CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sukar bina rumah kos rendah di kawasan bandar Sabah

1-4-2023 09:46 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2884| Komen: 0|Original author: Tatod

Pemaju perumahan di Sabah berdepan kesukaran untuk membina rumah kos rendah dengan harga yang murah di kawasan bandar bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah berikutan kos tanah yang tinggi.


Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Datuk Masiung Banah, berkata dengan harga jualan RM47,000 seunit, pemaju, khususnya LPPB sukar untuk membina rumah kos rendah dengan harga sedemikian di kawasan bandar.

Beliau mengakui ramai pemohon rumah kos rendah di negeri ini, khususnya golongan yang bekerja di bandar mahukan kediaman seumpama itu dibina di kawasan bandar, namun harga tanah yang tinggi menyukarkan ia dilaksanakan.

MASIUNG (empat kanan) melihat proses cabutan undi lot rumah kos rendah di Sook, Keningau. FOTO Ihsan LPPB

"Di luar sana ramai bertanya, kenapa rumah kos rendah tidak dibina di sekitar bandar. Ini kerana harga kos tanah yang tinggi di bandar tidak mampu menampung nilai harga rumah yang cukup murah," katanya pada majlis cabutan undi lot rumah kos rendah LPPB di Sook, dekat sini, semalam.


Sebanyak 32 lot atau unit kediaman kos rendah yang dibangunkan LPPB ditawarkan kepada pemohon yang layak di Sook, sebuah pekan kecil luar bandar yang terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Keningau.

Masiung berkata, di Sabah, rumah kos rendah dijual dengan harga RM47,000 seunit kepada pemohon yang mempunyai pendapatan keluarga atau isi rumah di bawah RM3,000.

Sementara itu, Masiung berkata sepanjang tempoh lima tahun sehingga akhir bulan lalu, pihaknya menerima sebanyak 41,135 permohonan untuk mendapatkan rumah kos rendah di Sabah.

Katanya, jumlah itu terlalu tinggi berbanding bilangan rumah yang sudah dan sedang dilaksanakan LPPB di seluruh negeri.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan berusaha memenuhi keperluan rumah kos rendah di Sabah bagi memastikan 30 peratus daripada jumlah pemohon itu dapat memiliki kediaman.

"Kita menyasarkan untuk memenuhi keperluan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah permohonan yang diterima.

"Bagaimanapun, ia bergantung kepada jumlah peruntukan yang disalurkan daripada kerajaan negeri dan persekutuan," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya kini sedang merangka garis panduan termasuk membentuk Jawatankuasa Strategik dan Pelaburan (JSP) bagi mengurangkan jumlah permintaan rumah kos rendah di Sabah.


Sumber: HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.034962 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top