CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

36 maut lantai kuil runtuh di India

1-4-2023 11:22 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4230| Komen: 0|Original author: Tatod

Angka kematian akibat insiden lantai runtuh di sebuah kuil di India, meningkat kepada 36 selepas pasukan penyelamat menemui mayat mangsa terakhir yang hilang.

Khamis lalu, puluhan penganut Hindu yang meraikan upacara perayaan keagamaan terperangkap dalam sebuah telaga selepas lantai kuil di tengah bandar Indore, runtuh.

Pegawai Kanan Polis, Manish Kapooria mengesahkan kepada AFP, seramai 17 individu berjaya diselamatkan manakala 36 mayat ditemui.


Mangsa turut membabitkan wanita, kanak-kanak dan bayi berusia 18 bulan ketika insiden itu menyebabkan mereka terjerumus ke dalam telaga air sedalam 7.5 meter.

Semalam, puluhan mayat yang ditemui itu dibakar serentak berhampiran lokasi kejadian selepas menjalani upacara pengebumian ringkas.

Khamis lalu, Perdana Menteri Narendra Modi menzahirkan duka cita dengan berita kemalangan itu.


"Doa saya bersama semua yang terjejas dan keluarga mereka," katanya.

Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri berkata, pembayaran pampasan sebanyak 200,000 rupee (RM10,738.52) akan disalurkan kepada waris mangsa terbabit.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Madhya Pradesh, Narottam Mishra memberitahu, siasatan dilakukan bagi menyiasat kemalangan itu.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.027151 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top