CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rita Nadira Jawab Hubungan Dengan Chubb-E

2-4-2023 10:42 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11289| Komen: 39|Original author: Tatod


Pelakon Rita Nadira menyangkal wujud rasa cinta di antara dia dan penyanyi Chubb-E selepas mereka dilihat sering memuat naik video bersama di laman sosial.

Kata Rita, 26, mereka mula rapat sejak 2021 disebabkan sering membuat kandungan media sosial bersama selepas diajak oleh penyanyi itu.

“Kami memang rapat sebagai kawan baik. Mula kenal di sebuah program televisyen dan kemudian kami bertegur di media sosial.

“Chubb-E sebenarnya seorang introvert, jadi dia minta saya ajar bagaimana nak buat live di media sosial. Dari situlah kami mula rapat.

“Terpulanglah apa anggapan orang bila lihat video kami. Yang penting ibu saya dan dia pun tahu kami ini hanya rapat sebagai kawan sahaja,” katanya kepada mStar.



Rita mengulas perkara tersebut selepas timbul dakwaan sebelum ini yang mengatakan mereka bercinta kerana dilihat berpegangan tangan dalam sebuah video.

Diusik tentang soal hati dan percintaan, pelakon drama Kerana Dia Suka ini memberitahu belum bersedia mencari pasangan dan lebih fokus kepada kerjaya.

Tambahnya dia lebih senang berterus-terang dari awal dan berkata tidak jika ada mana-mana lelaki mahu mendekati.

“Tiada yang special sekarang. Saya pun tak fokus untuk mencari teman istimewa. Kalau ada yang nak dekat, awal-awal lagi saya sudah katakan no!

“Pernah bercinta sebelum ini, tapi ibu tidak merestui hubungan itu. Ibu pun suruh fokus kepada kerjaya dahulu. Saya selesa begini dan lebih baik tak payah bercinta buat masa sekarang,” ujarnya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selipar_hijau 2-4-2023 12:07 PM
Brp umo budak berdua ni
Quote jambatannetizen 2-4-2023 12:27 PM
Carilah lain. Dia ini ada package. Tapi harap jaga perangai, jgn tersalah langkah mcm Peah Barakabah. Plus dia ni nape kawan dgn Elbulus????? Mcm tak sesuai pulak
Quote Ahriman 2-4-2023 12:28 PM
Chub E ni muka hensem tapi fesyen hazab skit..ke aku yang tk pandai berfesyen?
Quote LadyCarefree 2-4-2023 12:30 PM
dedua whoryus
Quote Kurex 2-4-2023 01:09 PM
Budak laki ni iols kenal. Baik yach! Muka women. Tapi pompuan ninterlalu who are yus utk iols
Quote LautBiru52 2-4-2023 01:25 PM
Cantik rita ni. Suka tgk ayu je
Quote anaktoyol 2-4-2023 01:35 PM
jambatannetizen replied at 2-4-2023 12:27 PM
Carilah lain. Dia ini ada package. Tapi harap jaga perangai, jgn tersalah langkah mcm Peah Barakabah ...

sbb dia ni dulu ex gf adik elbulus yg lelaki tu... ezrin loy ke apa namanya...
Quote Suchi 2-4-2023 01:39 PM
Rita ni mcm dah berumur rupanya baru 26, ingat dia dh tua sbb dulu nampak dia berlakon dh jd mak2 org dlm citag ayahnda ke apa tah tu.
Pastu muka dia sesuai watak2 antagonis je, mengingatkan iols kat mami jarum junior tu.


Btw budak chubb e tu bkn ke muda remaja lg?
Suka tgk dia dlm Project Anchor SPM taktau plak dia rapat ngn Rita ni.
Mcm tak sssuai je sbb si Chubb e tu mcm pendiam je orgnya
Quote bukan_ustazah 2-4-2023 01:39 PM
Rita ni ada package jauh tinggal si intan tu. Tapi intan tu pandai up kan diri tayang mewah dan badan tu yang naik
Quote Samerosie 2-4-2023 01:41 PM
Ingatkan adik ritrud nama dkt sama.  Tak kenal chubb e ni tapi kenal chubb P-Bes (peti besi).
Quote downiey 2-4-2023 01:55 PM
xkenal sape chubby tu.. rita ni kenal pon sbb cite saat hilang cintamu
Quote Aneem 2-4-2023 02:04 PM
Mcm adik kakak.
Isi masa senggang okey kot tp kalau nak buat laki in future pastikan jantan bermuka budak itu seorang yang bertggjawab.
Quote dudaberhias 2-4-2023 02:32 PM
who are yusss dua2 pun... tengok pada gambar masing2... kalau ko letak tin milo karat depan ko dik confirm ada yang hulur seringgit dua...

kalau waktu berbuka tiba2 ko nampak makcik pengagih makanan pada gelandangan bagi ko sebungkus nasi jangan terkejut yach!
Quote sarah_ary2 2-4-2023 02:49 PM
Nape chubbe tue dressing mcm GD?
Quote silampumeja 2-4-2023 02:50 PM
anaktoyol replied at 2-4-2023 05:35 AM
sbb dia ni dulu ex gf adik elbulus yg lelaki tu... ezrin loy ke apa namanya...

Wah ex si adik el tu retis aje ye... Dulu ain edrus. Skrg dia ni plak....
Quote Purplehaz 2-4-2023 02:58 PM
Suka tgok dia ni berlakon dgn zamarul, sesuai watak antagonis yg lawa.
Quote cmf_premierleag 2-4-2023 03:41 PM
rita ni cantik...mcm gabungan zahirah mc wilson - rita rudaini
tp personaliti rita ni sgt laaa membosankan
Quote lyshafull 2-4-2023 03:42 PM
I suka tgok rita ni
Lawa and nmpk mcm jenis chill2 je
Quote toxicated 2-4-2023 04:02 PM
Cntik rita ni. Jrg aku nak suka muka retis. Mcm ritrud + kim k

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.055811 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top