Jemaah Malaysia, Rosli Salleh, 62, yang dilaporkan hilang di Mekah ketika mengerjakan umrah pada 10 Mac lalu telah meninggal dunia. Perkara itu dimaklumkan anaknya sendiri, Muhammad Farid Rosli menerusi hantaran terbaharu di kumpulan Facebook, Group Umrah semalam.
“Assalamualaikum. Update (laporan) terbaharu, kami sekeluarga telah menjumpai ayah (Rosli) kami. Beliau telah meninggal dunia di sana (Mekah). “Kami mohon tolong doakan untuk kesejahteraan ayah kami di sana, mohon kebaikan untuknya di akhirat dan semoga kami semua akan disatukan di syurga kelak. Amin Insya-Allah,” katanya. Dalam pada itu, Muhammad Farid turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama membantu dalam misi pencarian bapanya itu.
Loading FB Post... “Kami sekeluarga mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. “Kami juga ingin berterima kasih atas segala pertolongan dan doa yang diberikan sepanjang pencarian ini. Terima kasih. Mohon jangan tanya tentang detail (terperinci), cukup di sini sahaja,” ujarnya. Terdahulu, Muhammad Farid meminta bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan bapanya apabila gagal dihubungi sejak 17 Mac lalu ketika mengerjakan ibadah tersebut secara bersendirian tanpa ejen. Sumber: KOSMO! ONLINE |
uda replied at 31-3-2023 09:52 PM
Innalillah.Semoga Allah mengampuni dosa2 arwah dan ditempatkan bersama2 para sollihin. Aamiin.
BTw, ...
makita replied at 31-3-2023 10:08 PM
Kes org hilang yg ni paling trajis. Dah la DIY patu meninggal.
Kes sblom ni acik umo gini gak tp ...
uda replied at 31-3-2023 10:11 PM
Ohh ada lagi yang hilang?
unguaurora: Bahaya la umrah diy umur2 cmtu ...
Decaffeinated replied at 1-4-2023 07:41 AM
"...Mohon jangan tanya tentang detail (terperinci), cukup di sini sahaja,”
ayat yang jadi kemaraha ...
syamzana replied at 1-4-2023 07:49 AM
mmg la...masa nak suh cari beria2 minta tlg itu ini. ujung2 dah jmp cukup smpai sini saje infonya: ...
nolya replied at 31-3-2023 10:21 PM
Apa khabarnya Cikgu Mustapha Kamal yg juga diberitakan hilang ketika umrah kemaren.
Dah jumpa ke bel ...
OyenLemas replied at 1-4-2023 01:45 AM
maksudnya mcm mana? tewas sebab penat ke ape? jd meninggal kt tepi2 jalan ke mcm mana? sory mcm xl ...
Decaffeinated replied at 1-4-2023 07:41 AM
"...Mohon jangan tanya tentang detail (terperinci), cukup di sini sahaja,”
ayat yang jadi kemaraha ...
ADVERTISEMENT