CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah kenapa tabur paku atas jalan raya?

1-4-2023 08:20 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5488| Komen: 32|Original author: Tatod

Polis sedang mengesan pemilik kenderaan jenis Nissan Almera yang pemandunya dirakam menabur paku di atas jalan raya dipercayai dekat kawasan lampu isyarat persimpangan dekat Pusing, Jalan Ipoh-Lumut di sini, baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya mengesan video tular di media sosial berhubung perkara itu semalam.

Beliau juga mengesahkan turut menerima laporan polis berhubung kejadian daripada pengguna jalan raya yang mengalami tayar bocor selepas melalui kawasan itu.

Tangkap layar video tular. Sumber Harian Metro

Katanya, susulan itu pihaknya daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perlakuan khianat.

"Sehubungan itu, pemilik kereta terbabit iaitu Nissan Almera bernombor pendaftaran AJK869 sedang dikesan untuk siasatan lanjut.


"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan digesa menghubungi Inspektor Siti Ramlah Abdullah selaku pegawai penyiasat jenayah di talian 0167676287 atau bilik gerakan (DCC) IPD Batu Gajah di talian 05-3654322 atau 05-3629050," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sejak Khamis lalu video itu yang dirakam oleh pemandu kenderaan lain berdurasi 24 saat berkenaan tular di media sosial, memaparkan pemandu kereta jenis Nissan Almera warna hitam sedang menabur paku di persimpangan jalanraya dari tingkap kenderaan.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko2 1-4-2023 09:39 AM
dah lama taktik ni...baru berjaya tertangkap video..
Quote SalenaGomez 1-4-2023 09:51 AM
Ni gang2 tow truck la ni…nak job punya pasal..dulu penah baca ada je siap tabur minyak…
Quote pooh~key 1-4-2023 09:55 AM
Dia lupa zaman now zaman dashcam everywhere sis. Akak selalu jah terpikir nak buat khianat macam2 kat jalan raya, tapi bila terpikir zaman dashcam ni, terus cancel sis.
Quote Buritan 1-4-2023 12:35 PM
pooh~key: Dia lupa zaman now zaman dashc ...


Aku plk bg no phone akak aku pd along.. hahaha.. harap along tuu call Le kakak aku.. aku try masuk tumbler laman web lucah dgn harapan aku nak chat pas tuu aku tabur no phone akak aku..
Quote Buritan 1-4-2023 12:36 PM
pooh~key replied at 1-4-2023 09:55 AM
Dia lupa zaman now zaman dashcam everywhere sis. Akak selalu jah terpikir nak buat khianat macam2 ka ...

Tp malangnyaa aku tak reti gune tumbler tuu .
Quote pittjie 1-4-2023 12:43 PM
Buritan replied at 1-4-2023 12:35 PM
Aku plk bg no phone akak aku pd along.. hahaha.. harap along tuu call Le kakak aku.. aku try masuk ...

Haha dendam sungguh kau kat kakak kau ya sis.
Quote mojarean_X 1-4-2023 12:48 PM
pooh~key replied at 1-4-2023 09:55 AM
Dia lupa zaman now zaman dashcam everywhere sis. Akak selalu jah terpikir nak buat khianat macam2 ka ...

Akak nk wat khianat apa kak!?
Quote Buritan 1-4-2023 12:58 PM
pittjie replied at 1-4-2023 12:43 PM
Haha dendam sungguh kau kat kakak kau ya sis.

Takde laa dendam pun . Cuma lebih kpd suke pedajal dia jah... Dedulu aku suke bg no phone pensyarah mktb aku masa kpli.. aku masuk chatting alamak ke ape tah.. pas tuu aku ngorat laa sape sape tah . Pas tuu aku suh call skrg.. pkl 3 ke 4 pagi . Ngamuk pensyarah aku.. hahaha
Quote kepompong 1-4-2023 01:11 PM
Buritan replied at 1-4-2023 12:35 PM
Aku plk bg no phone akak aku pd along.. hahaha.. harap along tuu call Le kakak aku.. aku try masuk ...

ni citer bila ni… aritu macam baca u dah maafkan dia
Quote Buritan 1-4-2023 01:14 PM
kepompong replied at 1-4-2023 01:11 PM
ni citer bila ni… aritu macam baca u dah maafkan dia

Dah lama maafkan cuma viasalaa aku.. saje suke suke pedajal.. mcm jumpa batu pi sepak.. tak dendam pun dgn batu tuuu pun
Quote Buritan 1-4-2023 01:15 PM
mojarean_X replied at 1-4-2023 12:48 PM
Akak nk wat khianat apa kak!?

Jum Kita discuss cmn nak khianat kat org.. jumpa bomoh tak mo laa.. takat dajal dajal gittew je la
Quote clarizsa 1-4-2023 01:46 PM
Bangsatnya perangai khianat camni
Quote acik79 1-4-2023 01:58 PM
Aku pernah kena kat Plus highway area Southville tgh2 jem hari Ahad orang balik dr kampung… terus kereta aku keluar sign, pressure tyre berkurang, sign suh berhenti kete… suami aku cakap tyre kena paku kot… terus cari bengkel kat bangi, pusing2 banyak bebgkel tutup hari Ahad. Alhamdulillah ada 1 bengkel buka walau hari Ahad, kitaorg berjaya tampal. Yg pedajal tu aku nak minta ganti kat akhirat nanti menyusahkan org…
Quote Perwira2022 1-4-2023 02:12 PM
Perangai camni biasanya geng keling yg buat
Quote b_n_c 1-4-2023 02:19 PM
Buritan replied at 1-4-2023 12:58 PM
Takde laa dendam pun . Cuma lebih kpd suke pedajal dia jah... Dedulu aku suke bg no phone pensyara ...

aku pn skrg tringin nk bt benda tu kpd seseorang tp aku risau dia report polis nti org selidik lak dr mana phone nmbor tu diedarkan
Quote mikasa 1-4-2023 02:28 PM
Zaman hampir semua kereta ada dashcam...maka makin banyak laa akan guna plet palsu. Disini pentingnya pengguna nombor plet seragam. Buat mcm negara lain . No plet bukan boleh buat kat kedai ahbeng
Quote matchstick 1-4-2023 02:38 PM
Org mcm ni semuga mampus dilenyek Lori..bangkai punya org
Quote imanjannah 1-4-2023 02:44 PM
aku mmg, selalu terfikir nak tabur paku ni utk mat2 rempit yg bising pukul 2-3 pagi tu, mmg sgt menyakitkan hati, tapi dlm fikiran je la.
hihi..
Quote green~tea 1-4-2023 02:46 PM
Kenapa tabur paku depan2 orang? Kot ye pun biar le line clear dulu

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.057353 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top