CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amelia Henderson mungkin sertai politik

1-4-2023 01:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9979| Komen: 35|Original author: Tatod


Kepercayaan yang diberikan untuk menemubual Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menjentik idea pelakon dan pengacara jelita Amelia Henderson untuk tidak menolak kemungkinan bakal terjun ke bidang politik suatu masa nanti.

Bagaimanapun kata Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson, masih terlalu awal untuk dirinya menceburi dunia politik kerana banyak ilmu yang perlu diterokai sebagai persediaan ke arah itu.

“Saya tak menolak (ceburi bidang politik). Aktivisme adalah satu perkara yang sangat dekat di hati saya. Selama ini, saya tak pernah sentuh atau bercakap tentang apa-apa berkaitan politik.

“Hal ini kerana, saya belum bersedia untuk terima tanggungjawab tersebut terutama, sebab latar belakang pekerjaan saya dari bidang hiburan.


“Tak pernah terfikir nak masuk bidang politik tapi ramai kata, saya seorang yang agak tegas (pendirian) sebab saya dibesarkan seorang wanita (ibu) yang sangat luar biasa dan prinsip hidup saya sekarang, datangnya daripada dia juga (Dr. Jaya Rudralingam),” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis berbuka puasa Rizman Ruzaini di sebuah hotel terkemuka ibu negara, malam tadi.


Jelas pelakon filem Pulau itu lagi, setiap rakyat Malaysia perlu cakna tentang apa yang berlaku dalam dunia politik tanah air demi kestabilan dan keamanan negara.

“Kalau saya bercakap selama ini, saya kena cakna dan tak boleh terlalu bercakap pendapat berunsur peribadi tanpa betul-betul buat homework atau kajian untuk sebarkan mesej yang positif demi negara yang saya cintai.

“Setakat ini, belum ada idea lagi untuk ceburi bidang politik sebab bidang itu bukan industri saya tapi sebagai rakyat Malaysia, kita semua patut tahu pasal politik.

“Sebab itu yang menentukan kehidupan kita macam mana. Bagaimana negara ditadbir; sama ada kita suka atau sebaliknya. Negara adalah hak kita (rakyat).

“Saya memang akan bersuara perihal yang penting dan dekat di hati saya. Saya seorang yang sangat patriotik. Jadi, saya akan menyokong apa-apa yang menyumbang kepada kebaikan negara. Sebab saya lahir di negara ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Amelia diberi tanggungjawab menjadi moderator program dialog anak muda bersiri dikenali sebagai Temu Anwar yang berlangsung pada 19 Mac lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Bukan sahaja itu, menerusi program podcast (audiosiar) Studio Sembang kendaliannya, Amelia, 28, juga pernah mewawancara bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Sumber:KOSMO! ONLINE





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 1-4-2023 01:03 PM
Masuk politik kena bery bery clean..tup tup nanti Ade gambo bogella.. ko tak buat pun musuh boleh adekan ajo gambo bogel.. baiklaa ko JD retis ka modelka.. LG aman hidup ekau.. LG aman pi ngorat org kayoo kawinnnn pas tuu tutup semua media..
Quote rayna_raynes 1-4-2023 02:02 PM
Buritan replied at 1-4-2023 01:03 PM
Masuk politik kena bery bery clean..tup tup nanti Ade gambo bogella.. ko tak buat pun musuh boleh ad ...

pompuan memang aim kena jadi bini orang kaya je ke?

Quote Hoola 1-4-2023 02:07 PM
dan dan terinpirasi
very the cakna
Quote anilanil 1-4-2023 02:07 PM
Hmm..nak jadi politician kena cepat2 sorok gambar pelik-pelik diri sendiri & pasangan. Haih, cari pasangan ikan jerung je la ame...
Quote Buritan 1-4-2023 02:07 PM
rayna_raynes replied at 1-4-2023 02:02 PM
pompuan memang aim kena jadi bini orang kaya je ke?

Yeppp.. sbb kalo kawin dgn semekin kene cari duit jgk. Kawin dgn kayoo leh JD tai tai..

Cth afiq muiz bini nak corai very simple sbb duit yilek
Quote sleepandream 1-4-2023 02:11 PM
parti yg sesuai untuk sheols adalah MUDA
Quote rayna_raynes 1-4-2023 02:14 PM
sleepandream replied at 1-4-2023 02:11 PM
parti yg sesuai untuk sheols adalah MUDA

actually kan, ame dengan saddiq looks cute together


Quote kepompong 1-4-2023 02:16 PM
Buritan replied at 1-4-2023 01:03 PM
Masuk politik kena bery bery clean..tup tup nanti Ade gambo bogella.. ko tak buat pun musuh boleh ad ...

PRU lepas membuktikan calon dari entertainment industry ditolak mentah2 rakyat.. tapi heshe boleh cuba nasib sbb mmg drp kecik dah biasa buat kerja2 sukarela … cuma mak dia & ayah dia bukan origin malaysian, tak brp tahu sgt budaya org lama (ini andaian saja)

Zaman skrg gambar bogel bukan isu pun. video tuuut pun bersepah … apedehal.

(off topic)  btw. i tak suka stetmen goal hidup kawen org kayooo… adik i gitu la… belajar jauh2 obesi , balik malaysia bila bos yg dlm proses penceraian ayat2 sikit, bagi hadiah balik otstesen dari yurop,  dia terus terkulai layu sebok nak kawen . i yg local u pun tak heran dgn hadiah2 yg dia tunjuk tu ….. Sampai skrg perkahwinan kekal , i yg selalu menunggu2 bila depa nak cerai sbb tak tahan betul sakit mata tengok laki dia biawak terbongkang 1 apa harta lama2 pun tkde , buat keje rumah tak pandai (ye la dulu bos bos mmg sejenis mengarah je tak reti nak humble).. kesian temgok adik keje & berjimat2… tapi hb dia yg fizikal macam atok tua mmg sweet talker, setia sungguh adik i pertahankan marriage
Quote rayna_raynes 1-4-2023 02:16 PM
Buritan replied at 1-4-2023 02:07 PM
Yeppp.. sbb kalo kawin dgn semekin kene cari duit jgk. Kawin dgn kayoo leh JD tai tai..

Cth afiq  ...

pompuan kalau laki takde duit, tapi baik, sayang anak bini, biasanya boleh tahan lagi. banyak buktinya

yang tak boleh tahan, bila takde duit, lepas tu perangai macam cilaka, pukul bini, maki hamun, gaslight.
apiq muiz tu dahla rupa tak seberapa, perangai pun hodoh, memang patut la biar single je sampai ke akhir hayat. pakej potong sekali bibird


Quote moonela 1-4-2023 02:20 PM
rayna_raynes replied at 1-4-2023 02:02 PM
pompuan memang aim kena jadi bini orang kaya je ke?

Kena tanya acik porem sebab ada acik porem bagi nasihat kalo nak kawin cari lelaki kaya...
Quote Belibis 1-4-2023 02:23 PM
Abis tu bekas KPN tak cukup kayo lagi ke??cerai jugak.
Quote rayna_raynes 1-4-2023 02:23 PM
kepompong replied at 1-4-2023 02:16 PM
PRU lepas membuktikan calon dari entertainment industry ditolak mentah2 rakyat.. tapi heshe boleh  ...

ala dira abu zahar ok je menang.

Tapi itulah, mentaliti orang kita ni, kalau artis je bodoh, tak habis sekolah, budak kelas belakang. mindset dah begitu, sampai artis yang bijak dianggap sesuatu yang rare. padahal bakat seni ni adalah satu cabang intelligence.

baguslah kalau artis2 nak gunakan influence dan kebijaksanaan untuk improve polisi dan governance. kadang2 wakil rakyat dinosaur tu baca statute pun tak reti, apatah lagi nak jadi lawmaker


Quote rayna_raynes 1-4-2023 02:24 PM
moonela replied at 1-4-2023 02:20 PM
Kena tanya acik porem sebab ada acik porem bagi nasihat kalo nak kawin cari lelaki kaya...

bagi iols kalau takde bakat lain selain rupa paras, boleh je kawin org kaya. sebab ada kemungkinan tak reti jaga diri sendiri.

tapi kalau yang bijak IQ tinggi macam ame ni, what a waste kalau jadi tai tai je.
Quote moonela 1-4-2023 02:25 PM
kepompong replied at 1-4-2023 02:16 PM
PRU lepas membuktikan calon dari entertainment industry ditolak mentah2 rakyat.. tapi heshe boleh  ...

Hahaha.. Bab bewak terbongkang tu lawak.. Mcm mana jadi bewok kata bos..ke udah pencen? Bos banyaklah saving agaknya..
Quote moonela 1-4-2023 02:28 PM
Belibis replied at 1-4-2023 02:23 PM
Abis tu bekas KPN tak cukup kayo lagi ke??cerai jugak.

Siap pakej kena maki dgn minik muda... Bekas KPN tu dah macam atok ² sangatt..
Quote moonela 1-4-2023 02:28 PM
rayna_raynes replied at 1-4-2023 02:24 PM
bagi iols kalau takde bakat lain selain rupa paras, boleh je kawin org kaya. sebab ada kemungkinan  ...

Maksud uols tak reti jaga diri sendiri tu macam mana?
Quote jambatannetizen 1-4-2023 02:35 PM
Sesape perasan tak selepas dia temu ramah PM, dia control pakaian dia sekarang. Tak sexy2 dah.
Quote dudaberhias 1-4-2023 02:40 PM
sebab herlok macam biasa kaka akan undi agittewww!
Quote kepompong 1-4-2023 02:42 PM
moonela replied at 1-4-2023 02:25 PM
Hahaha.. Bab bewak terbongkang tu lawak.. Mcm mana jadi bewok kata bos..ke udah pencen? Bos banyak ...

i malas nak dm, off topic yach . tkde citer amelia, sila skip

udah bengkrap lepas kawen dgn adik i.. bisnes bengkrap, nama pun blacklist…  sbb dia buat bisnes yg sgt bergantung harap dgn projek majlis daerah/ bandaraya… supply service/ brg2 etc … masa adik belum kawen cari brg sikit punya kat yurop, nippon etc  nak hi tech la kunun, bila zaman berubah, dah tak releven, dia masih stucked dgn zaman kegemilangan dia… i muda2 dulu  grad masa recession, cari keje, gaji terlampau kecik beban besar namati, sempat keje be like sebulan lebih je kot… i challenge diri join kawan (now hb) buat bisnes, agak lebih sikit la rezeki time tu compare kawan2 sebaya , tapi i tahu je setiap kali recession, lepas tu akan ada benda2 yg tak relevan dgn apa yg kita tgh buat, i mmg buat persediaan teruk2… now, waktu yg kita taknak tiba tu dtg jua, skrg i mmg “terbongkang” tapi sbb dulu dah buat persediaan tkde siapa tahu sgt pun.. kalau kita ckp pun kawan2 kata kita nak humble hahahhaa… cuma kena downgrade kehidupan harian tu je la… ukur baju di badan sendiri, org melayu kata

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.058672 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top