CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

9 Pagi Dah Berkumpul Di Bukit Jalil Nak Ambil Rumput Stadium Percuma

31-3-2023 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2490| Komen: 7

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), hari ini memberi rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) secara percuma.

Peluang itu tidak dilepaskan orang ramai yang berkumpul seawal pukul 9 pagi bagi mendapatkan ‘cenderamata’ khas tersebut.


Menurut mereka, rumput tersebut akan dibawa pulang ke rumah dan ditanam di laman rumah masing-masing tanda kenangan sebagai penyokong bola sepak negara.


Kelihatan orang ramai mendapatkan rumput padang Cow Grass Stadium Nasional Bukit Jalil dengan percuma hari ini. - FAIZ ALIF ZUBIR

Menurut seorang individu yang ingin dikenali sebagai Razak, 45, rumput tersebut bakal diletakkan di halaman rumahnya sebagai tanda kenang-kenangan.

“Bukan mudah nak dapat rumput dari stadium keramat Harimau Malaya ini. Saya harap rumput ini suburlah apabila berada di halaman rumah nanti.

“Terima kasih kepada pihak stadium kerana membenarkan rumput ini diambil percuma, sekurang-kurangya dapatlah pihak pengurusan mengeluarkan kos untuk membuang rumput yang tidak digunakan ini,” katanya kepada Kosmo! hari ini.


Orang ramai menyeduk rumput ke dalam kereta di Stadium Bukit Jalil hari ini.
Difahamkan lebih 100 indiviu telah memgambil peluang untuk mendapatkan rumput percuma di SBNJ bagi sesi dan petang hari ini.

Terdahulu, PSM dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menawarkan rumput padang SNBJ jenis ‘Cow Grass’ secara percuma kepada orang ramai di mana venue berkenaan akan menjalani proses penggantian rumput baharu jenis Zeon Zoysia bermula esok.


Orang ramai mencedok rumput ke dalam kereta di Stadium Bukit Jalil hari ini.

Waktu pengambilan melibatkan dua sesi iaitu bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan 3 petang sehingga 5 petang.

Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki dan orang awam diminta membawa bekas sendiri yang bersesuaian.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Miss_LoveLeen 31-3-2023 10:28 PM
Rajinnya yg pergi ambil tu. Mesti acik2
peminat tegar sukan bola sepak & harimau malaya
Quote sharlenetexas 31-3-2023 10:30 PM
Ada ps tak?

Quote ctaz 1-4-2023 12:29 AM
kalau boleh mkn...bebaloi la jugak tunggu...
hahahahaha
Quote rosmahisham 1-4-2023 02:34 PM
Gigihnya bln2 posa nih..semoga subur dijaga rapi
Quote FOTHER-MUCKER 1-4-2023 02:36 PM
Pandai pihak stadium tak perlu keluarkan kos untuk buang rumput
Quote syamzana 1-4-2023 02:48 PM
alaahaii 4petak je. buat huduh landskap laman je. yg nak bg pun serupa xnak bagi
Quote kepompong 1-4-2023 02:53 PM
syamzana replied at 1-4-2023 02:48 PM
alaahaii 4petak je. buat huduh landskap laman je. yg nak bg pun serupa xnak bagi

rumah org skrg bukan besar sgt area nak tanam tumput… kalau beli pun kita beli sikit je… tanam jarak2… pastu nanti dia merebak. Rumah i beli rumput (tak igt jenis apa) kiraan dia suku dari sq ft yg nak ditanam… lagipun kalau letak direct macam rumput karpet, kadang dia tak hidup.. mmg tanam seciput2 merata2 , nnt akar akan ada ruang utk merebak ke tepi, lagi kuat & lagi subur

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.051413 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top