CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli Nombor Ekor, Cari Duit Raya

2-4-2023 11:21 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6767| Komen: 4|Original author: Tatod

Hasrat dua lelaki termasuk warga emas mencari duit lebih untuk perbelanjaan raya tidak kesampaian apabila mereka dicekup ketika ingin membeli nombor ekor, di Masjid Tanah, Melaka, semalam.

Kedua-dua lelaki itu ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi Perangi Jenayah Syariah (Perjasa) yang dijalankan di beberapa lokasi di negeri ini bermula 10 pagi hingga 2 petang.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, kedua-dua lelaki terbabit masing-masing berusia 52 dan 63 tahun berada di dalam premis menjual nombor ekor ketika pasukan penguatkuasa melakukan pemeriksaan.


Beliau berkata, pihaknya mendapati kedua lelaki terbabit berada di kaunter premis dan pada awalnya mereka tidak menyedari kehadiran pasukan penguatkuasa yang memerhatikan pergerakan mereka.

"Dipercayai ketika itu mereka mungkin hendak membeli atau sedang berurusan namun sebaik menyedari kehadiran penguatkuasa kedua-duanya bergegas meninggalkan kaunter tetapi berjaya ditahan penguatkuasa JAIM.


"Ketika ditahan dan disoal siasat, mereka memberi alasan berbuat demikian untuk mencuba nasib bagi mendapatkan duit lebih bagi perbelanjaan sambutan hari raya," katanya.

Menurut beliau, kedua-dua lelaki ini berdepan hukuman denda sehingga RM1,000 atau dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

"Ketika ditanya sama ada berpuasa atau tidak, mereka mengaku berpuasa dan kemudiannya kedua-dua lelaki itu diberikan surat perintah hadir ke pejabat JAIM.

"Tiada sebarang rampasan dibuat selain mereka ini nanti akan diambil dan dirakam keterangan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 81 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 (berjudi)," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 2-4-2023 06:43 PM
beli nombor dekat BSN je halal. [em:3:]
Quote kemaruk 2-4-2023 07:51 PM
Setakat tikam singgit mana la nak kaya.. paling2 kuat pon 1st prize rm3000 jah

Buang duit jah main nombor ni

Nak main jackpot dengan 6/49 acik2 ni mana la reti.. reti 4D besar kecik jah
Quote zuuu 2-4-2023 07:57 PM
Aiyoh pakcik bulan puasa kut,apa guna bpuasa kalo ko terang terangan bjudi untuk dpt xtra duit untuk psiapan raya...xde duit buat cara xde duit,jgan ikut hati sangat nak tukar semua baru langsir baru,cadar baru,perabut baru,bayu raya,tudung,kasut,kuih raya bagai semua tu...ni aq cakap kat mak aq sama tapi haram dia nak dengar
Quote Simunggu 3-4-2023 10:59 AM
kalau menang jangan lupa solat sunat syukur & bayar zakat

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.618644 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top