CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingat Beli Pakai Air Kencing Ke? Wanita Berang 'Seat' Motosikal Ditoreh Sebab Ekzos Memekak

31-3-2023 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5856| Komen: 48

Tular perkongsian mengenai sepasang suami isteri diduga ketika Ramadan.

Dalam hantaran itu, wanita berkenaan meluahkan rasa marah dan kecewa apabila tempat duduk motosikal milik suaminya ditoreh dengan benda tajam.



FB/mStar

Jika diteliti pada foto yang dikongsikan, kelihatan kesan torehannya sangat panjang sehingga menampakkan menampakkan span kusyen tempat duduk.

Kata wanita itu dia mengesyaki perbuatan tersebut bukan pertama kali berlaku dan kemungkinan ia berpunca daripada bunyi ekzos motosikal suaminya yang kuat.

"Puasa-puasa ni malas nak maki hamun orang, ni dah kali kedua seat (tempat duduk) motor laki (suami) aku kena toreh," tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook mengenai insiden yang dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Damansara, Selangor.

Apa yang dikesalkan wanita itu adalah pihak yang tidak berpuasa hati sepatutnya tampil mengadu dan bukannya menoreh tempat duduk motosikal suaminya.


"Tak suka ekzos bising, cakap depan-depan. Tak payah nak main toreh seat orang. Ingat beli pakai air kencing je ke?

"Seburuk-buruk motor, sebising-bising motor ni la kami laki bini cari rezeki ye.

"Laki aku kalau start (hidupkan enjin) motor, tak ada nak start dalam flat ni. Paling bod*h pun dekat tempat parkir motor dia start sebelum pergi kerja," katanya.

Menurutnya lagi, wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk persiapan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi terpaksa dibelanjakan untuk membaiki tempat duduk motosikal.


FB/mStar

"Orang nak beli baju raya, mereka sedap duk toreh seat motor orang.

"Ingat sikit atas dunia ni tak bertemu muka dengan saya tapi di akhirat nanti kamu cari la saya ni. Husnuzon (bersangka baik) je la," ujarnya.

Menerusi ruang komen, bagaimanapun rata-rata netizen tidak bersimpati dengan luahan wanita berkenaan.



Bagi mereka, keadaan itu mungkin berpunca daripada sikap suaminya sendiri yang sering menganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising ekzos motosikal, dipercayai sudah diuabah suai.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 31-3-2023 04:27 PM
tahniah kpd yg menoreh tu...jadikan pengajaran kpd pemilik2 moto atau kereta yg ada ekzos bising...

ini termasuk kereta lambo, ferrari, porsche, etc...pecah kan shj cermin kereta mereka kalau memekak di tempat awam
Quote salimrock 31-3-2023 04:32 PM
ekzos cam cilaka ko nak play victim pula,

nasib baik moto ko tak kena bakar
Quote Samerosie 31-3-2023 04:46 PM
Tau pulak kau orang marah bunyi ekzos neraka kau tu.  Kalau iols kasi package patahkan ekzos sekali tak pun sumbat bola golf kasi meletup on the road.
Nasib baik la kau tak kena macam ni encik dan puan rempit oi






Quote sharlenetexas 31-3-2023 04:49 PM
Padan muka! Orang benci motor laki ko tu memekak. Bingit. Mengganggu ketenteraman orang lain!

Quote sharlenetexas 31-3-2023 04:52 PM
Masih bertahan dengan ekzos bingit? Mmg sampai bila2 seat kena toreh.


Quote midori888 31-3-2023 04:55 PM
Selayaknyer.....
Quote airfilterkotor 31-3-2023 04:55 PM
Menurutnya lagi, wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk persiapan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi terpaksa dibelanjakan untuk membaiki tempat duduk motosikal.


Bape henggek ajer laa seat cover tu. Paling-paling pun RM30 henggek.
Dengan kekurangan RM30 henggek, abih tergugat persiapan raya.
Quote Kentot_Wangi 31-3-2023 04:58 PM
Kau tu duduk dlm kawasan yg rmai penduduk.. Klu kau duduk sorg2 dlm hutan xpe jugak nak memekak ekzos tu... Telinga kau laki bini mmg sedap bunyi ekzos kuat2, tp penduduk situ bengang n terganggu bunyi bising ekzos moto kau tu..
Quote CiliPadiSedap 31-3-2023 05:05 PM
diamlah mat rempit minah rempit. jumpa roadblock lari. dekat internet keyboard warrior.
Quote Skuau 31-3-2023 05:37 PM
okla tu....toreh tmpt duduk jer...kalo naik ke bumbung...'jolok motor ye...bang'
Quote namr 31-3-2023 05:42 PM
biasa kalo dgr bunyi eksos kuat ni aku mmg doa semoga ko eksiden kena lenyek lori..semoga ada 40org doa salah satunya makbul lah aminnn
Quote itik_magic 31-3-2023 06:01 PM
bising lah tu.
Quote renko 31-3-2023 06:09 PM
elok kencing kt muka kau laki bini
Quote Kitty_catz 31-3-2023 06:16 PM
sek sek kito mandi lanjeeee

ambo ambo demo demo gichewwww rupenyeh kapel rempit ni

terhibur baca komen,, letak garam 2 peket la , tabur pasir segengam la
Quote Lagubestbest 31-3-2023 06:30 PM
benda nak tuko kne keluar modal takdenye nak dituko kalau tampil mengadu pun, silap2 jadi target mulut busuk laki bini ni tiap kali terserempak. baik toreh je.
Quote tumpanglalu74 31-3-2023 06:43 PM
#jiwarempit
Quote Jitu 31-3-2023 07:01 PM
dah kenapa pakai ekzos bising tu
tukar la yg standard semula
ingat Panigale v4 ke nak bunyi kuat2 mcm tu
seat tu klu mls tukar cover guna tape je tampal
Quote alieyrina 31-3-2023 07:18 PM
Memang sakit hati wey ekzos bingit ni. Kadang dia duk rem2 moto tu lagi sebelum gerak fuhhh memcabar kesabaran btui
Quote Imkhai 31-3-2023 07:26 PM
Padan muka korang laki bini bingai

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.047365 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top