CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buka puasa awal dengan dadah

1-4-2023 12:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7471| Komen: 0|Original author: Tatod

Ketika umat Islam menjalani ibadah puasa, sekumpulan lelaki sebaliknya berpesta dadah di dalam kebun getah di Felda Jelai 4, Gemas, di sini.

Lokasi yang dijadikan 'markas' menagih dadah adalah sebuah pondok yang dibina menggunakan kayu hutan serta ditutupi kanvas.


Bagaimanapun kegiatan sekumpulan penagih lelaki terbabit terbongkar apabila sepasukan polis menyerbu 'sarang' itu jam 8 pagi semalam.

Sekumpulan lelaki ditahan di dalam kebun getah dekat Felda Jelai 4, Gemas selepas dipercayai menagih dadah. FOTO Ihsan PDRM

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, operasi selama enam jam itu berjaya memberkas 18 lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah.

"Operasi dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Tampin.

"Kami berjaya menahan 18 lelaki berumur lingkungan 23 tahun hingga 55 tahun di lokasi berkenaan," katanya.


Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut menjumpai enam paket dadah heroin seberat 301 gram selain empat paket plastik mengandungi dadah syabu seberat 51.25 gram.

"Nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM10,000. Hasil ujian saringan awal polis terhadap suspek mendapati semua mereka positif dadah morfin dan syabu," katanya.

Tambah beliau, kesemua suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Pencegahan Jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 39B, 12 (2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Polis yakin berjaya memutuskan rangkaian bekalan dadah kepada penagih di sekitar kawasan sekitar Felda Jelai," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut menjumpai enam paket dadah heroin seberat 301 gram selain empat paket plastik mengandungi dadah syabu seberat 51.25 gram.

"Nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM10,000. Hasil ujian saringan awal polis terhadap suspek mendapati semua mereka positif dadah morfin dan syabu," katanya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.025926 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top