CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amelia wanita paling istimewa - Aedy Ashraf

1-4-2023 12:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 18844| Komen: 110|Original author: Tatod


Hubungan pelakon Aedy Ashraf, 30, dan Amelia Henderson, 28, kembali bertaut apabila mereka terbuka keluar bersama sejak baru-baru ini.

Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi tidak menafikan pelakon filem Pulau itu wanita paling istimewa di hatinya sekarang dan ingin jalin hubungan serius.

"Amelia sangat-sangat baik, kami pun sangat rapat dan sudah kenal lebih dua tahun. Saya tak tahu dia, tapi saya sangat serius mengenai hubungan ini.

"Ya sangat selesa. Sebelum ini pun kami pernah jadi teman istimewa dan senang cerita, kami kembali bersamalah," katanya sewaktu ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Rizman Ruzaini, di sebuah hotel, di sini, semalam.


Aedy bagaimanapun enggan sesiapa meletakkan harapan terhadap masa depan hubungan mereka terutama peminat. Apapun, dia yakin hubungan mereka kini ke arah yang cerah.

"Saya tak nak buat sesuatu kerana mereka (peminat). Hal ini jadi sebab kami betul-betul mengenali sesama sendiri dengan cara yang betullah.

"Tapi tak salah pun untuk mereka berharap dan kalau tak jadi, jangan sedih atau apalah. Kami buat yang terbaiklah untuk diri kami masing-masing," katanya.

Sementara itu, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson pula berdoa hubungan mereka akan sentiasa berkekalan biar sebagai rakan karib sekalipun.

"Saya memang akan sentiasa menjadi peminat terbesar Aedy. Saya harap apa-apapun, kami akan kekalkan hubungan antara kami selama-lamanya.

"Ini kerana, dia sentiasa ada untuk saya, begitu juga saya untuk dia. Terus-terang, itupun sudah cukup untuk kita harapkan daripada kawan-kawan yang kita ada," katanya.


Terdahulu, pada 27 Mac tahun lalu, kecoh dalam media sosial apabila tular video memaparkan Aedy melutut melamar Amelia sebagai kekasih hatinya di sebuah acara festival makanan.

Bagaimanapun, pada Julai tahun lalu, Aedy memuat naik ciapan berbaur patah hati di Twitter sekali gus mengundang spekulasi ramai dia dan Amelia sudah berpisah.

Mereka dikatakan mula rapat selepas digandingkan sebagai hero serta heroin dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan November 2021.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wtvmjls 1-4-2023 12:55 PM
Edited by wtvmjls at 1-4-2023 12:56 PM

amelia dah friendzone dia..obviously. sorang lagi masih letak harapan. ye la, amelia kot
Quote PocongTerbang 1-4-2023 12:57 PM
wtvmjls replied at 1-4-2023 12:55 PM
amelia dah friendzone dia..obviously. sorang lagi masih letak harapan. ye la, amelia kot

Si kahar tu ke? btw,tak rasa pon diorang bercinta.ada nampak lalu kat tiktok video diorang photoshoot sama2. Bertaut kembali sbb kerja kot
Quote anilanil 1-4-2023 01:20 PM
PocongTerbang replied at 1-4-2023 12:57 PM
Si kahar tu ke?  btw,tak rasa pon diorang bercinta.ada nampak lalu kat tiktok video diorang p ...

Ala..kahar si kapla muda sangat oii. Dia mcm baby ye dgn amelia, nak ckp adik pon tak sesuai sebab amelia dah matang sgt. Kerja dulu la dik kahar. Ko berbakat. Even kalo compared dgn aedy & amelia yg so called as child actor pon ko lagi jauh bertiang lebih bagus. Budak pandai, pandai ngaji, pandai buat lagu, pandai nyanyi, pandai berlakon, soft spoken, tall, dark & handsome. Ayo full package, please la kerja dulu, expand your career in acting & singing. Nak sgt amelia boleh tapi ko suruh la dia tunggu lagi 10 tahun. Bole tak dik amir ahnaf?
Quote nordin84 1-4-2023 01:29 PM
anilanil replied at 1-4-2023 01:20 PM
Ala..kahar si kapla muda sangat oii. Dia mcm baby ye dgn amelia, nak ckp adik pon tak sesuai sebab ...

beza 5tahun je cuols.. bkn 20tahun blh je kalau dia letak harapan hahaha
Quote nordin84 1-4-2023 01:30 PM
ame ni xyah la aedy.. cr la berjenis sikit
Quote anilanil 1-4-2023 01:36 PM
nordin84 replied at 1-4-2023 01:29 PM
beza 5tahun je cuols.. bkn 20tahun blh je kalau dia letak harapan hahaha

Maksud aiols, ame ko amik je la si ikan keli tu. Kasi chance la kat cinta hati seMalaysia verangan lama ckit dgn amir ahnaf tu..hahahaha. ps: harap ame bole utilize IQ dia yg 180 tu utk pilih yg berjenis sikit utk jadi kepala keluarga.
Quote moonela 1-4-2023 01:38 PM
Edited by moonela at 1-4-2023 01:58 PM

Ada orang nampak Amelia dan Aedy buka puasa kat MO.. Bukan berdua..ala² ponen pun join sekali tak sure mereka sekadar kawan atau serius sebab Iols tak follow pun kisah mereka ni..
Quote PocongTerbang 1-4-2023 02:02 PM
anilanil replied at 1-4-2023 01:20 PM
Ala..kahar si kapla muda sangat oii. Dia mcm baby ye dgn amelia, nak ckp adik pon tak sesuai sebab ...

Dah si kahar tu yg nampaknya menyendeng kat ame,nak buat cmne. Mana tau taste perempuan lagi tua
Quote yuyu2810 1-4-2023 02:04 PM
Aiyooo Aedy, Daiyan tu special gak ke semua yg hot ko nak. Aku curious ek nak pulak si Amelia ni kt Aedy balik. Last year siap belanje Daiyan g tgk concert coldplay kt london. Aku rasa dua dua jenis opportunist demi kelangsungan bisnes baju memasing sempena raya ni. Tgk lps2 raya confirm dua2 ni cold balik. Hahahaha
Quote sleepandream 1-4-2023 02:08 PM
entahler... tapi nampak mcm aedy ni hot sgt kejap dgn daiyan kejap dgn amelia... kasanova yachhh
Quote yuyu2810 1-4-2023 02:42 PM
Aedy boyerr. hahahaha. problem nye awek dak aedy ni semua hot stuff. Takpe lah dy ko enjoy lah waktu muda ko ni. Ko pon can do eye candy bad boy sesuai la. not the type muka tikus bendang acah nak awek hot manjang. gitcheww.
Quote awekjepun 1-4-2023 03:40 PM
Klo tgk siapa ex ame.. blh tahu la aedy ni taste dia or tak.. jauh beza.
Quote LadyCarefree 1-4-2023 03:48 PM
Setakat gini xhot pun gosipnya.
Quote matjerk 1-4-2023 04:02 PM
Ada tgk kat TT..
Dulu dia sekolah international 2 tahun..
Even kwn2 sekolah dia semua kaya2...
Dia org2 biasa.. sederhana.. parents kereta wira..
Rumah teres 2 tingkat...
Klu g umah kwn2 sekolah.. semua bungalow...
Ada swimming pool..
Kete pun bmw.. benz...  pnh dia ajak bff dtg rumah..
Terus lps tu bff dh mcm x nak kwn dgn dia..
Dia sekolah situ.. sbb ayah dia mat salleh..
N nak kan international sylabus..
Sedangkan dorang bukan kaya n mampu..
Dia sekolah situ 2 tahun je
Quote nordin84 1-4-2023 04:18 PM
anilanil replied at 1-4-2023 01:36 PM
Maksud aiols, ame ko amik je la si ikan keli tu. Kasi chance la kat cinta hati seMalaysia verangan ...

ame xsesuai dgn ikan keli.. baik cari yg educated sikit
Quote ohsoyaya 1-4-2023 05:01 PM
Carilah yg berjenis sikit. Ceo ke, bkn retis. Downgrade nau aedy ni
Quote Lvstar 1-4-2023 05:30 PM
C Aedy ni bukan dgn Daiyan ke?..hari tu tengok konsert sama2 lagi
Quote jambatannetizen 1-4-2023 05:51 PM
ohsoyaya replied at 1-4-2023 05:01 PM
Carilah yg berjenis sikit. Ceo ke, bkn retis. Downgrade nau aedy ni

Kawen dgn pelakon lelaki buang keran je. Lainlah pelakon lelaki grade grade A , director ke mcm yusry kru.
Quote LembingDayanti 1-4-2023 06:03 PM
lawo2 tapi takde vvip, abak org kaya nak. ngorat la hans isacc. nak jugak ngan org melayu

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.097987 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top