"Saya tidak pernah terfikir menjadi pengacara MM38. Sebelum ini, saya menjalankan tugas sebagai pengacara pembantu atau artis jemputan.
"Apabila diberi peluang TV3, saya macam tidak percaya dan ini adalah pengalaman baharu buat saya.
"Sebelum ini, saya pernah jadi hos segmen karpet merah atau belakang tabir. Namun, untuk menjadi pengacara program besar seperti ini, saya tidak percaya pada mulanya.
"Saya takut salah cakap, tidak boleh buat atau diperbandingkan. Banyak perkara yang saya risau," katanya pada sidang media memperkenalkan pengacara MM38 di Studio 3, Glenmarie, Shah Alam, kelmarin.
Bekas pengacara Melodi dan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim kelima itu berharap penonton dapat memberi sokongan hingga ke penghujung program.
"Saya akan cuba beri yang terbaik dan membuat kelainan. Banyak perkara yang perlu dibincangkan mengikut kemahuan penerbit.
"MM38 ada kelainan tersendiri. Program ini bukan sahaja fokus kepada muzik dan lagu, sebaliknya mengangkat penulis lirik, komposer dan ramai lagi. Ini perkara baharu buat saya untuk terus belajar," katanya.
Sumber: BH ONLINE