CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Perempuan 7 Tahun Campak Anak Jiran Dalam Perigi

31-3-2023 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3113| Komen: 4

Kanak-kanak perempuan China berusia tujuh tahun dipercayai meniru imej ganas yang disiarkan televisyen selepas mencampak anak kecil dalam perigi.

Video yang mencetus kebimbangan ramai itu dirakam kamera pengawasan. Ia memaparkan kanak-kanak itu mendukung seorang anak kecil lelaki sebelum menjatuhkannya ke dalam perigi di sebuah kampung, daerah Songming, Yunnan.


Walaupun kanak-kanak lelaki itu berusaha menyelamatkan diri, kanak-kanak itu menolak jari budak itu dari tepi perigi menyebabkan mangsa jatuh ke dalam perigi sedalam lima meter (m).



Kanak-kanak lelaki itu menjerit meminta pertolongan, manakala kanak-kanak perempuan berdiri di tepi perigi seketika, sebelum berlalu pergi.

Penduduk kampung akhirnya menyelamatkan kanak-kanak lelaki itu selepas mendengar jeritan mangsa yang meminta tolong.

Menurut media tempatan Rabu lalu, pihak berkuasa kampung mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira 4 petang pada 4 Mac lalu.


Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu bernama Yang hanya mengalami selesema dan tiada sebarang kecederaan atau penyakit serius.

Kanak-kanak perempuan bernama Wang itu dipercayai meniru plot yang pernah dilihatnya dalam sebuah rancangan televisyen.

Polis daerah Songming berkata, air dalam perigi itu sedalam kira-kira dua m, manakala anak kecil itu terjatuh sedalam 2.65 m sebelum terkena permukaan air.

Katanya, kedua-dua kanak-kanak itu berjiran dan sering bermain bersama sebelum kejadian.

Keluarga kanak-kanak itu bersetuju menyelesaikan isu itu dengan pembayaran pampasan ribuan yuan dan makanan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 31-3-2023 08:46 PM
babi btul perangai
mohon nnt org cmpk dia plk dlm tu
psiko
Quote dua_chzy 31-3-2023 09:25 PM
Inilah ciri2 psikopath.

Mohon poromer2 sekelian perati la anak2 masing2 termasuk budak2 yang dok di kejiranan weols. Kot ada yang bunuh katak ka flush anak kucing dalam jamban ka, terus ja ko buat report police yach.
Quote dudaberhias 31-3-2023 09:47 PM
dua_chzy replied at 31-3-2023 09:25 PM
Inilah ciri2 psikopath.

Mohon poromer2 sekelian perati la anak2 masing2 termasuk budak2 yang dok di ...

ye kaka... ciri2 yang ada pada jefrey dahmer gittew kan dan serial killer lain mengikut dokumentari2 iols tengok nat netflix... macamni la deorang start dari kecik...

mak bapak dah boleh start rebus hanak tu buat sup... kan kat sana semua benda deorang makan... yang tak makan cuma meja dan kerusi je tu pun kalau boleh rebus empuk2 theyols cekik jugak...

Quote dua_chzy 31-3-2023 09:55 PM
dudaberhias replied at 31-3-2023 01:47 PM
ye kaka... ciri2 yang ada pada jefrey dahmer gittew kan dan serial killer lain mengikut dokumentar ...

Kalau tak bunuh orang pun bila dah dewasa sah2 jadik psiko kasi rosak idop pasangan persis Samsolsop.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.103074 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top