CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya rindu Marina, dapatkah jumpa dia lagi selepas ini...'- Bapa

2-4-2023 12:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10450| Komen: 37|Original author: Tatod

"Saya nekad mengumpul dana dan berjaya menemui anak perempuan yang ditahan di penjara Nepal pada 21 Februari lalu. Saya amat merinduinya dan tidak tahu adakah masih berpeluang bertemunya selepas ini kerana usia sudah tua dan mengalami masalah kesihatan," kata Jamaluddin Malek, 72.


Anak perempuannya, Marina, 44, ditahan pada 2015 di Nepal atas kesalahan berkaitan dadah dan kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di negara itu dengan masih berbaki 12 tahun lagi.

Jamaluddin berkata, dia bertemu Marina di Penjara Pusat Sundhara, dekat Kathmandu pada 21 Februari lalu selepas berikhtiar mencari wang dengan meminta tolong rakan hingga mampu mengumpul RM2,000.


"Saya pergi ke Nepal bersama seorang anak lelaki untuk berjumpa Marina. Hukuman yang perlu dijalani Marina masih panjang, saya pula kini mencecah 72 tahun dan tidak pasti adakah peluang bertemunya lagi selepas ini," katanya.


Marina ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) Nepal, pada 2015 selepas didapati cuba menyeludup kokain seberat 11 kilogram.

Dia ditahan kira-kira jam 7 malam ketika dalam perjalanan ke Itali melalui Kathmandu, Nepal, dengan menyembunyikan dadah dalam lima komputer riba.

Bekalan dadah itu dipercayai diambil di Brazil untuk diseludup ke Itali dengan menggunakan laluan Nepal.

Sambil mengesat air mata, Jamaluddin berkata, ketika berjumpa anaknya di penjara itu, kehidupan marina sangat susah kerana dia satu-satunya banduan dari Malaysia.

"Saya dimaklumkan makanan disediakan di penjara itu tidak halal dan Marina terpaksa berlapar jika tiada makanan. Setiap bulan saya menghantar wang dan makanan seperti mi segera serta biskut ke kedutaan kita di Nepal untuk diserahkan kepada Marina.

"Baru-baru ini dia dimasukkan ke hospital, namun terpaksa menanggung kos perubatan dan tidak dibenarkan keluar selagi tidak melunaskannya.

"Marina juga sudah pandai bertutur bahasa Nepal kerana dia satu-satunya warga Malaysia di penjara itu," katanya.


Jamaluddin berkata, dia berharap mana-mana pihak dapat campur tangan dan memohon kerajaan Nepal memendekkan hukuman penjara anaknya itu.

"Marina sudah menjalani hukuman penjara selama lapan tahun dan baki hukuman masih panjang. Saya sangat berharap kerajaan atau mana-mana pihak dapat membantu usaha mengurangkan hukuman Marina di sana," katanya.


Sumber: BH ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 2-4-2023 01:05 PM
Sardin Marina sangatnya tak sedap
Quote airfilterkotor 2-4-2023 01:24 PM
Satu orang tapi bawa 5 laptop.
Samada dia keldai semata, atau memang dia tau apa yg dia bawa.
Quote Supersirap 2-4-2023 01:45 PM
Semoga hukuman dia dapat diringankan
Quote rogayahtop 2-4-2023 07:06 PM
alahai marina pun. sebelum buat kesian la dkt ayah sendiri kalau tak kesian dkt pompuan melayu lain yg nak travel solo pegi obersi nak upgrade keturunan. dahla pompuan melayu kalau travel solo mana2 mmg suspek.

Quote cmf_premierleag 2-4-2023 07:11 PM
Alahai..sayangnyaa laa...apsal la sblm kau nak buat bende2 sume ni ko x pikir panjang
Kesian lak dgn bapak ko ni
Quote ezacbee 2-4-2023 07:58 PM
Mesti lumayan upahnya. Rupanya sangkut.. Nak ke gomen tolong?
Quote lazim 2-4-2023 08:58 PM
klu darurat mkn je la tak halal pon. motip nk berlapar, bt kj haram sanggup plk. apa beza dgn mkn babi..
Quote Skuau 2-4-2023 09:00 PM
lazim replied at 2-4-2023 08:58 PM
klu darurat mkn je la tak halal pon. motip nk berlapar, bt kj haram sanggup plk. apa beza dgn mkn ba ...

babi tu najis.
Quote lazim 2-4-2023 09:01 PM
Skuau replied at 2-4-2023 09:00 PM
babi tu najis.

hidup je cinkies2 pndai2 lg
Quote Skuau 2-4-2023 09:03 PM
lazim replied at 2-4-2023 09:01 PM
hidup je cinkies2 pndai2 lg

dia punya 'Tuhan' lain...bang...
Quote clarizsa 2-4-2023 09:06 PM
Gi mam pus laa meluat i
Acah2 teraniaya kunun padahal mmg kaldai dadah punya banyak dadah dibawanya
Patut hukum gantung smpai mampus je org cmni
Nak kesian2 apa ntah
Org bodoh mana la dok derma kat rentua ni
Pathetic
Quote airmineral 2-4-2023 09:33 PM
11kg tu weiii
mana² negara pun
xnak anak bangsa dia rosak sbb dadah
Quote midori888 2-4-2023 09:33 PM
clarizsa replied at 2-4-2023 09:06 PM
Gi mam pus laa meluat i
Acah2 teraniaya kunun padahal mmg kaldai dadah punya banyak dadah dibawanya
...

Totally agreed ...no kesian for keldai dadah...
Quote cashewnut 2-4-2023 10:26 PM
clarizsa replied at 2-4-2023 09:06 PM
Gi mam pus laa meluat i
Acah2 teraniaya kunun padahal mmg kaldai dadah punya banyak dadah dibawanya
...

I pun setuju segala orang yang berkaitan dadah ni patut digantung kalau tak pun tembak mati. Semak kat dunia ya. Pasal angkara penjual najis dadah ni 1000 orang jadi mayat hidup/pembunuh/perosak/gila mereng sampai mati. Jadi memang patut tak ada rasa kesian pada prang jual ke pengilang ke donkey dadih ni. Kasi mati sama mereka. Dadah tu haram lagi membunuh institusi keluarga
Quote acik79 2-4-2023 10:48 PM
Bersyukur la pak cik, penjara je walaupun lama, kalau kat sini kena hukum gantung dah tu
Quote Momohizan 2-4-2023 10:52 PM
Dah kenapa kerajaan kena bantu penjenayah? Dia kena scam ke bawa dadah tu? Kalau rela hati memang la...Tu sebab buat baik berpada-pada. Peringatan jugak kat sesiapa yang travel luar negara, jangan baik hati nak bawa parcel/luggage orang. Tak kira la kawan2 ke, family ke, strangers buat cerita sedih kat airport luggage overweight tak mampu bayar. Bolayankan.
Quote babynina30 2-4-2023 11:10 PM
11 kg is no joke lah
Bkn 11 gm
Gila berani sheols ni
Quote matamata 2-4-2023 11:13 PM
Kena penjara pun dah nasib baik kot, kalau kena kat negara ni alamatnya ke tali gantung la...
11 kg kot... Kat sini 1/2 kg pun dah gantung dah
Quote green~tea 3-4-2023 12:14 AM
Hukum bunuh je laaaaa.. kesian buat apa...

Anjing perosak bangsaaa

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.037778 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top