Menyifatkan dirinya sebgaai artis nombor satu Malaysia, Aliff juga yakin ramai peminat-peminat menunggu lagunya. Dia tahu apa yang perlu dipatuhi supaya lagu itu boleh diterima di radio mahupun TV.
"Tolong bagi saya ruang untuk berkarya dan menghiburkan. Tolong terima saya sebagai artis. Saya yakin tiada video yang dikeluarkan akan menjolok mata. Saya yakin saya akan menjaga hati semua pihak terutama keluarga, isteri, anggap saja hiburan, jangan ambil serius.
"Selepas ini akan ada juga penampilan artis lain yang mencuit hati. Tapi kalau tak mahu tengok, tak payah, langkau saja, tiada paksaan," katanya.
Dalam pada itu, Aliff memohon agar tidak membabitkan dan mengganggu keluarganya jika tidak berpuas-hati dengannya. Katanya dia terima saja segala cacian yang tak mampu dikawalnya.
"Terima kasih kepada yang mencerca, menghina, dan ada juga memuji. Sebagai figura awam, saya tak boleh nak halang atau lawan mereka. Cuma saya merayu satu perkara, jangan libatkan keluarga, isteri saya yang nak bersalin dah." katanya.
Terdahulu, Aliff cetuskan perdebatan ramai lagi selepas dalam MV itu, dia kelihatan menari dan diiringi sekumpulan penari. Mereka memakai set baju ketat lengkap bersamping serta songkok.
Tindakannya itu mengundang kemarahan ramai yang menganggap ia tidak menghormati kemuliaan bulan Ramadan.
Sumber: HARIAN METRO