CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cukai Baharu E-Rokok, Vape Dengan Nikotin Bermula Hari Ini

1-4-2023 09:14 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3426| Komen: 4|Original author: Tatod

Cukai baharu bagi rokok elektronik dan vape dengan nikotin akan dikenakan pada kadar 40 sen setiap milimeter (ml) mulai hari ini.


Menurut notis warta kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan semalam, nikotin dalam gel dan cecair yang digunakan dalam produk tersebut telah dikeluarkan daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.

Warta tersebut yang mengecualikan nikotin dalam vape dan rokok elektronik daripada senarai racun, ditandatangani Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan disiarkan di laman sesawang Perundangan Persekutuan.

Gambar hiasan.

Warta pada Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) 2023, menyatakan bahawa nikotin, “digunakan untuk merokok melalui e-rokok dan alat pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel”, dikecualikan daripada senarai racun.


Turut dikecualikan ialah tembakau dan nikotin dalam “bentuk tampalan atau gula-gula getah untuk digunakan sebagai bantuan berhenti merokok”.

Duti eksais baharu ke atas vape mengandungi nikotin pula diumumkan dalam Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2023 dan ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan.

Cukai baharu itu diwartakan di bawah subseksyen 6(1) Akta Eksais 1976.

Anwar pertama kali mengumumkan duti baharu ke atas produk cecair dan gel yang mengandungi nikotin, yang digunakan dalam e-rokok dan vape, semasa membentangkan Belanjawan 2023 pada Februari lalu.

Beliau berkata, biarpun vape dan e-rokok masih tidak sah di sisi undang-undang di negara ini, ia masih dijual secara berleluasa dengan dianggarkan nilai RM2 bilion.


Sumber: GETARAN



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 1-4-2023 09:19 AM
Kutip cukai semua padan muka geng naga.

Quote cranell 1-4-2023 11:21 AM
takkan pukul rata...ada yg 6,12,18,24mg nikotin dalam vape flavor.
Quote plywood 1-4-2023 11:24 AM
cukai ini tak mempengaruhi harga rokok seludup
Quote petpom 1-4-2023 12:48 PM
cranell replied at 1-4-2023 11:21 AM
takkan pukul rata...ada yg 6,12,18,24mg nikotin dalam vape flavor.

Betul.. sama mcm cukai gula. Milo kurangkan gula tp tambah pemanis tiruan. So milo x kena cukai gula.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.044829 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top