CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tawar Pakaian RM1 Untuk 100 Terawal Tapi Diserbu 500 Orang

2-4-2023 02:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10903| Komen: 67|Original author: Tatod

Gara-gara promosi jualan pakaian untuk Hari Raya Aidlfitri pada harga RM1 menyebabkan sebuah premis pakaian di Seksyen 7, di sini, diserbu orang ramai sehingga berlaku kekecohan, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kekecohan ketika kedai berkenaan baru mula beroperasi kira-kira 10.30 pagi.

Katanya, difahamkan premis berkenaan membuat promosi untuk 100 orang terawal untuk membeli pakaian pada harga RM1, manakala 50 orang berikutnya akan mendapat baju kurta percuma.


"Bagaimanapun, dianggarkan lebih 500 orang membanjiri kedai berkenaan untuk mendapatkan harga promosi (RM1) itu sehingga berlaku tolak menolak dan kekecohan.

"Atas faktor keselamatan, pengurusan kedai itu bersetuju menghentikan operasi premis pada 11.45 pagi kerana tidak dapat mengawal jumlah pengunjung yang hadir," katanya dalam kenyataan, hari ini


Mohd Iqbal berkata, setakat ini, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

"Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana promosi yang dibuat pada musim perayaan ini.

"Golongan peniaga perlu sentiasa peka dan tidak membuat promosi yang boleh mengelirukan orang ramai bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang," katanya.

Terdahulu, terdapat rakaman video memaparkan kekecohan semasa orang ramai menyerbu kedai pakaian tular di media sosial sejak semalam.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 2-4-2023 02:34 PM
X paham ak org yg berebut2 nk brg murah... Yg berebut2 tu pulak bkn org2 yg betul2 miskin... Org yg betul2 miskin x hadap pun nk beli bj raya singgit...dorang lg risau ank2 x mkn......
Dgr cite siap ada brg kn curik lagi...
Quote koko2 2-4-2023 02:41 PM
org miskin tade duit...tak tau pun promo ni..
Quote cmf_premierleag 2-4-2023 02:50 PM
akak baca kt twidder..ada yg kata bukan 100 org terawal ...tp yg dpt ialah customer no.1, 10,20....100...means ada 11 baju je rege singgit
ujung2 damage cost kedai dan stok ko lg besar dr marketing bodoh ko tu
Quote cmf_premierleag 2-4-2023 02:51 PM
baca kt insta dan twidder,. katanya baju melayu wak doyok...sah2 la baju yg ntah tahun bila x laku2 tu, kasi let go je singgit
Quote renko 2-4-2023 02:52 PM
Jenama apa yg bangsat ni
Quote cmf_premierleag 2-4-2023 02:53 PM
recycle je baju melayu tahun lps
ke kene dgr cakap bini gelfren nk sedondon kaler bagai
ujung2 perangai kau mcm b40 rempit merusuh kedai segala siap koyak kotak2 baju tu (reference: video2 kat ig twidder)
Quote alesandra 2-4-2023 02:54 PM
Brand mana ni? aku tgk  clip kt twitter sampai security pun kena papah.seb baik x de mati kena pijak
Quote LoveSungmin 2-4-2023 03:01 PM
cmf_premierleag replied at 2-4-2023 02:50 PM
akak baca kt twidder..ada yg kata bukan 100 org terawal ...tp yg dpt ialah customer no.1, 10,20....1 ...

penganjur lahanat sis.. bagi info pun tak clear.. sekejap 100 terawal, sekejap untuk pengunjung no. 1, 10, 20, 30, etc.. selayaknya la kedai melingkup
Quote ina_na 2-4-2023 03:17 PM
Aku suggestkan lain Kali bt kat Johor..sbb kat sini semua benda kn beratur..x beratur kn maki...nsb la sape yg terpacak jd 101..lawa sgt ke design brand ni..pelik aku tgk sampai begitu sekali duk berhimpun nye..dah tgk ramai org...kuota pun 100 org je Patut x yah la duk berhimpun..
Quote Carcosa 2-4-2023 03:24 PM
Smlm tgk video2 kat TikKetok, terserlahhhhh muka sekor2 taktau malu.
Berimpit2 dgn panas2. Tah puasa tah tidak.
Ada pulak mak batak, bawak baby. Entah akal letak kat lubang taik agaknya. Nak mintak simpati lah tu, ingat org nak kasi dia jalan dulu. Ujung2 semua buat taktau. Tolak2 mcm setan. Nasib baik takde yg mampos mcm Halloween dkt Itaewon Korea tu
Quote cmf_premierleag 2-4-2023 03:25 PM
LoveSungmin replied at 2-4-2023 03:01 PM
penganjur lahanat sis.. bagi info pun tak clear.. sekejap 100 terawal, sekejap untuk pengunjung no ...

tu la...ada yg ngadu kata dpt wrong info ms mula2 tu.
tp melihatkan kejadian mcm ni akak syak yg merusuh tu mesti stok2 scalper..beli singgit ,pastu jual RM 100
Quote Jitu 2-4-2023 03:25 PM
teruknya
tp yg ramai2 ni sanggup berasak2 semata2 nak kan baju harga seringgit
Quote monxys 2-4-2023 03:55 PM
asalnya sebab ada satu tiktoker ni bagi salah info.. dia maybe tidak mention dengan jelas baju rm1 tu utk sekian2 nombor katanya
yg abg T"sl" nuat promo di johor ada mention no yg berapa2 je bru dpt rm1
jadinya isu kat sini salah bagi hebahan info
Quote cik_Sally 2-4-2023 03:58 PM
Marketing style orang letak otak kat kepala lutut. Cashlah
Quote ninja boy 2-4-2023 04:02 PM
Brg offer murah itu barang x laku brg reject stok lama ka
Quote aechae 2-4-2023 04:10 PM
shida81 replied at 2-4-2023 02:34 PM
X paham ak org yg berebut2 nk brg murah... Yg berebut2 tu pulak bkn org2 yg betul2 miskin... Org yg  ...

Betulll…kadang2 yg gigih berebut2 ni bkn yg betul2 miskin…dh rebut2 dpt beli rm1 lps tu g kedai lain beli lain lg jugak… org kita mna penah ckup baju raya 1 je
Quote totokreturn. 2-4-2023 04:16 PM
starvilion la ni, heboh dekat tiktok org mengamuk sebab kena tipu hidup2, kata 100 terwal dapat harga singgit, tapi sebenarnya 11 org je,
Quote airfilterkotor 2-4-2023 04:18 PM
Kalau bener pun promo utk 100 org pertama,
tu hat yg belakang² tu...
punya ramai macam ulat taik depan kedai nak jugak serbu buat apa?
Sah² nomor korang 101 ke atas.

Ke... sebab korang puasa, takleh nak pikir mende² gini?
Janji viral kita serbu.
Quote blue_blur 2-4-2023 04:24 PM
padan muka organizer, suka sangat buat orang macam pengemis.
kalau pun dia boh rm30, tetap mampu orang kebanyakan.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.043017 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top