CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ziana Zain tak putuskan hubungan anak, bekas suami

1-4-2023 12:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10085| Komen: 19|Original author: Tatod


Penyanyi Ziana Zain sentiasa mengingatkan anak-anaknya agar menghubungi bapa mereka malah tidak akan sesekali memisahkan hubungan itu dengan bekas suaminya Armin Zaharin, 58.

Ziana, 55, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain berkata dia tidak mahu anak-anaknya derhaka meskipun dia sendiri sudah tidak berhubung lagi dengan Armin.

"Saya sudah tak ada apa-apa. Anak-anak sajalah. Mereka selalu jumpa dengan ayah mereka. Saya selalu ingatkan anak-anak kalau sudah telefon ayah. Setiap minggu kena tanya ayah, apa-apa sajalah. Dia masih bapa mereka.

"Kita dengan bapa kita pun, marah tak kita? Jangan, berdosa. Saya tak nak anak-anak saya derhaka pada ibu bapa. Kita ini contoh pada mereka. Jadi, kita jangan cakap perkara negatif pasal bapa dia, berdosa saya.



"Saya nak anak-anak saya esok jadi suami dan isteri yang baik. Kalau boleh mereka berkekalan sampai akhir hayat," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Rizman Ruzaini, di sebuah hotel, di sini, semalam.

Penyanyi lagu Putus Terpaksa itu pun berkata dia memang tiada isu jika menyentuh urusan berkenaan anak-anak dengan bapa mereka. Kalau terserempak sekali pun, dia baik-baik saja.

"Tak ada hal. Saya pula yang tanya mereka kalau tak jumpa bapa mereka berapa bulan. Saya tak nak renggangkan anak-anak. Jangan pisahkan kasih sayang, itu anak dia.

"Tak ada masalah, saya profesional. Saya okay kalau dia nak tanya pasal sekolah anak-anak. Ini hidup saya, itu hidup dia," katanya.

Ziana juga mengakui sudah lama memaafkan Armin dan hatinya cukup lapang. Dia tidak nafikan kenangan lama pasti menerpa juga tapi enggan dibelenggu sebarang rasa dendam dalam diri.


"Dari dulu pun sudah maafkan kerana kalau tak beban itu kita bawa sampai akhirat. Saya tak mahu. Saya nak hati saya lapang, fikiran saya lapang, cukup.

"Bagi saya, kenangan masih tinggal kenangan. Kita tak boleh padam. Hidup saja dengannya tapi dalam cara yang positif.

"Hidup ini, kita tak boleh terperangkap dalam masa silam. Memang kenangan akan datang sekali-sekala, itu biasa. Tapi kena buat keputusan untuk terus maju ke depan," katanya.

Terdahulu, pada Mei 2018, bekas suami Ziana, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya.

Perkahwinan mereka selama 20 tahun secara rasminya berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 1-4-2023 01:37 PM
Terbaik ziana..napalah semua ckp kisah xsama..tp yg pilih mengadu kt netizen tu stoplah..sudah2lah
Quote lazim 1-4-2023 01:54 PM
iols dgr luahan zz ni dia mmg jujur walopon ada org mrh dia spill tea dlm next to neelofa, pd iols itu cara dia lpskn beban dia. lps tu dia xde merengek2 dh. andaikata klu armin x bg nafkah pon dia xkm bising rasanya
Quote dudaberhias 1-4-2023 02:50 PM
bagus zz... ingat lagi masa dia kena interview kat mahkamah haritu pun tak henti2 minta maaf kat wartawan...

ni kalau diba aa nampak kemain heols marah sebab reject heols tapi elok lah di reject dulu sebab sah2 kelempok...
Quote syabee 1-4-2023 03:14 PM
bila kita maafkan seseorang, hati kita akan jd lapanggg.... takde rasa berdendam.. bila kita berdendam tu yg jd sakit atiii
Quote downiey 1-4-2023 03:32 PM
diba aa tetap x dpt kak zz
Quote fadz84 1-4-2023 03:43 PM
downiey replied at 1-4-2023 03:32 PM
diba aa tetap x dpt kak zz

Dulu masa berperwatakan lelaki tulen x dipilih, yg terkini lagi la 100 batu larinya.. ehehe
Quote LadyCarefree 1-4-2023 03:46 PM
fadz84 replied at 1-4-2023 02:43 PM
Dulu masa berperwatakan lelaki tulen x dipilih, yg terkini lagi la 100 batu larinya.. ehehe

Mana tau diba aa tiba2 jd lelaki semula? Konek belum potong kan?
Quote hanihan16 1-4-2023 04:24 PM
jubah raya rizman ruzaini kaler peach tu mcm beli kat shopee rm99
Quote bedahmenjuyah 1-4-2023 05:56 PM
hanihan16 replied at 1-4-2023 04:24 PM
jubah raya rizman ruzaini kaler peach tu mcm beli kat shopee rm99


Gigih aku scroll balik. Mmg nampak murahan yach. Brp harga RR jual ek
Quote doubleharmonic 1-4-2023 09:01 PM
hanihan16 replied at 1-4-2023 04:24 PM
jubah raya rizman ruzaini kaler peach tu mcm beli kat shopee rm99

iols pulak dok perhati tangan zz tu jauh beza sungguh dengan muka yachhhh

Quote mojarean_X 1-4-2023 09:58 PM
downiey replied at 1-4-2023 03:32 PM
diba aa tetap x dpt kak zz

X kan lari gunung dikejar. Kalo dh jodoh bersama jua nanti
Quote sayawifenikmie 1-4-2023 10:06 PM
... anak depa yg sulung tu handsome.
Quote scrocth 1-4-2023 10:20 PM
Ziana mmg berhati mulia. Ikutkan dkt facebook peribadi dia masih berkawan dgn armin tu pun. Dia pny friends xramai pn. Dlm 80 org lebih jer kot. Mostly kawan2 sekolah dia je
Quote theotherfriend 1-4-2023 10:47 PM
dudaberhias replied at 1-4-2023 02:50 PM
bagus zz... ingat lagi masa dia kena interview kat mahkamah haritu pun tak henti2 minta maaf kat war ...

festaim kaka dud puji memuji retis
Quote ashilalat 1-4-2023 11:03 PM
Aku rasa nek jena ni mmg berhati mulia pon. Selain kisah dia dgn laki dia ni, kisah waktu dia di kemuncak, muncul siti caras populariti dia, dia x de pon pulaukan siti.

Masa AJL 1996 tu pon ziana dgn zamani je yg tegur siti belakang pentas. Lps siti caras kedudukan dia, masih dia dtg jd undangan HMI siti, nyanyi bersama walaupon fonen di kedua² pihak sama naik jd batu api lagakan diorg.

Tiber tok pah plak yg tercabar dgn siti sampai masuk mahkamah, padahal zaman siti naik tu ialah zaman ziana slps ziana amik alih dari jee latif. Secara logik nya ziana patut lebih tercabar tapi org lain plak yg over tercabar.

So aku percaya, dia tak dengki pon dgn rakan retis, apatah lg dgn org yg pernah hidup sekali dgn dia.
Quote Wayree 1-4-2023 11:05 PM
Smoga kak jiana pnjang umor murah rejeki n sentiasa sihat:..u alwayz my pereber dibakak jiana dh tk mau kawen pn meolz restu asal kak jiana sntiasa gumbira dgn family n kenkwn
Quote auntyonion 1-4-2023 11:34 PM
Meols tgk baju tu teringat jahlopak pnye baju ninja turtle dtg meletop..ropanyahh stylist yg same
Quote beatgirlX 2-4-2023 12:38 AM
Aku caya je anak2 pak zain semua bagus2 dan baik2
Quote Nurkaseh01 2-4-2023 09:39 PM
Alhamdulillah anak2 pon perlukan bapak nk membesar

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.034660 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top