CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SM Faisal Berdamai Dengan Emilia Hanafi Berkat Ramadan

31-3-2023 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6023| Komen: 26

Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Emilia Hanafi selepas bekas isterinya itu menarik balik kes.


Majistret Nadia Othman memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader supaya S.M. Faisal dibebaskan atas tuduhan ekoran persetujuan Emilia menarik balik kes.


S.M Faisal (tengah) bergambar dengan barisan peguamnya di Mahkamah Majistret hari ini.- Foto NORLIZAH ABAS/KOSMO!

“Saya percaya pihak-pihak telah berdamai dan mencapai jalan penyelesaian. Saya melepas dan membebaskan SM Faisal daripada pertuduhan dan wang jaminan dikembalikan,” ujar Nadia yang turut merekodkan terma-terma persetujuan antara kedua-dua belah pihak.

Sebelum itu, Nizam Bashir selaku peguam pemerhati yang mewakili Emilia memaklumkan, SM Faisal dan bekas isterinya mencapai penyelesaian global agar semua pertikaian melibatkan mereka diselesaikan secara baik.


Terdahulu, Emilia mengangkat sumpah dalam kandang saksi bagi memaklumkan tujuan kehadirannya ke mahkamah hari ini.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin, Emilia memaklumkan beliau berhasrat menarik balik kes selepas kedua-dua pihak mencapai penyelesaian.

Nur Aishah: Puan faham apakah kesan jika kes ini ditarik balik?
Emilia: Ya, faham. Saya tidak boleh meneruskan kes terhadap tertuduh.

Nur Aishah: Adakah kamu akan menyalahkan mana-mana pihak seperti polis, mahkamah, peguam dan pihak pendakwaan setelah kes ini ditarik balik?
Emilia: Tidak.

Nur Aishah: Saya pohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).

Pada awal prosiding, Akberdin yang hadir bersama-sama Datuk Jagjit Singh mengemukakan permohonan lisan agar Emilia yang juga pengadu kes dirujuk kepada pakar psikiatri mengikut Akta Kesihatan Mental 2001.

Akberdin berkata, pihak pembelaan akan mengemukakan permohonan bertulis disertai dengan afidavit sokongan sama ada wanita itu layak dari segi mental untuk memberi keterangan sebagai saksi.

“Kami mohon diberi laluan membuat permohonan itu dan dijawab oleh pihak berkenaan dan kita akan lihat (perkembangan) dari situ nanti,” ujar beliau.

Sementara itu, di luar mahkamah, Nizam memaklumkan, kes tersebut berjaya diselesaikan secara global dengan mengambil berkat bulan Ramadan serta atas faktor kemaslahatan anak-anak mereka.

Tanpa mendedahkan terma-terma penyelesaian yang disifatkan sebagai sulit, beliau menjelaskan penyelesaian global itu termasuk tuntutan mutaah dan harta sepencarian di Mahkamah Syariah.

Sementara itu, Akberdin memaklumkan, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk tidak mendedahkan terma-terma penyelesaian kepada umum.

“Selepas ini kedua-dua pihak akan ambil tindakan untuk tidak meneruskan semua tuntutan di Mahkamah Syariah dan berharap semua berjalan lancar,” ujarnya.

Sementara itu, S.M. Faisal ketika ditemui melahirkan kesyukurannya dengan berita baik itu dan mahu menumpukan perhatian kepada anak-anaknya.

“Alhamdulillah, kes sudah selesai dengan cara yang baik pada bulan Ramadan. Kes ini telah berjalan bertahun-tahun dan sekarang nak fokus tengok anak-anak balik dengan cara yang baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Emilia berkata beliau mengambil berkat bulan yang mulia demi anak-anak selain menyerahkan kepada budi bicara peguamnya pada masa akan datang.

Pada 24 Mac lalu, seorang lagi peguam pemerhati bagi pihak Emilia, Nazri Yahya memaklumkan, kedua-dua pihak berhasrat berunding secara serius untuk menyelesaikan kes melibatkan pertuduhan terhadap S.M. Faisal.

Mengikut pertuduhan, S.M Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, antara pukul 12.30 tengah hari dan 4.30 petang, pada 22 November 2015.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 31-3-2023 05:24 PM
Alhamdulillah. Ada juga berita baik di bulan Ramadhan yg mulia ni
Quote pu3_rania 31-3-2023 05:54 PM
Alhamdulillah...
Quote tahanie 31-3-2023 06:16 PM
Apa lah terma dan syaratnya itu
Quote Purplehaz 31-3-2023 06:20 PM
InsyaAllah semoga semuanya baik baik. Mmg dari aritu doakan both of them berbaik.
Alhamdulillah.
Quote Purplehaz 31-3-2023 06:22 PM
Ni juga nasihat2 dari both lawyer..agar settle kes. Mintalah maaf kat bekas isteri tu..hope nk tgok dorang mcm dulu.
Quote Purplehaz 31-3-2023 06:27 PM
Dah agak..last akan tarik balik kes tuduhan.
Hope sm faisal insaf lah
Quote nw111 31-3-2023 06:42 PM
tahanie replied at 31-3-2023 06:16 PM
Apa lah terma dan syaratnya itu

Juta2 lemon lah tu... alhamdulillah selesai cara baik..win win situation for both of them...takde terselak habis aib di bulan puasa ni..
Quote kakacantikkan 31-3-2023 06:44 PM
mcm nk kiamat dah rs bila derang ni berbaik..sorg lg rita edel
Quote cap_ayam 31-3-2023 06:52 PM
Alhamdulillah.. baik untuk anak2.
Quote mawardia 31-3-2023 07:34 PM
Alhamdulillah. Fuhhhh! Finally!
Quote MissYouSayang 31-3-2023 08:45 PM
Bleh heols bikin episod baru sofa merah lg ...
Quote mojarean_X 31-3-2023 08:54 PM
kakacantikkan replied at 31-3-2023 06:44 PM
mcm nk kiamat dah rs bila derang ni berbaik..sorg lg rita edel

Amin2 utk ritaedel di bulan mulia ni
Quote dua_chzy 31-3-2023 09:23 PM
Kaya raya gilos Datuk Akberdin ni tau. Huntong.
Quote bitterchoc 31-3-2023 09:24 PM

Hmm...lepas kena pukul, masuk jel, itu ini, dia tarik balik kes. Harap E dapat gantirugi dan penyelesaian yang memuaskan. Yang tak settle dalam hati tu, mahkamah akhirat la.
Quote TabletSusu 31-3-2023 09:26 PM
berdamai dan berbaik.. apakah akan bersatu semula seperti dahulu..?
Quote Manjahati 31-3-2023 09:33 PM
Moga yg baik2 utk dua2 pihak
Quote dudaberhias 31-3-2023 09:44 PM
alhamdulilah... elok lah berdamai... sudah2 la jadi boya tu kembali je balik pada emilia...

patutnya nak memboya waktu2 muda dulu... ni dah kahwin... dan berkerak dengan jubo pun dah layut dok menghenyak amoi atas sofa merah... tak malu ke kat anak2...
Quote makita 31-3-2023 09:51 PM
dua_chzy replied at 31-3-2023 09:23 PM
Kaya raya gilos Datuk Akberdin ni tau. Huntong.

Datuk Akberdin ni yg Singh tu ke kaka?
Eh lembut lak hati emilia ni wpon dah kene penjara (ke sedar kene penjara pon punca sendirinya pasal?).
Quote dua_chzy 31-3-2023 10:00 PM
makita replied at 31-3-2023 01:51 PM
Datuk Akberdin ni yg Singh tu ke kaka?
Eh lembut lak hati emilia ni wpon dah kene penjara (ke sed ...

Bukan. Rasanya yang kat sebelah kiri tu (dalam gambar). Ritu nampak muka dia kat bod gosip as loyar Puteri Sarah, memang muka Tamil Malayalam sungguh.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.037190 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top