/ADHD/bipolar/ pun boleh dapat kalau doctor endorse dalam borang OKU tu. Nenek I dulu apply sebab Alzheimer. Sebab dia pernah lari rumah, pastu tak jumpa jalan balik. Polis suruh apply so that kalau dia buat apa2 petty crime orang tak boleh charge dia, polis pun tak semak nak panjang2 cerita.
Quote gigahertz 3-4-2023 12:08 AM
LoveSungmin: patut rasa macam pernah baca.. yang ni ke?  <a href="https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/gadis-cuba-terjun-bangunan-akibat-kemurungan/" target="_blank">https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/gadis-cuba-terjun-bangunan-akibat-kemurungan/</a>

bila mention kata pekerja butik
i teringat kes tahun lepas. kat Mall tu jugak.
sekali tengok laa orang yang sama.
Quote miszclassique 3-4-2023 12:33 AM
Momohizan replied at 2-4-2023 11:17 PM
Setau I masa apply kad OKU nenek I, kad OKU Kurang Upaya Mental dibagi ke orang yang ada sakit men ...

Kalau sampai dapat kad oku budak ni mesti teruk jugak tu
Apa la yang trigger dia agaknya
Kesian jugak
Quote shernazz 3-4-2023 05:35 AM
Kena marah dgn owner atau customer butik ke?
Quote kam3n 3-4-2023 05:57 AM
Moga adik ni dapat kesan trigger & corak serangan. Moga suatu hari nanti dia dapat handle sendiri bila tak dapat kawal/elak trigger. Ambil masa tapi tak mustahil. All the best, dik. Usah dilayan kata-kata orang yang tak pernah lalui.
Quote Jitu 3-4-2023 06:51 AM
kesian
apa la agaknya punca smpi jd mcm tu
Quote venom1 3-4-2023 08:53 AM
mesti kena sindir dengan pelanggan butik tu atau dari bos agaknya
Quote Simunggu 3-4-2023 10:51 AM
kasian....cina, melayu atau india?
Quote sayurmayur88 3-4-2023 12:15 PM
semoga dipermudah buat adik tu. kasihan.

otak manusia ni sensitif, tak balance je sikit struktur kimia dan organik dalam dia mulalah kena anxiety, bipolar, sedih, murung.
Quote salimrock 3-4-2023 01:05 PM
Simunggu replied at 3-4-2023 10:51 AM
kasian....cina, melayu atau india?

sahalam sec 14 kawasan malayu, hindia tu dik,


mgkn bukan cinese
Quote intan244 5-4-2023 01:31 AM
Simunggu: kasian....cina, melayu atau in ...

puasa.. melayu la tu
Quote miracle_forever 5-4-2023 01:36 AM
Kat SACC mall ke ni?
Quote cap_ayam 5-4-2023 04:46 AM
Kesiannya adik ni.. kesian sangat semoga cepat stabil dan pulih..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.124468 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top