CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragis! Kanak-kanak perempuan 7 tahun dibunuh bakal abang ipar gara-gara melawan ketika cuba diperkosa

1-4-2023 08:59 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4457| Komen: 9|Original author: Tatod

Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui dalam keadaan tragis di celah batuan di Pantai Malalayang, Manado, Sulawesi Utara.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai RA berusia tujuh tahun, pada mulanya dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 28 Mac.


Usaha mengesan kanak-kanak malang itu oleh keluarganya tidak berhasil, sehinggalah mayatnya ditemui penduduk kampung tidak berapa lama kemudian.



Hasil siasatan polis membawa kepada penangkapan seorang pemuda berusia 20 tahun yang juga merupakan bakal abang ipar mangsa.

Ini kerana terdapat maklumat daripada penduduk kampung yang memberitahu polis bahawa mereka ternampak mangsa membonceng motosikal suspek sebelum mayatnya ditemui.

Pemuda itu pada mulanya menafikan, namun akhirnya mengaku melakukan jenayah berkenaan.

Menurut polis, suspek pada mulanya berhasrat memperkosa mangsa selepas membawanya ke pantai.


Namun mangsa melawan ketika suspek cuba membuka bajunya, menyebabkan dia dibunuh.

"Jadi motifnya adalah kerana dia ingin memenuhi keinginan seksualnya,” kata pegawai polis. - Tribunnews


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 1-4-2023 09:08 AM
Budak kecik pun nak merogol. Mesti akak mangsa terkejut. Pedo tul.
Quote clarizsa 1-4-2023 09:44 AM
i sangat marah baca berita ni
Quote SalenaGomez 1-4-2023 09:49 AM
Agak nya lepas kawen, hari2 dia rape budak kan…sib baik jenayah dia sblm kawen but still kesian kat budak ni
Quote Kentot_Wangi 1-4-2023 11:34 AM
Shaitoooon
Quote alieyrina 1-4-2023 12:07 PM
Babi la. Lempar dlm kolam boya biar dia rasa mcm mana budak tu rasa sebelum mati
Quote ujio 1-4-2023 12:14 PM
Sialan..brengsekkk..
Quote akumak 1-4-2023 12:35 PM
Kebabian dan kesyaitonan. Neraka lah kamu
Quote mojarean_X 1-4-2023 12:52 PM
@Friska @trisnalovezul bila nk kuar gua?
Quote CiliPadiSedap 2-4-2023 06:16 AM
mojarean_X:   @Friska   @trisnalovezul  bila nk kuar gua?


ok tq ingatkan warga forum, momode tolong bagi kredit. tq

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.051575 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top