CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Beradik Maut Kebakaran Dikebumi Dalam Satu Kubur, Wajah Bersih Tiada Kesan Terbakar

31-3-2023 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2746| Komen: 4

Jenazah empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar, malam kelmarin selamat dikebumikan dalam satu kubur malam semalam.

Kesemua mereka iaitu Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3, telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini, kira-kira pukul 8.15 malam.



FB

Terdahulu, keempat-empat jenazah disembahyangkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dengan turut disertai ahli keluarga terdekat sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Ibu bapa mangsa, Nabila Sedu, 31 dan Thein Ko Htut, 30, kelihatan sugul dan tidak bermaya tatkala mengiringi jenazah keempat-empat anak mereka.


FB


Terdahulu, Kosmo! melaporkan empat kanak-kanak malang berkenaan ditemui maut dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di bilik air di bahagian dapur rumah berkenaan daripada kejadian kebakaran yang berlaku di kediaman mereka. 


Loading FB Post...

Sementara itu, pendakwah terkenal, Ebit Lew di media sosial mengatakan, wajah kesemua mangsa dalam keadaan bersih tanpa kesan terbakar.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote diss69 31-3-2023 05:59 PM
Allahuakbar...salam takziah buat keluarga mngsa..comel² anknya..
Quote Kentot_Wangi 31-3-2023 09:49 PM
Allah.. Pemergian di bulan yang mulia. Syurga buat kamu anak2. Semoga ibu & ayahnya terus kuat dan tabah menghadapi ujian & dugaan ini. Aamiin. Dan peringatan juga untuk parents kt luar sana. Jgn biarkan anak2 bersendirian di rumah wlpn sekejap.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.181751 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top