Tindakan seorang pemuda yang didakwa sengaja menekan setiap butang di dalam lif mengundang kecaman ramai sehingga dia dituduh sebagai perosak harta awam.
"Lelaki memakai hoodie tekan semua butang setiap tingkat disaksikan kaum keluarga. Lif berhenti di setiap tingkat.
"Ia menyebabkan lif kerap rosak dan menyusahkan residen lain khususnya pelajar sekolah, kanak-kanak, orang bekerja mahupun warga emas. Lokasi Alam Damai, Cheras," tulis pengendali Twitter Malaysia Most Viral.
Menerusi video tular itu, pelaku dilihat menaiki lif bersama keluarganya.
Loading Tweet...
Biarpun menyedari tindakannya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV), pemuda itu selamba mengangkat dua jari untuk membuat simbol 'peace' sambil menari terkinja-kinja di hadapan keluarganya.
"Perangai mu****t yang wujud dalam kawasan perumahan berkomuniti begini. Spesis minda ce***a. Penting diri sendiri dan suka menyusahkan dan merosakkan harta awam. Sampah masyarakat. Kaum keluarga pun sama acuan.
"Hidup dalam bermasyarakat mohonlah jaga perangai dan perbuatan. Bukan anda sahaja yang hidup dan tinggal di kawasan tu.
"Dibuatnya ada kes kecemasan dan perlukan lif bergerak cepat tapi dah menjadi lambat disebabkan perbuatan la***at ni, dah menyusahkan orang lain," tulis pengendali Twitter itu lagi.
Video berkenaan bukan sahaja menerima lebih 170,000 tontonan, malah turut dihujani dengan kecaman netizen, termasuklah yang menyamakan tindakannya seperti haiwan.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My