CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Derita 5 Dekad Lolita Berakhir

2-4-2023 11:25 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8834| Komen: 21|Original author: Tatod

Seekor paus pembunuh yang ditahan selama 50 tahun dalam tangki yang sempit akhirnya akan dibebaskan dalam perjanjian bersejarah.

Lolita The Orca dibawa dari perairan Washington pada tahun 1970 ketika ia baru berusia 4 tahun dan dipaksa untuk membuat persembahan untuk berjuta-juta penonton di Miami Seaquarium.


Orca berusia 57 tahun itu adalah yang paling tua ditahan dalam kurungan dan ditarik balik daripada membuat persembahan selepas jatuh sakit.

Tetapi semasa sidang akhbar pada hari Khamis, ikan paus seberat 7,000 paun itu akhirnya akan dibebaskan.


Mirror melaporkan Miami Seaquarium, bersama-sama dengan Friends of Lolita (badan bukan berasas keuntungan) Forida, dermawan dan pemilik NFL Indianapolis, Colts Jim Irsay, membuat perjanjian untuk melepaskan ikan paus itu supaya dia boleh kembali ke 'rumahnya' di perairan.


Datuk Bandar Miami, Levine Cava menggelar perjanjian itu sebagai "bersejarah" dan hari yang hebat untuk Miami.

Dia berkata: "Ramai yang berharap dan berdoa untuk keputusan ini selama bertahun-tahun.

"Aktivis hak asasi haiwan sudah lama menuntut paus itu dikembalikan ke alam liar kerana ia telah mengalami "lima dekad yang menyedihkan dalam tangki yang sempit," kata PETA.

Kumpulan seperti PETA telah mengambil alih Seaquarium sebagai protes dan malah meneruskan beberapa tindakan undang-undang bagi pihaknya.

Naib Presiden dan Penasihat Am bagi Undang-undang Haiwan Yayasan PETA Jared Goodman berkata dalam satu kenyataan: "Jika Lolita akhirnya dikembalikan ke perairan asalnya, akan ada sorakan dari seluruh dunia, termasuk dari PETA, yang meneruskan beberapa tindakan undang-undang bagi pihak Lolita dan 'menyerang' Seaquarium dengan protes menuntut kebebasannya selama bertahun-tahun.

"Jika Seaquarium bersetuju untuk memindahkannya, ia adalah kelegaan yang sudah lama ditunggu-tunggu selepas lima dekad yang sengsara di dalam tangki yang sempit dan menghantar isyarat jelas kepada taman-taman lain bahawa zaman mengurung mamalia marin yang pintar sudah berakhir," katanya.

Kumpulan hak asasi haiwan melancarkan kempen selama beberapa dekad dan lama mendakwa keadaan hidup Lolita teruk dan tangkinya terlalu kecil.

Tarikan pelancong itu dikatakan semakin tua dan Lolita menjadi haiwan poster dalam pemacu untuk mengubah cara masyarakat berfikir tentang haiwan dalam kurungan dan haiwan persembahan.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 2-4-2023 11:34 AM
Soalannya, adakah orca tu bakal mampu hidup di persekitaran yg baharu?
Quote tahanie 2-4-2023 11:49 AM
Kesian paus ni. Boleh tengok Netflix documentary blackfish pasal orcas in captive. Dah ada yang mati kena attack dengan paus, masih juga disimpan for shows
Quote dua_chzy 2-4-2023 12:01 PM
airfilterkotor replied at 2-4-2023 03:34 AM
Soalannya, adakah orca tu bakal mampu hidup di persekitaran yg baharu?

Ntah2 kejap je mati since dah berpuluh tahun jadik pet cum slave.
Quote dani-rox 2-4-2023 01:18 PM
Tutup je lah tempat yg buat show hewan liar. Entah apa2 entah tujuan. Zaman sekarang nak tengok hewan buka jah tv atau internet.

btw PETA 'menyerang' Seaquarium konon. Berkempen dgn perempuan bogel di khalayak ramai tp dgn cat satu badan. So edgy, so provocative~ Gitulah MO dia org bertahun2 kahkahkah



Quote airfilterkotor 2-4-2023 01:33 PM
dua_chzy replied at 2-4-2023 12:01 PM
Ntah2 kejap je mati since dah berpuluh tahun jadik pet cum slave.

Jika orca mati... Seaquarium saman geng² aktivis tu balik.
Quote airfilterkotor 2-4-2023 01:37 PM
Berpuloh tahun hadap MRE (meals ready to eat) makan bersuap, ada aquabatic training tetiba ko lepaskan dia kat laut lepas makanan carik sendiri? Hmm.
Quote Ahriman 2-4-2023 01:38 PM
Negara terpaling hak asasi konon..padahal hipokrit nak mampus
Quote Supersirap 2-4-2023 01:49 PM
Semoga lolita sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sejahtera
Quote sapeka 2-4-2023 01:54 PM
tahanie replied at 2-4-2023 11:49 AM
Kesian paus ni. Boleh tengok Netflix documentary blackfish pasal orcas in captive. Dah ada yang mati ...

Baru lepas tgk
Kesian
Sampai depression orca tu
Dah la kena culik
Kena paksa buat kerja
Kejam la manusia
Quote Purplehaz 2-4-2023 11:11 PM
57 umur dia..long life juga Ikan paus ni dlm captivity, semoga Ikan paus ni baik baik saja di laut lepas. I paling lama bela ikan 6-7 tahun saje..sbb tangki aquarium 3x3m tu mcm sempit dh utk dia..kesian then lepaskannya.
Quote Tinot7 4-4-2023 07:09 AM
Purplehaz replied at 2-4-2023 11:11 PM
57 umur dia..long life juga Ikan paus ni dlm captivity, semoga Ikan paus ni baik baik saja di laut l ...

Hang bela ikan apa? Pastu lepaskan kat mana?
Quote Tinot7 4-4-2023 07:13 AM
dani-rox replied at 2-4-2023 01:18 PM
Tutup je lah tempat yg buat show hewan liar. Entah apa2 entah tujuan. Zaman sekarang nak tengok hewa ...

Iols rasa geng PETA ni bg alasan nak bervugil jahh..

Lepaih Lolita, nnt deme cari la hewan lain utk dilepaskan, sambil2 bervugil..

Iols pernah pi sanctuary gajah kat chiangmai a.k.a. rumah gajah tua.. siap ada kubur utk gajah yg mati.. dijaga oleh monks.. iols tatau la hewan2 yg dah tua voley survive on their own ke dak out there once dah berpuluh2 tahun dijaga.. kalau hewan yg diseksa, lain la citer nak soh lepaskan.. tak rasa seaquarium seksa menatang..
Quote Tinot7 4-4-2023 07:14 AM
Ada jahh menatang yg takleh survive dlm captivity i.e. great white shark.. hat ni tak payah la cuba nak bela dlm akuarium..
Quote midori888 4-4-2023 07:45 AM
Edited by midori888 at 4-4-2023 07:46 AM

Lolita...tajuk buku psl pedo, siap ada few adaptations to movie lagi...

Meols suka tgk documentary psl Orca nie. Teringin nak join Orca sighting tour. Musim cuti raya nanti meols nak gi Iceland, ada book whale tour, taktau ler kot bole nampak Orca nie ke tidak....
Quote rosa_canina 4-4-2023 07:57 AM
kesian dia.. hrpnye blh survive nti
Quote dani-rox 4-4-2023 07:16 PM
Edited by dani-rox at 4-4-2023 07:17 PM
Tinot7 replied at 4-4-2023 07:13 AM
Iols rasa geng PETA ni bg alasan nak bervugil jahh..

Lepaih Lolita, nnt deme cari la hewan lain  ...

Dalam pada nak "memperjuangkan" hak hewan, PETA bole pulak eksploitasi tubuh badan wanita. Takda kena mengena langsung berbogel dgn tujuan menyelamatkan nyawa binatang. kalau nak diikutkan berjela2 kisah hipokrit PETA nih.

Mcm uols cakap, Lolita dah berpuluh2 tahun dlm Seaquarium, ada baiknya biarkan dia abiskan sisa idop dia dlm tu. Harap dpt layanan lebih baik dari sekarang. Mungkin kalau ada animal sanctuary dan rescue yg jaga hewan marine lagi bagus. Tu la... Dah lama dlm kurungan, apa jaminan dia dpt survive di luar? Apapun, tempat2 berkonsepkan seaquarium, seaworld etc pulak dah boleh dikurangkan. Pernah terbaca bekas staff cerita psl kesan fizikal dan mental mamalia akibat dikurung dan dipaksa berlatih di seaworld - Orca cthnya, sejenis hewan sgt bijak dan sgt sosial, secara semulajadi bergerak dlm kumpulan. Bayangkan betapa seksanya Lolita dan rakan se-spesis terpaksa menjalani hidup tanpa kawan dan pergerakan terhad sbb kurungan sempit.
Quote Tinot7 5-4-2023 07:07 AM
dani-rox replied at 4-4-2023 07:16 PM
Dalam pada nak "memperjuangkan" hak hewan, PETA bole pulak eksploitasi tubuh badan wanita. Takda ke ...

Dolu2 ada siri kat tv lakonan jonathan brandis.. dolphin pakai topi yg voley kluarkan sore, interpret pemikiran dolphin tersebut ke bahasa inggeris..

Kalau ada topi mcm tu kat jaman now, voley la kita interpret sumer menatang dlm zoo, akuarium, pets.. apa rasa deme bila dok dlm tu.. adakah mahu kluar rasa free and wild atopon nak dok dalam dpt mkn tmpt tinggal free..

Jujurin iols tak rasa ada org nak lawat akuarium apa sumer tuh kalau takde pertunjukan atopon xtvt..

Masa kat sanctuary gajah tua tu, kami ada xtvt buat herbal balls utk bg gajah mkn.. feed selang2 dgn makanan, tak ingat apa, bananas kott.. gambar2.. dan tgk camne deme buat kertas pakai gajah poop.. tgk camne deme mandikan gajah.. Rasa zen sgt tmpt tu sbb yg bawak tour tu monk yg keje sana..

Bg iols, hat muda2 tuh bg la roam the world.. hat tua2 masuk sanctuary.. hat mengganaz bg bunuh teruih sbb mengancam manusia.. tapi jaman bangunan batu ni, byk hutan, laut, tanah ais kena teroka.. menatang sumer kena displaced sbb manusia makin ramai.. iols speku makin byk akan mengganaz..

Hat PETA ni awat takde yg rupa herlok? Edward furlong yg kiut, lepaih join animal rights ni pun rupa cam haper jahh..
Quote Purplehaz 5-4-2023 07:35 AM
Tinot7 replied at 4-4-2023 07:09 AM
Hang bela ikan apa? Pastu lepaskan kat mana?

Bela ikan Toman bunga dan Arowana.
Lepaskan kat tasik.
Quote Tinot7 5-4-2023 08:00 AM
Purplehaz replied at 5-4-2023 07:35 AM
Bela ikan Toman bunga dan Arowana.
Lepaskan kat tasik.

Dah lepaih, deme hidup ok ke dak? Ke dah kena tangkap pemancing wat sarapan?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.085889 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top