Penduduk negeri Florida akan dibenar membawa senjata api secara tersembunyi tanpa perlukan lesen, demikian menurut rang undang-undang (RUU) yang diluluskan Dewan Senat negeri yang dikuasai Parti Republikan dan disokong oleh Gabenornya, Ron DeSantis.
RUU yang mendapat kelulusan Dewan Perwakilan Florida pada minggu lalu itu diluluskan Senat menerusi undi 27-13. Apabila RUU itu menjadi undang-undang, mereka yang mahu membawa senjata tersembunyi di khalayak ramai hanya perlukan dokumen pengenalan diri seperti lesen memandu. |
ADVERTISEMENT