Penyanyi dan pelakon, Zarul Umbrella berharap penglibatannya sebagai felo MEATECH menerusi kempen YEG Pesta Sambung Belajar akan melorongkan laluan untuk menjadi pensyarah dalam bidang penerbangan satu hari nanti.
Kata Zarul, hasrat tersebut menjadi antara perancangan yang akan diusahakan pada masa akan datang. “Akademik adalah bidang baharu yang perlu saya teroka. Siapa tahu, mungkin ia buka peluang untuk saya menjadi tenaga pengajar dalam bidang penerbangan satu masa nanti. “Dua tahun saya menjadi felo untuk kempen tersebut. Secara perlahan-lahan saya belajar, mungkin ambil sijil yang perlu untuk menjadi tenaga pengajar. “Itu dikira sebagai perancangan masa depan saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.
|
ADVERTISEMENT