CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rahim Maarof Tak Sedarkan Diri Selepas Pembedahan Akibat Strok

2-4-2023 04:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 23631| Komen: 84|Original author: Tatod


Penyanyi Rahim Maarof dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh sejak Jumaat lalu.

Anak saudaranya iaitu Nik Nazira Narriman memaklumkan sebelum tidak sedarkan diri Rahim, 68, baharu sahaja menjalani pembedahan akibat penyakit angin ahmar yang dialaminya.

"Saya tidak tahu secara terperinci namun ibu saya memaklumkan dia kini tidak sedarkan diri di ICU sejak Jumaat lalu.

"Dia (Rahim) memang sudah lama ada penyakit darah tinggi dan dimasukkan ke hospital untuk pembedahan disebabkan diserang strok minggu lalu," katanya kepada mStar ketika dihubungi pada Ahad.


Nazira yang juga merupakan isteri kepada penyanyi Yonnyboii memberitahu dia juga sudah lama tidak bertemu dengan sepupu kepada ibunya itu.

"Uncle Rahim dan ibu saya adalah sepupu. Mereka membesar bersama. Kami pun sudah lama tak jumpa tapi sebeum ini saya tahu dia sihat sahaja.

"Terkejut juga dengar berita dia di ICU. Memang ada rancang nak bertemu dengannya bersempena Ramadan tapi sedih dapat pula berita begini," ujarnya.

Rahim yang popular sekitar zaman 1980-an dan 1990-an cukup dikenali dengan lagu-lagu seperti Usang, Cinta Kristal dan Shakila.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 2-4-2023 04:27 PM
Umur manusia zaman ni kebanyakan 50, 60 ,70, 80...Tun je yg umur rare..

Moga dipermudahkan segalanya buat artis ni..
Quote Belibis 2-4-2023 04:28 PM
Satu lagi lagu ' Dir'..khas untuk arwah sudirman.
Quote exclusive_vvip 2-4-2023 04:33 PM
dah 68 dah ek..maksudnya masa filem Mira Edora tu dia dah pertengahan 30an la
Quote SANKURIANG 2-4-2023 04:37 PM
My fav singer ni…handsome tau
Quote noell 2-4-2023 04:46 PM
exclusive_vvip replied at 2-4-2023 04:33 PM
dah 68 dah ek..maksudnya masa filem Mira Edora tu dia dah pertengahan 30an la

haku ingat filem syakila dgn acik ecah je
Quote exclusive_vvip 2-4-2023 05:10 PM
noell replied at 2-4-2023 04:46 PM
haku ingat filem syakila dgn acik ecah je

Syakila x penah tgk..tak sangka plak acik ecah penah berlakon zaman muda dulu..
Quote 3chanceno 2-4-2023 05:26 PM
Semuga cepat sembuh
Quote johnantak 2-4-2023 07:11 PM
Semuga cepat sembuh
Quote SalenaGomez 2-4-2023 07:17 PM
SANKURIANG replied at 2-4-2023 04:37 PM
My fav singer ni…handsome tau

Sskjp kan… tp Mmg hensem laa tp dia femes time umur pon dah byk kan…

Btw dia kawen dah ke ya?? Mcm x pernah dgr kawen kan
Quote shernazz 2-4-2023 07:20 PM
Nama dia dalam porem neh adalah peranakan makrifat
Quote LadyCarefree 2-4-2023 07:37 PM
shernazz replied at 2-4-2023 06:20 PM
Nama dia dalam porem neh adalah peranakan makrifat

Nama Atok Rahim ni?
Quote rosmahisham 2-4-2023 07:44 PM
Ex bf kak melahh..handsome zmn muda dgn cinta krystal nya!dia dgn aweera klu org kata ank beranak..iols caya..personaliti n rambut sama hi hi
Quote asamfish 2-4-2023 07:55 PM
punya hebat dia kikis kakram dulu....last2 dia tinggal mcm tu je kakram....kesian kakram yang sgt naive masa tu....semoga beliau dah lama meminta maaf dgn kakram diatas perbuatannya itu....
Quote imanjannah 2-4-2023 08:16 PM
innalillahwainnalillhirojiun.. semoga cepat sembuh
Quote makita 2-4-2023 08:20 PM
asamfish replied at 2-4-2023 07:55 PM
punya hebat dia kikis kakram dulu....last2 dia tinggal mcm tu je kakram....kesian kakram yang sgt na ...

2 kali chuols tokrahim ni kene tgkap kebasahan dgn kakram
Quote Jitu 2-4-2023 08:20 PM
semoga cepat sembuh
Quote dua_chzy 2-4-2023 08:21 PM
LadyCarefree replied at 2-4-2023 11:37 AM
Nama Atok Rahim ni?

Nama 'manja' dia. Sebab ada kes dengan kak Melah rasanya sampai kuar nama tu yangvai pun tak faham maksudnya apa.
Quote xAthenax 2-4-2023 08:21 PM
asamfish replied at 2-4-2023 07:55 PM
punya hebat dia kikis kakram dulu....last2 dia tinggal mcm tu je kakram....kesian kakram yang sgt na ...

x2 kena tangkap dengan kak ram

Quote LadyCarefree 2-4-2023 08:38 PM
dua_chzy replied at 2-4-2023 07:21 PM
Nama 'manja' dia. Sebab ada kes dengan kak Melah rasanya sampai kuar nama tu yangvai pun tak faham ...

Adoi. xtau kak melah. Atok Rahim ni pon xkenal. LOLLL Moga baik2 je lah.

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.039178 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top