CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penuntut Kolej Dicekup Jual Kek Brownie Ganja

31-3-2023 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4468| Komen: 22

Kegiatan seorang pelajar kolej swasta menjual kek brownie dicampur ganja terbongkar selepas diberkas di Jalan 9, di sini, Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pelajar lelaki berusia 19 tahun itu aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak tiga bulan lalu.



Sejumlah 6 kilogram kek brownie mengandung ganja bernilai RM21,000 yang dirampas.

“Serbuan dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur selama tiga jam bermula pada pukul 5 petang.

“Sejumlah 6 kilogram (kg) kek mengandungi ganja bernilai RM21,000 dirampas. Punca bekalan diperoleh masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam serbuan berasingan, seorang lelaki warga Indonesia yang berperanan menjaga bekalan dadah di Subang Jaya diberkas polis.

Menurut Yahaya, serbuan yang dibuat selama dua hari bermula Isnin lalu, pihaknya merampas 57kg ganja dan syabu bernilai RM192,000.


“Suspek bekerja sebagai buruh berusia 31 tahun positif methamphetamine,” ujarnya yang memberitahu nilai keseluruhan rampasan adalah RM213,000.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 31-3-2023 06:28 PM
Baper dia juai?

“Sejumlah 6 kilogram (kg) kek mengandungi ganja bernilai RM21,000 dirampas. Punca bekalan diperoleh masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Quote doridori_hi 31-3-2023 07:22 PM
gituuuuu.... bisnes online bbnu skrg
Quote PULANGKAN 31-3-2023 10:23 PM
uwaaa

huntong lagi tinggi dari gaji minima lepasan universiti

heck, senior staff pengalaman koje 5-6 tahun pun jarang dapat gaji gitu

no wonder laa jadi ahlul dadih, mungkin lebih menjamin masa depan kekdahnya
Quote sharlenetexas 31-3-2023 10:24 PM
Adakah student itu akan jd seperti yasin mimpi laila jgn terpedaya dunia semuanya dusta?


Quote dua_chzy 31-3-2023 10:27 PM
PULANGKAN replied at 31-3-2023 02:23 PM
uwaaa

huntong lagi tinggi dari gaji minima lepasan universiti

Iye la tu menjamin masa depan. Jadi gini hapa lak masa depannya. Nanti kat akhirat lagi la tak tau jaminan hapa penjual penagih dadah ni boleh dapat untuk teruskan kehidupan selepas mati dengan penuh aman damai.
Quote PULANGKAN 31-3-2023 10:32 PM
dua_chzy replied at 31-3-2023 10:27 PM
Iye la tu menjamin masa depan. Jadi gini hapa lak masa depannya. Nanti kat akhirat lagi la tak tau ...

sarcasm la kaka
Quote dua_chzy 31-3-2023 10:51 PM
PULANGKAN replied at 31-3-2023 02:32 PM
sarcasm la kaka

Ntahnya aiols tersewius lak.
Quote JunkMail 31-3-2023 10:57 PM
Hebat kau dek... Jual cookies kayangan.
Quote gigahertz 1-4-2023 12:08 AM
PULANGKAN replied at 31-3-2023 02:23 PM
uwaaa

huntong lagi tinggi dari gaji minima lepasan universiti

Orang yg terlibat dengan bisnes dadah ni
Dia tahu halal haram dosa pahala akibat tu semua
Tapi otak jadi dah x betul sebab kos sara hidup tinggi
Dulu2 orang jual.dadah sebab nak hidup mewah
Sekarang org jual dadah demi sesuap.nasik
Quote ctaz 1-4-2023 12:22 AM
mesti ada yg pecah lobang....
kalau tak mcm mana leh kantoi.....
Quote swimswim 1-4-2023 01:53 AM
Aku teringin nak rasa brownies ganja ni. Ape ke rasanya eh.
Dulu pernah dpt sample gummy bear cannabis. Makan sikit je masa meeting and first time rasa happy and gelak2 masa tgh serious discussion
Quote dudaberhias 1-4-2023 02:00 AM
wah kurlast agen kek keras kejung mamasabariah dah buat bisnes kecil kecilan sendiri baking kek sendiri yach... harap2 bayar mahal2 dan penat2 letak ganja tu tidak keras kejung lagi ya macam kek mamasabariah yang baling kat anjing pun mati...
Quote Qatrunnadaain 1-4-2023 04:31 AM
Comel la korangggg hahaha iols baca dgn serious dua2 nya
Quote Qatrunnadaain 1-4-2023 04:31 AM
dua_chzy replied at 31-3-2023 10:51 PM
Ntahnya aiols tersewius lak.

Comel la korangggg hahaha iols baca dgn serious dua2 nya
Quote kepompong 1-4-2023 05:48 AM
swimswim replied at 1-4-2023 01:53 AM
Aku teringin nak rasa brownies ganja ni. Ape ke rasanya eh.
Dulu pernah dpt sample gummy bear canna ...

mula2 teringin rasa. lelama addicted.

ye betul la mula2 mmg free sample

bila addicted, sinyum lebar pengedar…
Quote kepompong 1-4-2023 05:51 AM
semlm i marathon Dollface ada 2 season  …. ada 1 scene tu, dorang pegi event, terang2 semua org consume drug … mmg skrg dihalalkan kat certain negara open2 camtu ke
Quote syamzana 1-4-2023 05:53 AM
wahhh dasat business minded bdk2 skrg
Quote kepompong 1-4-2023 05:54 AM
tak payah ganja/drug pun…. kalau dah addicted dgn mcD pun tiap kali dpt makan akan rasa happyy sgt.  McD ada addictive yg akan buatkan mind kita rasa sedap sgt sampai terigt2…
Quote Decaffeinated 1-4-2023 07:41 AM
sekilo tu satu biji potong 12 macam dalam gambar tu ka? dekat RM300 juga sepotong. Kek kayangan, literally. Sekali makan terasa ke syurga terus.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.054113 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top