CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita tidak pakai tudung boleh didenda RM300,000

1-4-2023 07:59 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4526| Komen: 11|Original author: Tatod

Wanita yang tinggal di Iran boleh didenda sehingga 2.9 bilion riyal Iran (RM311,178) jika melanggar undang-undang hijab baharu oleh pemerintah yang menuntut mereka memakai tudung kepala setiap kali berada di luar rumah, lapor MailOnline semalam.


Ahli Parlimen Iran, Hojjat ol-Eslam Hossein Jalali berkata Ahad lalu bahawa denda itu boleh dikenakan terhadap wanita yang tidak bertudung semasa menaiki kenderaan, makan di restoran, di sekolah dan universiti serta di jalanan termasuk ruang awam lain.

Undang-undang itu adalah cara alternatif untuk menguatkuasakan peraturan pemakaian hijab berikutan kegagalan kaedah keras oleh ‘polis moral’.


Ia berlaku selepas kematian seorang gadis, Mahsa Amini pada September tahun lalu selepas dia ditahan kerana tidak memakai hijab dengan sempurna sehingga mencetuskan protes besar-besaran di seluruh Iran.


Sebarang penyertaan dalam penentangan awam terhadap pemakaian hijab akan membawa akibat yang teruk seperti pendakwaan dan pemenjaraan.

Menurut Jalali, peraturan itu dimuktamadkan selepas sebanyak 300 mesyuarat dengan Majlis Tertinggi Revolusi Kebudayaan dan Majlis Keselamatan Negar diadakan. – Agensi


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 1-4-2023 09:03 AM
Obsession terhadap tudung knows no bound. Malaysia sila belajar, don't go down the same dump.
Quote clarizsa 1-4-2023 09:46 AM
Mampusla kalau msia pun tergedik2 nak tiru camni
Tapi ada dh negeri2 dlm msia dok buat cmni kan
Quote pooh~key 1-4-2023 09:52 AM
Decaffeinated replied at 1-4-2023 09:03 AM
Obsession terhadap tudung knows no bound. Malaysia sila belajar, don't go down the same dump.

Tapi populasi manusia yang bodoh melebihi yang bijak macam kau sis. Tak terkejut pun kalau negeri bodoh tu implement benda bodoh ni sis.
Quote Kuin-Kepam 1-4-2023 10:36 AM
Rosak negara dpt kat ekstremist.. the art of controlling people!!
Quote rogayahtop 2-4-2023 02:07 AM
Bezanya dekat malaysia ni pompuan islam sendiri yg seronok tengok sesama perempuan kena hina kena cerca semata2 tak bertudung. Padahal masa zaman org tak hire perempuan bertudung kerja ni, yg free hair la yg backup supaya kawan2 yg bertudung boleh keje sekali. zaman makcik akak grad 90an balik malaysia ramai kawan2 dia tak bekerja psl company prefer yg tak bertudung, dia siap tolong fight supaya kawan bertudung boleh dtg interview, boleh masuk keje.

pompuan isle melayu ni mmg ada yg enjoy menekan sesama pompuan. bukannya tau nak treat sesama perempuan mcm manusia. tudung labuh pun ada yg kena potong psl terlebih panjang panjang kain, panjang lengan, semua nak check. kalau tgh period tu pun nak diconfirmkan punyalah zalim.

belum lg butik2 muslimah bangi yg mmg kapitalis yahudi pun tunduk malu, bayar gaji paling termurah, KWSP tak masuk mcm2 alasan.

hasil dr budaya paksa budak2 bertudung kat sekolah ni la yg menghasilkan perempuan melayu bertudung tp masuk fitting room boleh kerje tiup, yg berniqab pasal bideo dah tersebar.

Quote cm_vungtau 2-4-2023 06:00 AM
Ko paksa budak2 pakai tudung, lepas tu terkejut bila budak2 buat benda merepek. Contohnya, “pakai tudung tapi peluk boifren.” Takpun, “pakai tudung, tapi makan rasuah.”

Dah masalahnya dia pakai tudung kena paksa. Takde kena mengena dengan tudung pun. Lepas tu kalau yang tak bertudung, ada ajelah komen mengutuk. Tahapa2.
Quote krustykrab 2-4-2023 06:33 AM
rogayahtop replied at 2-4-2023 02:07 AM
Bezanya dekat malaysia ni pompuan islam sendiri yg seronok tengok sesama perempuan kena hina kena ce ...

Setuju sgt apa yg acik gayah tulis.
Berpusu² masuk medsos, lps tu pakat² jd polis aurat. Video Org tgh masak pun blh eh ko kecam aurat lengan dia asal blh tunjuk ko terpaling.


Quote kesempitan 2-4-2023 06:37 AM
X MADANI LA IRAN
Quote Meiizu 2-4-2023 11:39 AM
cm_vungtau replied at 2-4-2023 06:00 AM
Ko paksa budak2 pakai tudung, lepas tu terkejut bila budak2 buat benda merepek. Contohnya, “pakai t ...

I paling tak bekenan tengok budak pra sekolah , thn 1-3 ..kena pakai tudung ke sek.keb...kesian wehh dgn time pj pakai tudung masuk dlm baju lengan pnjng tracksuit.Takpakai nanti masuk neraka.
Aduhaiii
Quote kelapaparut 2-4-2023 12:37 PM
undi pas dpt la mcm ni, nak sgt jd taliban, pastu lame2 pompuan xleh keje duduk rumah je beranak pinak. Elok jugak sultan selangor johor blok penceramah2 lobai ni dr bceramah kat masjid2 mhasut rakyat. Kite ni islam sederhana xpyhla nak follow2 arab tu, bak kate dr mashitah jirus air lame2 dlm tangki kluar jugak kelodaknye, so xpyh pakse2
Quote beautifulorchid 3-4-2023 03:29 PM
Meiizu replied at 2-4-2023 11:39 AM
I paling tak bekenan tengok budak pra sekolah , thn 1-3 ..kena pakai tudung ke sek.keb...kesian we ...

i pun setuju dgn u.. tak sesuai budak darjah 1-4 di paksa pakai tudung.
rimas i negok

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.084170 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top