CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pengorbanan Isteri Urus Keluarga Ketika Hamil Buat Haris Insaf, Neelofa Hargai Tugas Seorang Suri Rumah

2-4-2023 12:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11612| Komen: 35|Original author: Tatod


Melihat sendiri isteri tercinta menguruskan rumah tangga ketika sedang sarat berbadan dua membuatkan Pencetus Ummah (PU) Haris kagum dan menghargai pengorbanan dibuat Neelofa.

Haris atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, berkata, melihat kepayahan Neelofa membuatkan dia turut terkenang bagaimana ibunya membesarkan dia dan adik-beradik ketika mereka masih kecil.

"Mestilah dalam keadaan begini (hamil) saya lihat banyak cabaran dilalui isteri namun di sebalik itu juga saya nampak satu pengorbanan besar untuk menjaga anak kami. Jadi sebagai seorang lelaki, saya sangat kagum.

"Barulah saya sedar betapa susahnya ibu saya dahulu menjaga kami apatah lagi jarak usia saya dan abang tidak jauh. Betapa beratnya tugas ibu menguruskan keluarga dalam keadaan sedang hamil," katanya kepada mStar.


Haris berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Haris dan Neelofa yang diadakan di Putrajaya pada malam Sabtu.

Pada majlis berkenaan, mereka juga dikejutkan dengan sambutan ulang tahun perkahwinan kedua pada 27 Mac lalu.

Dua tahun menempuh alam perkahwinan, Neelofa pula memberitahu banyak ilmu dipelajari daripada Haris sepanjang bergelar isteri.


Kata Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dia kini lebih faham tentang tanggungjawab dan hak sebagai seorang isteri yang membuatkan dia lebih menghargai tugas sebagai seorang suri rumah.

"Terus terang, saya tak banyak ilmu sebelum berkahwin. Dalam tempoh dua tahun ini, saya belajar dan suami pun banyak memberi ilmu kepada saya.

"Saya jadi lebih tahu tentang hak sebagai isteri. Sebenarnya banyak perkara digariskan dalam Islam tidak kita penuhi. Disebabkan itu mungkin menyebabkan ada segelintir tidak menghormati perkahwinan yang dibina.

"Bagaimanapun kami masih baru dalam alam perkahwinan. Tak layak rasanya untuk terlalu berkongsi. Mana yang sudah berkahwin pasti akan merasainya sendiri," ujarnya.

Bercakap tentang sambutan Ramadan kali ini, Neelofa berkata, dia lebih banyak meluangkan masa di rumah memandangkan kini sedang berbadan dua.


Bagi memastikan dia kekal bertenaga sepanjang Ramadan, Neelofa memberitahu dia turut mengambil suplemen tambahan selain amalan makanan berkhasiat.

"Kalau bersahur saya akan ambil makan yang boleh dikatakan kita semua tidak suka seperti oat atau campuran buah dan sayuran. Itu semua untuk kesihatan. Terpaksalah telan untuk kekal bertenaga.

"Saya juga ‘hantu’ suplemen. Jadi saya akan pastikan mengambil suplemen yang lengkap seperti vitamin, omega dan sebagainya. Bagaimanapun puasa kali ini saya banyak luangkan rasa di rumah sebab dah mula rasa penat,” kongsinya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 2-4-2023 12:09 PM
K                 
Quote margo20 2-4-2023 12:35 PM
Hmmmmmmmmmmmmmmmmm
Quote Nanadjo 2-4-2023 01:01 PM
Jahlop expose lobenak2 disebalik page2 jilat dia tu, lobenak2 tu tak cuak ke? Dah la memasing so acik2.
Quote Nanadjo 2-4-2023 01:06 PM
Btw so pengotor si jah ni cuit kek dengan jari, iols tengok dalam igs dia.
Quote Realpeople17 2-4-2023 01:11 PM
Nanadjo replied at 2-4-2023 01:06 PM
Btw so pengotor si jah ni cuit kek dengan jari, iols tengok dalam igs dia.

My God chuolls pun prasan kan. Bila tgk trus ckp takde adab btul dia ni buat prangai cmtu. Nsib baik dia colek tu tak jilat trus.
Quote missHaidiD 2-4-2023 01:16 PM
Nanadjo replied at 2-4-2023 01:01 PM
Jahlop expose lobenak2 disebalik page2 jilat dia tu, lobenak2 tu tak cuak ke? Dah la memasing so aci ...

Lebih kurang cm muka2 yg bang mat pernah expose kan
Quote missHaidiD 2-4-2023 01:18 PM
Realpeople17 replied at 2-4-2023 01:11 PM
My God chuolls pun prasan kan. Bila tgk trus ckp takde adab btul dia ni buat prangai cmtu. Nsib ba ...

Kalau takde kain depn muka tu da mausk mulut da tu kan
Quote Realpeople17 2-4-2023 01:42 PM
missHaidiD replied at 2-4-2023 01:18 PM
Kalau takde kain depn muka tu da mausk mulut da tu kan

Nampak mcm trtahan tahan nk jilat tu. Mcm nk jilat tp tpaksa control. Dia ingt kelakuan dia klakar ke. Klakar and no manner dua bnda brbeza ye jah.
Quote Samerosie 2-4-2023 01:43 PM
Bukan ada bibiks ke?
Quote dudaberhias 2-4-2023 02:42 PM
baharu nak sedar bagai punya la lama mak ko hidup selama ni baru ko nak celik mata... yihhh! nampak nau tak cerdik sebab ambil masa lama sangat untuk ko sedar jadi isteri atau ibu ni susah... jadi engko senang la... balik2 lambung bini dan cret jah...
Quote Bawang123 2-4-2023 02:57 PM
Teringat macik leenofa. [em:3:]
Quote immaryjane 2-4-2023 03:08 PM
Dia ade mjlis berbuka pose kn? Jmput reporters ape smua tu. Seminggu ni mmg kene hadap la cite laki bini ni. Mcm2 soalan reporters tnye, and satu hari satu cerita keluar.
Silap2 jahlop siap cite pasal adik dia lmk tu.
Quote noell 2-4-2023 04:42 PM
awat janggut laki dia mcm lukis pakai inai itam dia je
Quote sopianpiann 2-4-2023 06:17 PM
Nanadjo replied at 2-4-2023 01:01 PM
Jahlop expose lobenak2 disebalik page2 jilat dia tu, lobenak2 tu tak cuak ke? Dah la memasing so aci ...

itu semua antara admin ig yg pernah buat ig menghina memaki dan memfitnah fattzura ms mula mula kawin dulu. cuma sekarang diorg dah tukar nama ig dan post yg baik baik je sejak lofa kawin. dulu ig tu jgk yg byk mengutuk dan ajak org membenci fattzura. june mak ank 3 pn ada semalam. tu antara ig tegar geng sherot yg mencerca fattzura. tak sangka sorg artis berniqab masih lagi meraikan fans yg jahat dan toxic mcm tu. nampak jijik.
Quote akuchenta 2-4-2023 06:49 PM
Tu rupanya muka di sebalik ig
Mana 1 loli??
Quote Moyangkucing 2-4-2023 07:20 PM
Sendiri bikin majlis, sendiri dikejutkan dgn sambutan anniversary?
Quote hokeypokey 2-4-2023 07:55 PM
siannnnn jahlop, dulu ikon terpaling, skrg suri rumah jer laki dia bagi.. hmmmmmmm
Quote Realpeople17 2-4-2023 08:31 PM
Kalo sherot hidup lg, agak2 dia ketap bibir tak tgk rakan2 seangkatan dia masih semeja ngan jah. Msti bengkek kan
Quote epal_putih 2-4-2023 08:38 PM
Yola jah..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.087976 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top