CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

11 maut dirempuh ketika agihan sumbangan Ramadan di Pakistan

1-4-2023 08:38 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3542| Komen: 3|Original author: Tatod

Sekurang-kurangnya 11 maut akibat dirempuh orang ramai ketika menerima sumbangan sempena Ramadan di Karachi, semalam.

Pegawai kanan polis Bandar Baldia di barat Karachi, Fida Janwari, berkata rempuhan itu berlaku apabila wanita berpusu-pusu ke lokasi agihan sumbangan bagi mendapatkan bekalan untuk anak mereka.


Sehubungan itu, katanya, tiga pekerja kilang ditahan kerana gagal memaklumkan penganjuran acara terbabit kepada polis, bagi membolehkan kawalan dilakukan di situ.

Sumber AFP

"Orang ramai mula berlari untuk cuba meloloskan diri selepas keadaan bertukar panik," katanya kepada AFP.

Sementara itu, jurucakap Muhammad Farraukh, berkata mayat enam wanita dan tiga kanak-kanak dibawa ke hospital Abbasi Shaheed.

Seorang pegawai pertubuhan bukan kerajaan berkaitan penyelamat pula berkata, dua mayat lagi dihantar ke hospital lain, manakala pakar bedah polis, Summaiya Syed Tariq mengesahkan jumlah keseluruhan mangsa yang maut 11 orang, semalam.


Pakistan dilanda kegawatan ekonomi sejak beberapa bulan lalu, selain kejatuhan rupee menyebabkan harga makanan ruji meningkat hampir 50 peratus ketika Islamabad berdepan krisis imbangan pembayaran yang memaksanya mengadakan rundingan jaminan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Sementara itu, Pegawai pentadbiran tempatan, Fatima Noor, 22, menganggarkan sehingga 700 orang berkumpul di kawasan terbabit.

Sumber Reuters

"Semua orang menyerbu masuk sejurus pintu dibuka," katanya yang juga adik kepada antara mangsa terkorban dalam kejadian itu.

Asma Ahmed, 30, berkata nenek dan anak saudaranya adalah antara mangsa yang maut.

"Setiap hari kami akan datang ke sini untuk menerima (sumbangan) zakat. Mereka mula memukul wanita dengan kayu dan menolak mereka. Keadaan bertukar huru-hara. Kenapa panggil kami datang, jika tak boleh menguruskannya dengan baik?" katanya.

Minggu lalu, seorang dilaporkan maut, manakala lapan lagi cedera akibat dirempuh ketika agihan sumbangan tepung di barat laut Pakistan, pada hari pertama Ramadan.

Kewangan Pakistan terumbang-ambing, dipercayai akibat salah urus kewangan dan ketidaktentuan politik selama beberapa dekad.

Ia diburukkan lagi dengan krisis tenaga global akibat perang di Ukraine, selain banjir monsun yang menenggelamkan satu pertiga negara itu, tahun lalu.

Negara dengan populasi 220 juta itu berhutang dan perlu menggubal pembaharuan cukai yang sukar dan menaikkan harga utiliti jika berharap membuka satu lagi tahap jaminan IMF bernilai AS$6.5 bilion (RM28.68 bilion) serta mengelak ingkar. - AFP


Sumber: BH ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 2-4-2023 02:26 AM
al fatihah. syukor negara tak sampai ke level ni lg walaupun berdekad kena con masing2.
Quote edee_91 2-4-2023 03:46 AM
sampai 50% naik tuuu....
Quote krustykrab 2-4-2023 06:27 AM
Paki n india ni mmg sepesen je...bantuan apa pun mesti pompuan yg kna pi ambik. Yg jantan duk membongkang je tgk kot.
Lps tu pesen suka pukul² org.

Mudah²an negara kita tk sampai jd mcm ni.

Ngeri bila fikirkn balik. Rakyat terlalu ramai, bersusun paku anak cucu dgn peluang keje yg limited.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.069098 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top