CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buka Hijab, Isu Isteri Ketiga Lonjak Nama Tash

2-4-2023 11:48 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9249| Komen: 9|Original author: Tatod


Daripada seseorang tidak begitu dikenali, nama pelakon Tash Yong menjadi panas gara-gara tindakan nekad membuka hijab yang membaluti rambutnya sejak dua tahun lalu.

Meninjau reaksi selepas berita tersiar, rata-ratanya kesal dan mengecam keputusan dibuat oleh anak komposer terkenal, Rosli Selasih ini.

Menerima cercaan dengan hati terbuka, Tash bagaimanapun enggan menyalahkan sesiapa berhubung keputusan menanggalkan tudung.

Sebaliknya, pelakon drama Menantu Ting Tong ini memberitahu apa yang berlaku adalah atas kekhilafan diri sendiri kerana gagal untuk terus istiqamah.

"Keputusan ini dibuat bukan atas desakan sesiapa sama ada keluarga atau bakal suami. Sebaliknya, saya yang putuskan sendiri.


"Saya sangka boleh istiqamah, tetapi iman tak kuat. Ketika mengambil keputusan bertudung pada penghujung 2020, negara sedang dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Bila tak jumpa orang, saya rasa inilah masa paling sesuai untuk mengenakan hijab. Namun, bila boleh bergaul dengan dunia luar, saya tak dapat menahan godaan hingga akhirnya membuat keputusan membuka hijab," katanya kepada BH Online.


Mengulas adakah pernah terfikir kesan dan akibat susulan perbuatan menanggalkan tudung, Tash berkata, dia sedar dan sudah menerima kecaman atas tindakan ini. Alhamdulillah, saya okay dan gembira dengan kecaman diberi.

"Bukan senang nak dapat perhatian seperti ini. Ada sesetengah orang sanggup buat apa sahaja untuk mendapat perhatian.

"Meskipun teruk dikecam, namun saya tak ambil kisah kerana tidak mahu menipu sesiapa.

"Buat apa saya bertudung sekadar memuaskan hati orang, sedangkan di belakang saya kembali 'free hair'," katanya.

Tash berkata, keluarga juga sudah boleh menjangkakan perkara ini akan berlaku.

"Mereka tahu saya masih belum bersedia. Namun, disebabkan keinginan untuk berhijab meluap-luap ketika itu, mereka akur sahaja.

"Telahan mereka tepat kerana saya memang belum bersedia untuk berhijab," katanya.


Mengulas desas-desas berkahwin dan menjadi isteri ketiga seorang usahawan terkenal, Tash minta soalan ini tidak dijawab,

"Soal status, biarlah rahsia. Bagaimanapun, saya akan menjelaskan perkara ini kemudian," jawabnya ringkas.

Tash berkata, dia agak terkilan apabila namanya belum dikenali meskipun sudah sedekad bergelar pelakon.

"Mulanya, memang timbul rasa terkilan, tetapi bila fikirkan semula ada juga pelakon baru ataupun artis veteran tidak dikenali. Lagipun, di awal kemunculan saya memang tiada kontroversi.

"Itulah menyebabkan orang tak berapa nak kenal saya. Tetapi, saya positif sahaja," katanya.

Terdahulu, Tash didakwa berkahwin dengan usahawan yang popular di TikTok dikenali sebagai Bosskay.

Menerusi video perkongsian tersebar memperlihatkan kemesraan Tash dan Bosskay berpelukan di tempat awam.

Menguatkan lagi dakwaan, kapsyen menyatakan mereka berkahwin dan meminta lelaki itu tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai suami kepada dua isterinya lagi.


Sumber: BH ONLINE






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laqoyah 2-4-2023 11:50 AM
Bosskay
Quote slyfynx 2-4-2023 12:11 PM
Jap, isu semasa ke ni?
Quote dua_chzy 2-4-2023 12:15 PM
Cantiknya kau berfilter.

Takda kalu so2 jeh.
Quote dua_chzy 2-4-2023 12:15 PM
laqoyah replied at 2-4-2023 03:50 AM
Bosskay

La dia rupanya laki pompuan ni.
Quote outcast 2-4-2023 12:16 PM
Ko pakai tudung ke tak pakaka ke. Sumpah  aku tak kenal. Yg bos  kay tu pun aku kenal sbb jahil agama, memainkan talak. Dayus pun sama x nk binkan anak dengan nama dia
Quote bakingsoda 2-4-2023 01:19 PM
bagus la ngaku terang2 iman sendiri tak kuat, bukan salahkan netijen memanjang
Quote shernazz 2-4-2023 02:14 PM
Masih tak kenal..
Menantu.ting tong iols tak tengok..
Nama dah mcm brand racket badminton dah..
Quote BoongaKertas 3-4-2023 08:00 AM
ni mamat yg x nak g jpn tu kan?
Quote krunker 15-11-2023 09:50 AM
Weird, you should be sporting a tudung. I swore to god I had no idea. The wealthy employer is also known to me as a religious agnostic who is playing slope the divorce game. Dayus feels the same way about passing his name on to a future offspring.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.028886 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top